Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?

“Sungguh banyak produk takaful di pasaran!”

Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Tekaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan sebagainya.

Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia.

Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.

“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”

Secara umunya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.

Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)

Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya.

“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”

Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.

Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh

Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.

Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya.

Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada.

Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.

Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal

Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.

Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa.

Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.

Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri

Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.

Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.

Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.

Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.

Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.

Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.

Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.

“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”

Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu?

Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?

Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.

“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”

“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”

“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”

Insya-allah saya akan masukkan di dalam entri akan datang. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang takaful, boleh ajukan kepada saya melalui ruangan respon di bawah.

31 thoughts on “Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?”

  1. Penerangan ini sesuai untuk ketua keluarga seperti Pakdi.

    Mulakan dengan diri sendiri dudulu sebelum keluarga. Pastikan diri sendiri mengambil keempat-empat takaful ini terlebih dahulu, kemudian kepada isteri. Selepas itu barulah untuk anak-anak.

    Blog yang tak seberapa je ni 🙂 Berkat tunjuk ajar pakdi suatu ketika dahulu.

    Reply
  2. Lately nie…blog afyan menarik..bagus..idea2 nie…kte yg membaca..mana yg tak tahu,..ditambah jer..mana yg dh tahu..polish jer…

    Reply
  3. Salam

    Sekarang ni terdapat pelbagai takaful di malaysia. Persoalannya yang mana satu yang terbaik di antara takaful 2 tersebut. Adakah saudara Afyan ada perbandingan diantara takaful2 tersebut. ?(Takaful malaysia, ikhlas, nasional)

    Reply
  4. Sdra Nasser,

    Betul kata saudara, memang banyak syaarikat pengendali takaful di Malaysia. Sudah lebih 10 syarikt. Ia adalah satu kelebihan kgepada pengguna.

    Namun, tidak adil untuk saya mengatakan mana satu takaful terbaik sebagaimana yang saudara tanya. Sebab saya mewakili salah satu daripadanya, dan sudah tentu saya akan mengatakan syarikat yang saya wakili adalah yang terbaik.

    Jika saudara bertanya wakil takaful X soalan yang sama, tentu jawapannya adalah takaful X adalah yang terbaik. Begitu juga jika saudara bertanya kepada perunding takaful Y.

    Sebenarnya yang membezaka bukan syarikat ataupun produk, namun peranan perunding takaful lebih penting.

    Jika saudara betul-betul berminat untuk mengetahui “takaful terbaik”, bolehlah kita aturkan pertemuan 🙂

    Reply
  5. Salam saya pengunjung baru blog ini.

    Blog yang banyak info bermanfaat. Banyak lagi yang saya tidak tahu pasal insurans. Mungkin bila tiba masa nanti saya akan bertanya lebih banyak.

    Terima kasih atas info.

    Reply
  6. Fareast,

    Saya bersedia untuk mengadakan temujanji, kerana itulah rutin kerja saya setiap hari.

    Apapun, terima kasih kerana sudi melayari blog yang tidak seberapa ini 🙂

    Reply
  7. salam..
    saudara afyan..
    afyan buat takaful kt mne?
    sya pun peruding takaful ikhlas..
    bg sya takaful ikhlas(takaful yg terbaik)

    Reply
  8. salam.keempat-empat takaful ini brp kosnya? boleh jelaskn dgn terperinci..sy bminat nk ambil takaful ni..tp tak tau yg mana.

    Reply
  9. Pingback: Ada 3 Polisi, Tetapi Tidak Dapat Claim!
  10. Tuan Afyan,

    saya banyak mengambil info dari blog tuan untuk dikongsikan bersama rakan2.
    Info2 yang sangat berguna dan membuka minda. 🙂

    terima kasih daun keladi. saya menunggu info2 tuan dari hari ke hari.. 🙂

    Reply
  11. salam takaful…
    masyarakat di luar sana selalunya menganggap perlindungan PA sudah mencukupi untuk kehidupan mereka. sebenarnya mereka harus tahu FUNGSI pelan takaful keluarga, pelan kemalangan, pelan kad perubatan n pelan-pelan sampingan seperti Term Takaful untuk pembiayaan kereta & rumah. Kita perlu belajar satu persatu supaya kita tidak kerugian pada masa akan datang. InsyaAllah!

    Reply
  12. Oh, saya hanya ejen biasa, Tuan Idzfar. Menjalankan tugas untuk memberi nasihat pengurusan kewangan terbaik kepada pelanggan saya 🙂

    Reply
  13. salam cik afyan….saya baru ja join jd ejen TAKAFUL IKHLAS…nak tanya tip mcm mana nak bg masyarakat tahu pentingnya perlindungan takaful…

    Reply
  14. salam semua saya nak rakemen satu plan di etiqa takaful nama di Harmoni.saya ambil unuk keluarga dalam seratus lebih seorang.all in ada semua perkara di atas..dari pengalaman anak yang pernah sakit.

    Reply

Leave a Reply