Tugas Perunding Takaful

Tugas perunding takaful adalah seperti doktor.

Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk? Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos kesihatan pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.

Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Seseorang prospek akan saya diagnos terlebih dahulu sebelum mencadangkan ‘ubat’ yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, saya akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya.

Dari situ, barulah saya boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Jadi, adalah menjadi kesukaran yang amat sangat sangat utk saya reply PM yg berbunyi;

“Tuan, bagi saya quotation. Saya 30 tahun, pekerjaan guru, tidak merokok. Bajet RM200, tak nak medical card.”

Siapa Pembayar Hutang Peribadi Kita Jika Kita Mati Awal?

Selepas Kita Meninggal Dunia, Siapa Yang Akan Bayar Hutang Yang Kita Buat?

Ramai antara kita buat personal loan, buat hutang itu hutang ini.

Tetapi terlupa fikir siapa yang bertanggungjawab membayar hutang tersebut sekiranya kita mati awal.

“Tuan, Hutangsayadilindungiinsurans.”

Betul, tetapi bukan semua hutang yang kita buat ada perlindungan insurans. Dan bukan semua insurans hutang melindungi sekiranya kita meninggal dunia. Ada yang cover sekadar kemalangan sahaja.

Ada hutang yang memang bank akan suggest supaya kita ambil perlindungan insurans, maksudnya sekiranya kita terlibat kemalangan, insurans itu akan bayarkan baki hutang kita.

Tetapi ada juga hutang yang kita tidak sedar tiada perlindungan insurans pun. Contohnya hutang dengan kawan dan hutang dengan mak bapak.

Apa yang boleh dibuat untuk selesaikan isu ini?

Ada satu cara boleh dibuat iaitu selesaikan semua hutang itu sebelum mati.

“Manalah kita tahu bila waktu kita akan mati?”

Jika begitu, sediakan anak isteri kita untuk membayar hutang tersebut.

Bagaimana caranya?

Ambil cara kedua, kita buat stail bank. Guna takaful untuk bayarkan hutang kita selepas kita mati. Masukkan jumlah debt yang ada dalam takaful individu.

Contohnya sekiranya hutang kita yang tidak dilindungi itu berjumlah RM150,000, maka tambah satu polisi takaful kecil untuk melindungi jumlah tersebut.

Sekiranya sesuatu bencana berlaku kepada diri kita, isteri kita akan dapat pampasan yang mencukupi untuk membayar hutang peribadi kita itu.

PS: Jangan susahkan orang hidup selepas kita mati.

Mahu berjumpa pegawai kami untuk sesi penerangan?

Kenapa Perlu Ambil Takaful

“Encik, kalau saya ambil takaful ini dan kemudian tak berlaku apa-apa, bagaimana?

Katakanlah, saya masih hidup dan sihat sejahtera sampai tempoh matang. Boleh dapat balik tak duit caruman saya?”

“Errr… Polisi ini sampai umur 100 tahun. Kalau Encik yakin tak mati dan tak sakit sampai umur 100 tahun, Encik tak payah ambil polisi takaful ini pun tidak mengapa.

Takpalah, saya jumpa orang lain. Sebab setahu saya, yang tak mati dan tak sakit hanyalah …..”

(Tak sempat habiskan ayat”

“Ok, ok. Saya insaf. Kat mana nak sign?”

Pelaburan Pertama – ILMU

Pelaburan Pertama | ILMU

“Sesiapa yang mahukan dunia, mestilah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat juga hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu. ” – Ali bin Abi Talib

“An investment in knowledge pays the best interest.” – Benjamin Franklin

Pengalaman saya bertemu pelanggan atau memberi penerangan pengurusan kewangan, apabila topik pelaburan disentuh, soalan yang akan pasti ditanya ialah; “Apakah pelaburan yang paling bagus?”

Sejujurnya, soalan tersebut sebenarnya tiada jawapan khusus kerana setiap jenis pelaburan ada kelebihan tersendiri.

Ia umpama soalan; “Apakah makanan yang paling sedap?”

Jika ada jawapan, maka jawapannya ialah “pelaburan ilmu”.

PELABURAN ILMU

Memulakan pelaburan dengan melabur dalam menuntut ilmu, boleh meminumkan risiko kerugian kerana dalam mana-mana pelaburan tidak dapat tidak lari daripada risiko dan ia akan seiring dengan keuntungan dan kerugian.

Sebagai contoh, sebelum membuat pelaburan dalam hartanah, perlu pelajari selok belok hartanah yang bakal dilaburkan. Ia ada beberapa cara pelaburan hartanah seperti beli dan jual, atau beli dan sewa. Setiap satu ada strategi, teknik dan guru tersendiri. Orang yang pakar dalam strategi pelaburan gaya beli dan sewa tidak semestinya pakar dalam pelaburan beli dan jual.

Begitu juga dalam strategi pelaburan dalam pasaran saham. Ada analisa fundemantal, ada analisa teknikal dan setiap satunya ada matlamat dan cara berbeza.

Orang yang biasa membuat untung dengan pasaran saham, belum tentu mampu lakukannya dalam pelaburan hartanah.

Pelaburan hartanah dan pelaburan saham di atas hanya sekadar contoh.

ILMU, GURU DAN HARGANYA

Dalam setiap pelaburan, ada “guru” tertentu yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
Sudah tentu dalam mendapatkan ilmu tersebut daripada pakar atau guru, ada “harga” yang perlu dibayar.

Ia mungkin;

– serendah “percuma” daripada artikel, blog atau ebook percuma, atau

– buku-buku tulisan pakar yg harganya sekitar puluhan ringgit, atau

– mungkin juga yuran kursus dan seminar sekitar puluhan atau ratusan ringgit,

– malah mungkin juga ia setinggi ribuan ringgit sehingga 4 atau 5 angka untuk personal coaching dan mentoring.

Keempat-empat jenis pembelajaran di atas, saya berpengalaman mengikutinya.

Segala-galanya untuk mendapatkan ilmu daripada sang guru. Sebagaimana sekolah atau universiti, ada yuran pengajian yang perlu dibayar.

Pengalaman saya, yang percuma kebanyakannya kurang berkualiti dan kita jarang hargai ilmu percuma.

PENGALAMAN; ILMU PERCUMA DENGAN HARGA YANG TINGGI

Pengalaman merupakan guru yang paling berkesan.

Pengalaman atau “street smart” yang digabungkan dengan guru pembelajaran formal atau “street smart” sudah tentu menghasilkan impak keuntungan yang berganda.

Pengalaman adalah proses menuntut ilmu yang percuma namun dengan harga yang sangat mahal!

Kerana, pembelajaran melalui pengalaman ini memungkinkan kesilapan. Kesilapan yang seterusnya menjadikan kerugian ini juga ada “harga” yang perlu dibayar!

Saya pernah menerima mesej daripada seorang pelabur (tidak perlu saya nyatakan pelaburan apa kerana ia akan menimbulkan sentimen terhadap industri pelaburan berkenaan) yang mengadu tentang pelaburannya yang sedang mengalami kerugian.

Saya tanyakan, mengapa beliau membuat pelaburan tersebut, responnya daripada pengaruh rakan.
Soalan seterusnya saya tanyakan ialah ilmu pelaburan yang dipelajarinya dari siapa, katanya dari syarikat yang menawarkan pelaburan berkenaan secara percuma.

Akhir sekali saya katakan kepadanya anggap sahaja pengalaman ini adalah “kelas pelaburan” yang disediakan dari langit, dan kerugian yang dialaminya pula ialah yuran pembelajaran yang dia perlu bayar.

Ya, ilmu daripada kelas pengalaman yang cukup mahal harganya. Silibus pengajiannya adalah; jangan pisang berbuah dua kali!

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!