Adakah Takaful Anda Berikan Perlindungan Penyakit Kritikal Pada Tahap Awal?

BUKAN SEMUA MEDICAL CARD DAN TAKAFUL SAKIT KRITIKAL BERIKAN PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL TAHAP AWAL.

Berdasarkan statistik WHO, kira-kira 70% punca kematian penduduk Malaysia. Rujuk gambarajah di bawah:
penyebab kematian utama

Dan 4 penyakit yang menjadi pembunuh utama ialah:
1. Kanser
2. Sakit jantung
3. Diabetik
4. Stroke

Tahukah anda, bukan semua takaful medical card dan polisi penyakit kritikal yang anda langgang, belum tentu memberikan pampasan perlindungan sekiranya ditimpa sakit kritikal peringkat awal?

Ya, insurans dan takaful biasa tidak cover penyakit kritikal peringkat awal!

Kami sertakan beberapa klausa yang dipetik dari beberapa polisi medical card dan penyakit kritikal beberapa syarikat takaful.

takaful critcal illness takaful critical illness

Rata-rata tidak cover pada kanser peringkat awal, sedangkan jika rawatan awal diberikan, kebarangkalian untuk pesakit kanser boleh dipulihkan adalah tinggi!

Juga kami sertakan satu laporan akhbar berkenaan seorang wanita yang mempunya 3 polisi, tapi apabila beliau disahkan menghidapi kanser peringkat awal yang diberinama “karsinoma in-situ”, tidak ada satu polisi pun boleh berikan coverage. Baca DI SINI.

Namun ada berita baik.

Ada produk takaful yang memberikan perlindungan pada kanser peringkat awal termasuk karsinoma in-situ

Bukan setakat kanser, malah juga penyakit-penyakit kritikal peringkat awal lain seperti serangan jantung perngkat awal, diabetes peringkat awal, stroke peringkat awal dan lain-lain.

Ya, takaful. Bukan produk insurans konvensional.

Disertakan juga sampel quotation produk ini, dengan caruman hanya RM100 sebulan, dapat coverage:

  • Manfaat asas kematian dan lumpuh RM120,000
  • Manfaat penyakit kritikal komprehensif RM120,000 (tambahan daripada plan asas)
  • Manfaat waiver, sekiranya ditimpa penyakit kritikal maka caruman akan menjadi percuma.

Contoh quotation ini adalah bagi peserta lelaki berusia 30 tahun, dan coverage hingga umur 100 tahun.

Caruman hanya RM100 sahaja sebulan.

Ya, SERATUS RINGGI MALAYSIA sahaja.

quotation takaful

Berminat?

Isi borang di bawah dan pihak kami akan segera hubungi tuan

 

Medical Card Dengan Annual Limit VS Medical Card TANPA Annual Limit

Perbandingan Medical Card dgn annual limit & TANPA annual limitContoh simulasi perbandingan di antara;

a. Medical card dengan annual limit, dan
b. Medical card TANPA annual limit.

Contoh di atas, lifetime limit kedua-dua kad adalah sama iaitu RM1 JUTA. Satu jumlah yang tinggi.
Yang membezakan kedua-duanya ialah ANNUAL LIMIT.

Satu mempunya limit RM100,000 manakala satu lagi TIADA LIMIT TAHUNAN.

Contoh situasi di atas, memerlukan kos rawatan kanser sebanyak RM300,000, akan memberi perbezaan pada berapa yang perlu ditanggung oleh pelanggan.

Bagi medical card dengan annual limit RM100,000, maka hanya RM100,000 sahaja yang ditanggung oleh medical card.

Manakala baki lagi RM200,000 ditanggung oleh peserta – satu jumlah yang besar.

Berbeza dengan medical card TANPA annual limit;
+ RM100,000 ditanggung oleh medical card sepenuhnya, dan
+ baki RM200,000 ditanggung secara bersama (co-payment) sebanyak 20% atau RM3000 oleh pelanggan.

Maka, pelanggan hanya perlu membayar maksima RM3000 sahaja bagi kes ini.

Ada juga medical card yang tanpa annual limit, dalam masa sama tiada sebarang ko-payment – ini lebih menguntungkan.

Sebabnya, dengan adanya co-payment, sekiranya kos RM300,000 itu akibat kemasukkan hospital melebihi sekali, maka jumlah ko-payment akan melebihi RM3,000. Sebab co-payment RM3,000 maksima itu hanya untuk sekali kemasukkan.

Contoh situasi;

  • Kemasukkan pertama kos RM50,000 – ditanggung sepenuhnya sebab bawah RM100,000.
  • Kemasukkan kedua kos RM50,000 – masih ditanggung, sebab di bawah RM100,000.
  • Kemasukkan ketiga kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000.
  • Kemasukkan ke-4 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000
  • Kemasukkan ke-5 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000.
  • Kemasukkan ke-6 kos RM50,000 – perlu bayar ko-payment RM3,000

Dalam situasi di atas, jumlah kos keseluruhan adalah RM300,000 dalam masa setahun, dan ko-payment dari peserta hanya RM12,000. Masih rendah berbanding keseluruhan bil yang perlu ditanggung oleh pemegang medical card yang mempunyai annual limit.

Contoh Medical Card tanpa Annual Limit

Contoh produk medical card tanpa annual limit seperti di atas adalah produk medical card Mediplan Takaful IKHLAS.

Baca juga penerangan di Panduan Memilih Medical Card Terbaik.

[Kami di INFAQ Consultancy menawarkan produk bagi kedua-dua jenis medical card di atas]

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah (Hanya untuk sekitar Lembah Klang sahaja)

Tugas Perunding Kewangan Adalah Seperti Doktor

Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk?

Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos kesihatan pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.

Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Seseorang prospek akan saya “diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, saya akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya.

Dari situ, barulah saya boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Jadi, adalah menjadi kesukaran yang amat sangat sangat utk saya reply PM yg berbunyi;

“Tuan, bagi saya quotation. Saya 30 tahun, pekerjaan guru, tidak merokok. Bajet RM200, taknak medical card”.

Manfaat Elaun Hospital : Perlu Atau Tidak?

Ramai yg bertanyakan saya isu manfaat takaful elaun hospital sebuah syarikat insurans / takaful yg tiada lagi utk klien baru.

Ini adalah pandangan saya, sedaya mungkin tidak bias menggunakan ilmu dan sedikit pengalaman yg saya ada dlm bidang servis perancangan kewangan.

Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan.

Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

Prioriti Elaun Hospital

Prioriti adalah manfaat kematian, lumpuh, kemalangan dan sakit kritikal serta medical card.

Elaun hospital sebagai sebagai kosmetik, jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

Walaupun syarikat takaful / insurans yang terlibat tiada kaitan dgn saya, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen memburukkan kompeni takaful lain.

Afyan, ejen cabuk.

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!