Tip RM : Perunding Kewangan vs Jurujual Produk Kewangan II

Tugas perunding kewangan adalah seperti doktor.

Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk? Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos kesihatan pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.

Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Seseorang prospek akan saya “diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, saya akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya.

Dari situ, barulah saya boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Jadi, adalah menjadi kesukaran yang amat sangat sangat utk saya reply PM yg berbunyi;

“Tuan, bagi saya quotation. Saya 30 tahun, pekerjaan guru, tidak merokok. Bajet RM200, taknak medical card”.

Medical Card Klinik

Info RM | Melanggan takaful adalah untuk menghadapi situasi musibah kewangan.

Kos rawatan klinik selalunya tidaklah mahal dan hanyalah sekitar RM50-RM100 sekali ke klinik.

Jadi, ia bukanlah musibah kewangan yang perlu dilindungi dengan takaful.

Kos klinik boleh diambil daripada simpanan kecemasan memandangkan kosnya tidaklah memberi kesan besar kepada kewangan.

Daripada melanggan takaful untuk klinik, lebih baik bajet yang sama digunakan untuk takaful perubatan hospital dan sakit kritikal.

Kos rawatan hospital dan penyakit kritikal selalunya mencecah beribu-ribu ringgit dan ia memberi kesan besar dalam kewangan.

Jadi, utamakan bajet untuk takaful untuk perlindungan perkara-perkara yang memberi musibah kewangan yang besar spt kos rawatan hospital dan penyakit kritikal berbanding perkara-perkara kecil seperti kos klinik.


Dapatkan maklumat mengenai medical card Medisavers Takaful

Takaful Medical Card vs Takaful Penyakit Kritikal

Kedua-duanya adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza.

Medical card atau kad perubatan fungsinya adalah untuk membantu membayar kos perubatan apabila dimasukkan ke dalam hospital.

Manakala takaful penyakit kritikal pula adalah untuk memberi TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.

“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta,” Kata seorang pelanggan

“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta, jadi saya sudah tidak perlukan lagi takaful penyakit kritikal.”

Saya tanyakan balik “Kalau Tuan ditimpa penyakit kritikal, berapa takaful Tuan dapat membantu?”

“RM 1.5 juta”, katanya penuh keyakinan.

“Tuan, sebenarnya RM 1.5 juta itu adalah maksima seumur hidup pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta”, jelas saya.

“Maksudnya?” dia inginkan kepastian.

“Maksudnya, RM1.5 juta adalah untuk hospital sebagai kos bayaran rawatan, bukan kepada Tuan selaku peserta.”

Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan

“Begini situasinya, contohnya sekiranya Tuan ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, strok dan sebagainya, kos rawatan sepanjang Tuan ditimpa penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang Tuan ambil.

“Apabila ditimpa penyakit kritikal, adakah Tuan masih mampu bekerja?” saya membuat sedikit huraian dan bertanya soalan.

Dia menggeleng kepala.

“Ya, sudah tentu tidak. Syarikat yang tuan bekerja sekarang sudah tentu tidak lagi menerima Tuan sebagai pekerja lagi. Jadi pada waktu itu sudah tentu Tuan tidak dapat lagi bekerja.

Pada waktu inilah takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi penggantian pendapatan.

Jadi, di samping memiliki takaful perubatan medical card ini, Tuan perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurangnya bersamaan dengan pendapatan Tuan setahun -3 tahun.”

Saya mengakhiri penerangan saya dan bersedia untuk soal jawab.

Beliau nampak positif.


Baca lanjut mengenai income protection takaful

Baca juga mengenai medical card yang tiada limit

Panduan Memilih Medical Card

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takaful/ insurans,  antaranya;

“Apa ‘medical card’ (kad perubatan) paling bagus?”

“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”

 

“Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?”

Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.

Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan kad perubatan;

 

Bacaan lanjut di artikel saya yang diterbitkan di Majalah Niaga: http://www.majalahniaga.com/panduan-ringkas-memilih-kad-perubatantakaful-insurans.html

 

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!