45 Hari Tanpa Gaji Kakitangan Awam – Tip Ini Membantu Anda Merancang Kewangan

Calendar%20Image-1524x975[1]

Musim perayaan semakin hampir.

Berdasarkan Pekeliling Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awal 2015, kakitangan awam bakal memperoleh gaji lebih awal pada bulan Julai.

Ia berita baik buat kakitangan awam kerana mereka akan terima gaji seawal 9 Julai, memandangkan hari raya Aidil Firi dijangka jatuh pada 17 atau 18 Julai.

Tarikh penerimaan gaji ini awal 2 minggu berbanding biasanya ia diterima pada 22-25 haribulan.

Berita buruknya pula ialah, gaji pada bulan berikutnya pula diterima pada 25 Ogos 2015, yakni 45 hari selepas gaji diterima pada bulan Julai!

Ya, 45 hari – hampir 7 minggu, dan melebihi sebulan tempoh tersebut.

Ia merupakan cabaran besar bagi penjawat awam untuk mengurus wang gaji tersebut.

Jadi tulisan ini memberikan beberapa tip dan panduan kepada para penjawat awam untuk menguruskan gaji sebegini, dan ia juga boleh digunakan pada masa-masa akan datang kerana situasi yang sama turut dijadualkan akan berlaku pada bulan September sempena sambutan Aidil Adha dan bulan Disember bagi sambutan Krismas.

Saya bahagikan kepada 3;

  1. Persediaan mental
  2. Sepanjang bulan Ramadhan
  3. Persiapan perayaan

 

Persediaan mental dan persiapan awal

  • Ingat, yang berlaku hanyalah “terima gaji lebih awal”, bukan “terima gaji lebih banyak”. Anda hanya menerima gaji 2 minggu lebih awal, bukan menerima gaji 2 mingu lebih banyak. Menganggap penerimaan gaji lebih awal sebagai bonus adalah petanda buruk dalam perancangan kewangan.
  • Oleh itu, belanja secara normal dan tidak habiskan wang gaji pada bulan Jun dalam masa 14 hari beza masa penerimaan gaji Jun – Julai. Jika tidak, maka akan meranalah selepas raya kelak.
  • Kemudian, gaji bulan Jun yang diterima pada 25 Jun jangan dihabiskan menjelang gaji 9 Julai. Sebaik sahaja terima gaji 9 Julai, simpan ia untuk digunakan pada waktu yang sebatelnya. Gunakan gaji tersebut hanya selepas 25 Julai, bukan sebaik sahaja ia diterima pada 9 Julai.
  • Rancang perbelanjaan menjelang musim perayaan dengan baik. Selalunya perbelanjaan akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan. Jadi, jika tidak dirancang dengan baik, ditambah pula dapat gaji lebih awal – kita akan lebih terdorong berbelanja.

 

Sepanjang Bulan Ramadhan

  • Usah membazir. Mengikut data yang dikeluarkan baru-baru ini, rakyat Malaysia membazirkan 270,000 tan makanan! ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka membazir dalam membeli makanan.
  • Hadkan perbelanjaan di bazar Ramadhan. Caranya ialah dengan membawa wang yang cukup-cukup sahaja seperti RM5 atau RM10 atau RM20 sahaja supaya kita tidak berbelanja melebihi had. Jika tidak pergi ke bazar Ramadhan adalah lebih baik. Sehari dapat jimat RM20, maka sebulan kita dapat jimat RM600.
  • Jika ke bazar Ramadhan juga, tahan nafsu lapar anda. Di bazar Ramadhan kita tentu rasa ingin membeli semua makanan yang kita suka, tapi ketahuilah bahawa bulan puasa ada 30 hari dan jika sehari kita bei 2 jenis makanan, sebulan ia berjumlah 60 jenis. Esok masih ada.
  • Memasak makanan sendiri adalah lebih afdhal, lebih baik dan lebih ekonomi. Ambil kesempatan waktu pulang yang lebih awal berbanding di luar bulan Ramadhan untuk menyediakan makanan sendiri.

 

Persediaan Perayaan

  • Bersederhana adalah lebih baik. Ada yang lebih penting daripada baju raya, kuih raya, kereta raya, perabot raya, langsir raya dan sebagainya – iaitu ikatan silatur-rahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara. Fokus kepada aktiviti ziarah menziarahi bukan kepada menunjuk-nunjuk.
  • Baju raya – jika baju tahun lepas masih molek, maka eloklah gunakannya sekali lagi. Jika beli baju baru, belialah pakaian yang boleh dipakai di luar musim perayaan agar ia tidak membazir dan terperok di dalam almari selama 11 bulan di luar musim raya. Lebih malang lagi, apabila hendak dipakai pada raya berikutnya, saiz baju semakin mengecil.
  • Hias rumah tidak semestinya dengan perabot dan langsir baru. Mungkin dengan hanya cat dengan warna yang lain boleh memberikan pemandangan baru kepada rumah umpama rumah baru.
  • Merancang untuk tukar kereta sempena raya? Elok fikirkan alternatif menaiki pengangkutan awam atau menyewa sahaja di musim perayaan. Lebih menjimatkan berbanding membayar ansuran bulanan kenderaan yang terpaksa kita tanggung 11 bulan berikutnya, dan 7 – 9 tahun hutang. Tidak masuk lagi kos-kos lain memiliki kenderaan seperti petrol, roadtax, insurans kenderaan, servis dan sebagainya. Jika selama ini kenderaan sedia ada sudah memadai, kekalkan.
  • Jangan buat hutang. Cukup-cukplah dengan hutang sedia ada dan jangan tambah lagi hutang baru. Jauhkan sama sekali hutang baju raya, hutang kuih raya, hutang perabot, dan segala macam hutang yang hanya untuk kepuasan sementara.

 

“Apakah Pelaburan Yang Paling Menguntungkan?” – Ini Jawapan Terbaik Yang Pernah Kami Jumpa

investment“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”

Ini soalan yang paling kerap ditanyakan kepada saya dalam program-program perancangan kewangan yang saya kendalikan.

Bukan sahaja dalam program, malah dalam sesi temujanji saya bersama klien dan prospek pun, soalan yang sama ditanya.

Ia sebenarnya soalan yang sukar.

 

Senario Dunia Pelaburan Di Malaysia

Sebelum saya kongsikan jawapan saya, molek saya kongsikan senario yg berlaku.

Sekitar tahun 2009-2010, ketika saham amanah meningkat naik, ramai berpusu-pusu membeli saham-saham unit amanah sbg portfolio pelaburan.

Kemudian, pada 2011-2012, apabila harga emas memuncak, ramai pula menceburkan diri dalam pelaburan emas.

Menjelang 2012-2013 pula harga hartanah pula yang meningkat, lalu ramai pula mencuba menjadi pelabur hartanah.

Bermula 2013 hingga tahun ini 2014 menyaksikan pasaran saham mula meningkat, maka ramai pula menjadi pemain saham, menjadi peminat stock-market dan berebut-rebut membeli saham di papan-papan utama.

Kini 2014, ura-ura harga getah meningkat, tidak mustahil pula pelaburan getah akan mula muncul dan ramailah pelabur-pelabur bergetah selepas ini.

 

Pakar Pelaburan

Menariknya, di setiap “musim” akan muncul “pakar” dalam bidang berkenaan bagai cendawan selepas hujan.

Lebih menarik lagi, ada pakar yang sama dalam setiap musim.

Ketika musim emas, dia menjadi pakar emas dan memberi ceramah tentang emas, menganjurkan program pelaburan emas dan menggalakkan orang ramai membeli emas. Apabila musim saham, tiba-tiba dia bertukar menjadi pakar saham pula, menganjurkan program pelaburan saham dan menggalakkan orang ramai membeli saham.

Ketika musim emas, di menjadi ejen jualan emas, ketika musim saham dia menjadi broker saham.

Siapa yang paling untung? Tentulah si pakar tadi sebab di setiap musim, dia meraih keuntungan dalam setiap program anjurannya, dan hasil jualan produk pelaburannya.

 

Oh ya, dalam setiap musim juga akan muncul oppurtunis yang mengambil kesempatan daripada pelabur-pelabur baru yang naif dalam bidang pelaburan.

Tidak hairan muncul skim pelaburan pelik-pelik; pelaburan emas delay, pembelian rumah dengan harga RM89,000 untuk sebiji banglo, skim pelaburan ikan arowana, skim pelaburan burung unta, skim pelaburan saham meragukan, skim pelaburan getah dan pelbagai lagi skim-skim lain yang kebanyakannya adalah skim cepat kaya lain.

 

knowledge[1]

Pelaburan ILMU

Sebenarnya, jawapan bagi persoalan;

“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”.

…Jawapannya ialah “Pelaburan ILMU”.

Namun, ada segelintir yg skeptikal.

Tambah menyedihkan, ada yang pernah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit, tapi apabila dicadangkan menuntut ilmu dengan yuran seratus dua, mengeluh mahal. Walhal, dengan pelaburan seratus dua inilah yang menyelamatkan wang para pelabur hangus terbakar begitu sahaja.

Inilah juga punca kenapa rakyat Malaysia mudah terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang “too good to be true”. Lebih suka menyertai porgram-program pelaburan yang menawarkan keuntungan segera berbanding menyertai program-program ilmu kewangan.

Rasa membazir bayar mahal-mahal hanya untuk belajar, tapi sanggup buat personal loan untuk sertai program-program skim cepat kaya, yang akhirnya tersontot.

Pelaburan ilmu merupakan pelaburan yang paling menguntungkan.

Sebagai contoh, pelaburan untuk melahirkan seorang graduan perubatan sebelum menjadi doktor adalah sekitar RM80,000 hingga RM150,00 selama 5 tahun. Dengan “pelaburan ilmu” sebanyak itu, graduan perubatan itu layak menjadi doktor dengan gaji permulaan sekitar RM5,000 sebulan. Jika gajinya tidak meningkat, hanya memerlukan masa dua hingga tiga tahun sahaja untuk “balik modal”, dan selepas itu keuntungan bersih.

 

Perkara sama untuk pelaburan-pelaburan lain.

Sebagai contoh; sebelum melabur dalam saham, melabur dalam ilmu pelaburan saham. Menghadiri kursus-kursus yang mengajar pelaburan saham, membeli buku-buku berkenaan pelaburan saham, berguru dengan pelabur-pelabur saham yang sudah berjaya.

Perkara sama dalam pelaburan-pelaburan lain; emas, hartanah, pemasaran internet, malah dalam peaburan burung unta atau pelaburan getah sekalipun!

Best-Way-To-Invest-Money[1]

Menuntut Ilmu MESTI Berguru

Setiap bidang pelaburan ada disiplin ilmunya. Setiap ilmu, ada guru dan otainya.

Pelaburan saham, ada pakarnya. Pelaburan emas, ada pakar pelaburan emasnya. Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti hartanah, emas dan lain-lain.

Jadi, untuk mendapatkan ilmu supaya beroleh keuntungan dalam pelaburan maka rujukan utama ialah kpd pakar berkenaan.

Cara membezakan pakar pelaburan yang benar-benar pakar dengan pakar jadi-jadian ialah melihat sudah sejauh mana mereka dlm bidang mereka, dan berapa banyak untung portfolio mereka.

Mereka konsisten dalam bidang mereka tidak kira pasaran naik ataupun turun.

Pakar pelaburan saham, memulakan pelaburan saham ketika pasaran saham biasa-biasa, dan mengaut keuntungan ketika pasaran saham meningkat naik.

Begitu juga pakar pelabur hartanah, mula melabur dalam hartanah, membeli rumah ketika harga rumah biasa-biasa. Ketika harga hartanah meningkat dan ketika orang-orang lain berebut membelinya, pakar hartanah hanya tersenyum memperoleh keuntungan.

Ini barulah betul pakar!

 

“Saya Adalah Pakar ….. “

Berhati-hati dengan orang yang mengaku pakar.

Berbeza di antara orang yang mengaku pakar dengan orang yang diakui pakar.

Satu ialah “self-claim” pakar, manakala satu lagi adalah pengiktirafan orang lain terhadap kepakarannya.

“Self-claim” pakar – sangat mudah. Sesiapa sahaja yang boleh lakukan. Saudara-saudara yang membaca tulisan ini juga boleh mengaku pakar 🙂

Dalam bidang kewangan dan pelaburan, memang ramai yang mengaku pakar.

Jadi bezakan di antara “self-claim” pakar dengan orang yang diiktiraf kepakarannya. Tidak semestinya orang tersebut ada PhD, ada title “Dr”, title “Sifu”, “Coach”, dll.

Antara cara ialah dapatkan testimoni daripada yang sudah berguru dengan si pakar. Dan bukan juga testimoni yang disediakan oleh si pakar. Baca juga komen-komen publik terhadap si pakar.

Step seterusnya ialah menghadiri program-program yang dianjurkan. Pilih program-program yang menampilkan guru-guru pakar pilihan kita. Akhir sekali, istikharah dan berdoa untuk memilih dan mendapatkan guru pakar terbaik.

Jika tersalah pilih guru, akan menyesal di kemudian hari sekiranya tersonot di tengah jalan.

 

Zakat Bukan Sekadar Fitrah

Zakat bukan sekadar zakat fitrah.

Satu lagi jenis zakat ialah zakat harta yg terkadang terlepas pandang. Ia meliputi zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat emas perak, zakat pertanian dll.

Kiraannya ialah 2.5% (bergantung kpd jenis zakat) daripada harta wajib zakat selepas cukup haul dan nasab. Tempohnya ialah satu tahun hijrah.

Jika dibayar mengikut tahun masihi, kiraannya menjadi 2.533%.

Kadar zakat 2.5% dikira berdasarkan tempoh tahun hijrah, bukan tahun masihi.

Jika Sdra membayar zakat mengikut tahun masihi, kadarnya lebih sedikit iaitu sekitar 2.533%.

Bagi memudahkan kita ingat pembayaran zakat mengikut tahun hijrah, sebaiknya pembayaran zakat dilakukan pada setiap bulan Ramadhan.

Selain mudah ingat, ia juga menggandakan pahala Ramadhan.

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!