Kes En Shakir Assalam Yang Viral

KES EN SHAKIR ASSALAM BIN YA YANG VIRAL

Ini komen saya tentang isu yang tersebar secara viral berhubung kes En Shakir Assalam bin Ya yang gagal mendapatkan GL medical card yg dilangganinya dan selepas ia tersebar viral, COO syarikat takaful berkenaan menghubungi beliau secara personal dan menyelesaikannya.

Ads beberapa persoalan yang diutarakan oleh rakan-rakan pembaca FB saya sebelum ini, antaranya;

1. Bolehkah terma dan syarat polisi diubah oleh pihak syarikat selepas kontrak ditandatangani?

RESPON: Bergantung kpd polisi. Sesetengah polisi mempunyai “Alteration Clause”, atau klausa penggubahan yang membenarkan pihak syarikat membuat perubahan terhadap polisi sekalipun TANPA PERSETUJUAN pelanggan. Memadai dengan notis yang diberikan. Jadi semak polisi takaful yang anda sertai.

Ia utk menjaga kepentingan kompeni sebagai entiti bisnes.

(Nota: Secara personal saya menganggap klausa ini ZALIM dan ada banyak syarikat meletakkan klausa sebegini).

2. Kes En Shakir Assalam mendapat perhatian selepas ia tersebar secara viral. Bagaimana agaknya kes-kes lain yang tidak viral?

RESPON: Itulah hak kita sebagai pengguna. Saya juga pengguna dan itulah yang saya kongsikan selama ini di FB dan blog supaya kita semua sedar tentang hak-hak kita sebagai pengguna.

Saya sendiri pernah uruskan beberapa kes melibatkan insurans dan takaful, dan kesemuanya berpihak kpd pelanggan dgn syarat cukup dokumen dan bukti. Malah saya sendiri pernah alami dan buat aduan.

3. Jika tidak viral, adakah pihak syarikat akan berikan perhatian?

RESPON: Kemungkinan besar begitu. Saya tidak ada kuasa utk meramal.

TIP: Jika Tuan-Puan mengalami perkara sama, gunakan hak anda selaku pengguna utk membuat aduan dan sampaikan kepada pihak paling tinggi.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy Sdn Bhd.
www.afyan.com

ETA Emas Tak Ada VS RTA Rumah Tak Ada

eta emas v rta rumah tak ada

 

ETA Emas (Emas Tak Ada) VS RTA (Rumah Tak Ada)

Penipuan dalam kes skim cepat kaya, berbeza dengan penipuan dalam kes projek perumahan.

Dalam kes skim cepat kaya, pulangan dijanjikan bulan-bulan, dan selalunya akan kantoi dan tersontot dalam masa 12 bulan ke 3 tahun sebab ia rolling duit dengan cepat.

Berbeza dengan kes perumahan, projek rumah terbengkalai hanya akan diketahui dalam masa minima 3 ke 5 tahun, kerana projek perumahan memakan masa yang lama.

Pemaju vs Kontraktor

Ada beza antara antara pemaju dan kontraktor.

Pemaju diwajibkan mendaftar dan mendapatkan Advertising Permit & Developer License (APDL) bagi setiap projek perumahan yg dijual.

Manakala kontraktor pula, bagi pembeli yg mempunyai tanah mereka sendiri, mereka menawarkan perkhidmatan membina bangunan kediaman melalui Construction Agreement (CA). Sekiranya pembeli tiada tanah sendiri, mereka menawarkan tanah lot dengan harga yg murah dengan status geran kongsi.

Sebab itu pembeli yang membuat tempahan pembelian rumah tidak dapat buat aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana KPKT hanya menerima aduan daripa pembeli yang membeli dengan pemaju yg berdaftar dengan KPKT sahaja, bukan pembelian dengan kontraktor yang membina rumah melalui CA.

Kontraktor juga tidak boleh dikenakan dengan tuduhan pengambilan deposit, kerana perjanjian mereka adalah jual beli rumah di dalam tempahan.

Hanya boleh diambil tindakan apabila berlaku rumah terbengkalai sahaja, dan ia memakan masa 3 ke 5 tahun bergantung kepada perjanjian pembeli dengan kontraktor.

Dan aduan yang dibuat adalah melalui prosedur undang-undang sivil.

Ada beberapa kes pemaju yang gagal menyiapkan rumah, yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya kes Shahirah Group dan Kamara Group. Boleh serach mereka di Google utk baca aduan-aduan mangsa.

Tersontot Di Pintu Rumah

Jika kes ETA emas (Emas Tak Ada) tersontot dalam masa setahun, maka kes RTA (Rumah Tak Ada) akan memakan masa yang lebih panjang.

Sebagaimana ETA emas, agak sukar utk mendakwa atas tuduhan “illegal deposit taking” di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram / Anti-Money Laundering Act (AMLA) kerana ia adalah urusan tempahan jual beli emas, bukan pelaburan emas.

Jika kes pelaburan emas seperti Genneva, ia di bawah AMLA kerana ada unsur pengambilan wang haram apabila Genneva menawarkan pulangan ke atas wang pelaburan peserta.

Tapi kes ETA emas kontraknya ialah kontrak jual beli dan bukan pelaburan. Dan akhirnya ia tersontot di pintu syurga apabila jual beli itu sendiri sudah tidak munasabah dari awal – jual dengan harga murah dan jaminan buy-back dengan harga lebih tinggi.

Baca artikel ETA emas Majalah Niaga

Kembali kepada kes RTA, berhati-hati sekiranya ditawarkan jual beli rumah denganharga yang tidak masuk akal.

Jika ada perjanjian, ia perjanjian yang sah sebagaimana kes perjanjian ETA emas (jika ada). Semak perjanjian sebeum turunkan tandantangan.

Perjanjian yang disediakan oleh kontraktor, pastinya akan berpihak kepada kontraktor jika berlaku masalah di kemudian hari.

Contohnya mewajibkan pembeli datang kursus solat, dan jika tidak datang maka kontrak akan terbatal dan wang pembeli akan hangus.

Semak perjanjian, ada atau tidak klausa yang memberi jaminan sekiranya rumah tidak siap dalam masa yang dijanjikan, penjual akan memulangkan wang pembeli. Saya yakin, tidak akan ada klausa sebegitu rupa.

“Aku Tanya Apa Khabar”

Kita tunggu 5 tahun lagi sebelum kita sama-sama komen “aku tanya apa khabar”.

Perasan Tak – Skim Pelik-pelik, Kalau Tak Dapat Jawab Soalan Akan Kata “Jumpa CEO Kami”

Perasan tak, setiap skim cepat kaya, jika ada byk banyak soalan, mereka akan respon;

“Kena datang ofis CEO”.

Apa guna ejen, wakalah, downline dll?

Cuba bayangkan kita nak register Astro, apabila kita banyak tanya soalan, ejen Astro respon;

“Kena datang ofis CEO Astro”

Sama juga kalau kita nak beli buku PTS, apabila banyak sangat soalan, ejen buku PTS respon;

“Kena datang ofis CEO PTS”

Atau kita jumpa ejen takaful, apabila banyak soalan tak dapat jawab;

“Kena jumpa CEO takaful”

Atau nak register Celcom / Maxis / DiGi pun dapat respon sama apabila kita tanya banyak soalan;

“Kena jumpa CEO Celcom / Maxis / DiGi”

Contoh lain, kita jumpa dgn satu wakalah emas, apabila byk sangat tanya, wakalah kata;

“Kena dtg ofis CEO baru boleh faham bagaimana boleh untung”

Atau kita nak beli rumah dari ejen developer, apabila banyak soalan akan respon;

“Kena datang ofis jumpa CEO baru boleh dpt penerangan bagaimana rumah kami murah”.

Atau kita nak join satu MLM, apabila banyak sangat tanya ejen tentang marketing plan, ejen MLM tu respon;

“Kena datang ofis CEO baru boleh tahu bagaimana kami dapat beri hibah bulan-bulan”

Tidak pelikkah kalau kita boleh jadi downline / wakalah / ejen dll bisnes yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal?

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!