Fatwa Hukum Terima Insurans Konvensional Percuma

 

fatwa hukum insurans konvensional percuma

 

Fatwa ini daripada laman web http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-terima-insurans-konvensional-percuma.

 

Ia menjawab persoalan “Saya membeli produk X dan dapat percuma insurans personal accident secara percuma, apa hukumnya”.

Produk X boleh jadi rumah, kereta, telefon, sim kad dan sebagainya.

Fatwa ini tidak terpakai kepada;

1) Orang yang mengaku ‘pakar insurans’ yang menganggap alim ulama dan malis fatwa salah dalam mengharamkan insurans konvensional.

2) Golongan yang mengatakan bahawa wang kertas bukan item ribawi sebab bagi mereka sama sahaja kewangan konvensional mahupun tidak.

Baca huraianya;

ISU: 

Sebagaimana dimaklumi insurans konvensional adalah haram.Tetapi saya ingin bertanya sekiranya ia diberi percuma adakah ia tetap haram atau harus?
PENJELASAN:
Sebagaimana sedia maklum bahawa insurans konvensional adalah haram dan hukum ini telah diputuskan oleh banyak badan-badan fatwa dan juga kesatuan-kesatuan fiqah di peringkat antarabangsa.Elemen utama yang menjadikan insurans konvensional haram ialah kerana ia mengandungi:
i- unsur riba
ii- unsur gharar
iii- unsur perjudian.
Justeru adalah haram bagi orang Islam untuk mengambil insurans konvensional.Manakala bagi orang yang mendapat insurans secara percuma, sebagai contoh pekerja di sebuah syarikat yang mana syarikat tersebut membayar insurans untuk staf-stafnya, maka dia boleh mendapat benefit sekadar jumlah yang telah dibayar oleh syarikatnya. Ini kerana jumlah yang sudah dibayar kepada syarikat insurans dianggap sebagai prinsipal yang sepatutnya boleh dimiliki oleh staf tersebut.
Wallahu A’lam.

 

 

 

Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – ‘Pakar’ Insurans

Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang ‘pakar’ insurans.

Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini.

Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh ‘pakar’ tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional.

Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah tersilap dalam mengeluarkan hukum berkenaan kerana mereka bukan pakar insurans. Baginya, hanya pakar insurans yang layak memberi hukum tentang insurans.

Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa yang menghukum insurans konvensional haram adalah satu kesilapan.

Di ruang komen, saya memberi pandangan saya untuk mempertahankan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan hujah-hujah saya.

Dia membalas hujah-hujah saya.

Kemudian saya membalas hujah-hujahnya.

Kemudian, dia membalas balik hujah-hujah balas saya.

Kemudian, saya membalas balik hujah-hujah balas ke atas hujah-hujah balas saya.

Begitulah yang berlaku dalam masa beberapa jam.

Ia berlaku di ruang Facebook beliau. Melalui ruang komen tulisannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun entah kenapa, akhir sekali dia membuang kesemua diskusi tersebut dari ruan komen.

Tetapi, saya sempat menyimpannya.

Para pembaca boleh membuat penilaian sendiri….

CaptureCapture 2Capture 3Capture 4Capture 5Capture 6

Inilah tulisan tersebut. Dia sendiri yang menulis dia mewakili “pakar” insurans. Saya cuba menyemak perkataan “pakar insurans” di dalam website Malaysian Insurance Institute, tetapi tidak berjumpa. Saya tidak pasti siapa yang mengiktiraf ke”pakar”an tersebut.

Diskusi tersebut berlangsung di https://www.facebook.com/notes/azha-syazri-azizan/laporan-muzakarah-isu-halal-haram-insurans-15-november-2009/178787439140 yang saya telah diblok dan unfriend.

Berikut adalah sebahagian daripada diskusi tersebut yang sepatutnya terdapat di ruang facebook tersebut tetapi telah dibuang. Hanya ini sahaja yang sempat saya “selamatkan”.

114

12

13

11

8

7

10

9

53 4
2

Selepas itu, saya tidak lagi boleh masuk lagi ke dalam FB tersebut. Mungkin saya telah di”block”.

Namun, saya masih lagi boleh mengikuti perkembangannya melalui pengkhabaran rakan-rakan FB lain.

Malahan, ada juga yang menyambung diskusi tersebut yang mempertahankan Majlis Fatwa akhirnya diban dan diblok untuk masuk.

Yang paling mengejutkan, akhir sekaliartikel dan  diskusi itu ditutup terus daripada dipaparkan.

Atas ihsan seorang rakan FB, beliau sempat menyimpan tulisan penuh tersebut.

Jika ada yang ingin membacanya, sudi-sudilah menyertai saya di Facebook 🙂

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?

Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka.

Sudah lebih 20 tahun sistem kewangan Islam bertapak di Malaysia.

++++

Sedang saya berurusan di sebuah perbankan Islam, seorang pegawai bank berkenaan menegur saya.

“Buat apa tu dik,” katanya yang berpangkat kakak.

“Hantar borang potongan klien saya,” jawab saya merujuk kepada borang potongan arahan tetap untuk premium bulanan pelanggan saya.

“Oh, potongan untuk apa?” tanyanya.

“Potongan takaful,” kata saya.

“Puan sudah memiliki takaful?” tanya saya sebelum dia ‘melarikan diri’.

Ramai orang yang akan melarikan diri apabila berjumpa ejen takaful seperti saya. Jadi saya perlu bertindak pantas sebelum dia “lari” 🙂

“Oh, saya sudah ada,” jawabnya.

“Baguslah jika begitu. Polisi puan daripada syarikat mana?” tanya saya pula.

Jika tadi dia yang bertanya, kini giliran saya pula. Moga-moga terbuka hatinya untuk membuat temujanji dengan saya.

“Dengan Syarikat Insurans XXX,”
katanya.

“Dengan syarikat mana puan?” tanya saya agar saya tidak tersalah dengar kerana dia menyebut nama syarikat insurans, bukan takaful.

“Syarikat Insuranas XXX,” ulangnya lagi.

“Eh, bukankah itu syarikat insurans konvesional?” tanya saya, agak kaget kerana setahu saya syarikat berkenaan memang syarikat insurans konvesional dan tidak memiliki lesen takaful.

“Tidaklah, mereka kata mereka ada panel syariah,” kata beliau.

“Puan, setahu saya ia ia adalah syarikat insurnas konvesional. Jika namanya syarikat insurans konvesional, maka tentu ia tidak memenuhi keperluan syarak?” soal saya bertalu-talu memandang beliau adalah kakitangan perbankan Islam.

Syarikat tersebut sememangnya syarikat insurans konvesional, bukan syarikat takaful yang dimiliki oleh syarikat insurans konvesional. Saya amat pasti tentnag perkara itu.

“Tidak mengapalah,” katanya endah tidak endah.

“Beginilah puan, apa kata kita adakan temujanji untuk saya terangkan lebih lanjut perbezaan di antara takaful dengan insurans?” pinta saya pula.

Saya rasa bertanggungjawab untuk menerangkan sesuatu kepada beliau. Tentang perbezaan takaful dan insurans.

“Tidak mengapalah,”
 katanya dengan suara yang agak tinggi.

Saya sedikit terkejut kerana dia seolah-olah marah kepada saya.

“Puan, saya bukan ingin mempromosi takaful, tetapi ingin menerangkan tentang polisi insurans yang Puan ambil tersebut bersalahan dengan syarak,” kata saya pula.

“Tidak mengapa, tidak mengapa,” katanya lantas terus berlalu.

Saya terpana seketika.

Kecewa.

Bukan kecewa kerana tidak mendapat pelanggan. Atau kecewa kerana beliau tidak mahu mengambil polisi takaful dengan saya.

Tetapi kecewa kerana beliau memilih produk insurans konvesional berbanding takaful.

Lebih kecewa lagi, beliau tidak mahu lansung mendengar penerangan saya tentang perbezaan insurans konvensioanl dan takaful.

Lebih kecewa lagi, beliau adalah seorang Muslim.

Yang paling mengecewakan, beliau adalah kakitangan sebuah perbankan Islam yang agak lama di Malaysia.

Kalau bukan orang Islam yang menyokong produk Islam, siapa lagi?

Seni Menghadapi Pelanggan


Saya memperlajari ilmu ini secara ”live” daripada Ketua Ejensi saya, En Isa Sabitan.

Seorang pelanggan takaful kawan saya ingin membatalkan polisi takafulnya.

Dia ingin menutup polisi takafulnya, dan mengambil nilai tunai yang ada daripada polisi takafulnya itu.

Beliau menemui ketua ejansi saya, En Isa yang kebetulan berada di dalam pejabat kami pada waktu itu. Saya berada di meja sebelah ketika itu.

“Saya ada sedikit masalah kewangan. Jadi saya ingin membuat pengeluaran polisi takaful saya sekaligus menutupnya” kata pelanggan tersebut, sambil menunjukkan polisi takafulnya.

En Isa membelek-belek polisi tersebut dan membuat anggaran wang yang yang bakal diterimanya.

”Jika encik tutup polisi ini, encik akan dapat kira-kira RM 400.00”, kata En Isa.

”Oh, begitu”, kata pelanggan tadi.

Beliau telah membuat caruman sebanyak RM 100 sebulan selama kira-kira setahun lebih.

”Kenapa sedikit sahaja ye?”, tanya beliau ingin mendapatkan kepastian.

”Wang caruman encik telah digunakan untuk operasi syarikat bagi memberi perlindungan kepada peserta-peserta takaful yang ditimpa musibah”, jelas En Isa satu persatu.

”Tapi saya sudah membuat caruman sebanyak lebih daripada RM 1000”, tanya pelanggan itu lagi..

”Ya, betul. Jika encik membuat simpanan di dalam bank, encik akan dapat jumlah yang sama dengan encik simpan, iaitu kira-kira RM 1200.00 selepas membuat simpanan selama setahun dengan kadar RM 100.00”, kata En Isa.

”Tetapi, di takaful, dengan jumlah caruman sebanyak itu, encik memiliki perlindungan sebanyak RM 70,000.00 apabila encik mencarum sebanyak RM 100.00 sebulan.”,
tambah En Isa.

Pelanggan tadi sedikit terdiam.

Saya memerhatikan dari meja sebelah.

”Saya percaya yang encik ada membuat simpanan di tempat lain. Jadi, jika encik menutup polisi ini encik akan mendapat kira-kira RM 400.00. Namun encik akan kehilangan RM 70,000.00 nilai perlindungan untuk kematin , lumpuh atau penyakit kritikal”, sambung En Isa.

Pelanggan tadi kelihatan mengangguk-angguk.

”Jadi, yang mana encik mahukan, RM 400 nilai tunai ini, atau RM 70,000.00 nilai perlindungan yang ada?”, tanya En Isa.

”Sudah tentu RM 70,000.00”, jawab pelanggan itu tanpa menunggu lama.

Akhirnya pelanggan tadi tidak jadi membatalkan kontrak polisi takafulnya.

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!