Cara Membuat Claim Windscreen (Tuntutan Cermin) Kereta Pecah / Retak

1) Semak kembali polisi, sama ada kita ambil perlindungan takaful windscreen atau tidak.

Kadang-kadang berlaku,  apabila cermin pecah dan  hendak claim  baru teringat coverage windscreen  tidak diambil ketika melanggan polisi.

Jika ada, boleh ke langkah seterusnya.

2) Kita ada beberapa pilihan untuk membuat claim;

2.1) Boleh pergi ke mana-mana bengkel panel, dan buat tuntutan di sana. Bengkel akan baiki tanpa perlu kita membuat sebarang pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan kepada syarikat kemudiannya. Untuk cara ini, pastikan kita membawa covernote atau polisi takaful untuk memudahkan urusan.

atau;

2.2) Boleh pergi ke mana-mana bengkel bukan panel dan  baiki di sana, kemudian minta resit untuk membuat reimbursement dengan syarikat takaful. Pastikan mengambil gambar cermin sebelum dan selepas dibaiki. Dengan cara ini, kita pula perlu berurusan dengan syarikat takaful / insurans untuk urusan reimbursement.

Cara ke dua (no 2.2 bayar guna duit sendiri kemudian reimburse), agak leceh kerana kita pula terpaksa menunggu reimbursement dengan syarikat insurans / takaful tapi dengan cara ini, harga yang dikenakan oleh pihak bengkel adalah lebih murah  berbanding cara pertama (no 2.1 tanpa perlu bayar dan bengkel yang akan uruskan claim).

Nota tambahan:

1. Claim windscreen tidak memberi kesan kepada NCD.

2. Claim windscreen boleh dilakukan beberapa kali dalam satu tahun perlindungan. Contoh, jika kita ambil cover windscreen RM1000 tapi hanya claim Rm500 maka ada baki lagi RM500.

Wang 1 Juta Tidak Cukup?

1juta tidak cukup Berita ini diambil dari StraitsTimes Singapore:

Mengisahkan seorang balu yang menerima pampasan dan sumbangan orang ramai hampir $1 selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan ngeri beberapa tahun lalu. Yang menjadi berita utama ialah bagaimana wang sejumlah itu akhirnya “hilang” begitu sahaja selepas setahun!

Membaca berita ini mengingat saya kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Negeri Sembilan. Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk pembangunan Lapangan Terbang KLIA.

Mereka hanya memegang status sebagai jutawan hanya kira-kira beberapa tahun sahaja apabila harta tersebut diguna sedikit demi sedikit. Malah ada kisah kereta mewah yang dibeli ketika menjadi jutawan ditarik bank.

Fenomena ini biasa berlaku kepada orang yang mendapat wang besar secara tiba-tiba. Ini kerana minda mereka tidak bersedia dengan wang sebegitu besar.

Orang yang tidak biasa dengan duit sebesar itu akan condong menggunakan duit itu sehingga akhirnya mereka kembali kepada kedudukan kewangan asal mereka.

Sebagaimana para pelajar universiti yang menerima wang pinjaman / biasiswa yang sedebuk banyaknya pada awal semester, akan condong untuk menggunakan wang tersebut secara melulu seperti membeli gajet, laptop, dan sebagainya.

Di awal semester makan lamb chop, di hujung semester makan meggi.

Tabiat sama dibawa selepas grad, apabila menerima gaji pertama kerja, cenderung untuk membuat pinjaman membeli kenderaan semaksimum mungkin.

Akhirnya, wal hasil balik asal. Awal bulan makan lamb chop, hujung bulan makan meggi.

Status Takaful / Insurans Penumpang MH370

Pray-MH370

SOALAN;
Bolehkah keluarga mangsa MH370 membuat tuntutan insurans hayat atau takaful keluarga yg dilanggan mangsa sebelum kejadian itu berlaku?

JAWAPAN;
Dalam kes kematian, prosedur standard tuntutan kematian memang memerlukan sijil kematian.

Ia adalah prosedur standard untuk kes-kes kematian dan terpakai oleh SEMUA syarikat takaful dan insurans konvensional.

Manakala dalam kes kehilangan pula, tertakluk kepada undang-undang sivil yang ada di Malaysia, selepas 7 tahun hilang tanpa sebarang berita, ahli waris boleh membuat tuntutan dengan mahkamah untuk mendapatkan sijil kematian. Selepas itu, proses tuntutan boleh dibuat seperti kes kematian biasa.

Antara akta yang dirujuk ialah Akta Keterangan dan Akta Orang Hilang.

Tetapi dalam kes yang sudah menjadi berita nasional malah dunia ini, syarikat insurans dan takaful selalunya mengambil pendekatan “ex gratia” untuk membayar pampasan.

Sumbangan “ex gratia” direkod berbeza dari tuntutan biasa.

Dan kes ini hanya terpakai dalam kes seumpama MH370 yakni ia sudah menjadi berita nasional dan antarabangsa. Ia tidak memerlukan pembuktian kematian dan surat mati atau menunggu sehingga 7 tahun kehilangan.

Jika ada kes kehilangan, tapi tidak mendapat liputan media meluas sebegini, ia akan mengambil pendekatan standard utk proses tuntutan.

Utk makluman, tindakan ini adalah atas dasar kemanusiaan DAN menjaga nama baik syarikat.

Rujukan tambahan: http://www.malaysiantakaful.com.my/CMSPages/GetFile.aspx?guid=66d0261b-3ac7-4119-9106-1889f24c99a0

pasti pray4mh370

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!