Bisnes Restoran Mamak

Ya, restoran mamak memang mempunyai ciri-ciri tertentu antara satu sama lain yang membezakan restoran-restoran mamak dengan restoran-restoran lain;

  1. Lokasi. Sebelum Donald Trump mempopularkan perkataan “Location, location, location!” lagi, mamak telah menitikberatkan soal lokasi. Pernahkah saudara melihat restoran mamak? Lihat sahaja di Kuala Lumpur, Restoran Pelita, Restoran Thaqwa, Restoran Esfan, dan lain-lain lagi pastinya lokasinya PASTI di corner lot atau sekurang-kurangnya end lot. Pastinya lot-lot ini harganya mahal! Namun, itulah pelaburan mereka. Lokasi-lokasi inilah yang menyebabkan restoran-restoran mereka mudah menjadi tumpuan ramai.
  2. Pelayan. Jika saudara biasa ke restoran mamak, sedar atau tidak, pelayan-pelayan restoran mamak begitu ramai sekali. Pelayan-pelayan ini akan segera mendatangi kita sebaik sahaja kita masuk ke restoran mereka. Tokey kedai mamak mengambil ramai pekerja bagi memastikan setiap pelanggan mendapat servis layanan yang cepat dan memuaskan. Ramai pekerja tentulah makin bertambah kos. Namun itulah pelaburan bisnes mereka. Pelayan-pelayan ini, walau kadang-kadang tidak berapa mahir bahasa melayu, akan memastikan setiap tempahan yang diminta oleh pelanggan dipenuhi secepat mungkin.
  3. Harga. Makanan-makanan yang dijual di restoran mamak sebenarnya agak mahal jika dibandingkan dengan harga makanan yang sama di restoran-restoran lain. Namun ini tidak menjadi penghalang untuk penggemar-penggemar masakan mamak. Malah, harga yang dijual di restoran mamak, tidak boleh dikurangkan walaupun RM0.10 sekalipun kita membeli RM 50.10 🙂

Inilah antara beberapa ciri perniagaan restoran mamak yang membezakan restoran yang dimiliki oleh restoran melayu. Walaupun kadang-kadang macam-macam cerita yang kurang enak tentang kedai mamak, namun ia tetap popular.

😉

Cari Duit Lebih? Jangan lupa poket yang bocor

(Perkataan “bocor” pada tajuk ini tiada kaitan dengan isu bocor di parlimen baru-baru ini – afyan)

Kadang-kadang saya ditanya oleh kawan-kawan, terutama junior-junior yang baru grad daripada kampus.

“Macam mana nak cari duit lebih ye?” (Sebagaiman yang ditanya oleh Sdr Zarifi di ruangan sembang blog ini)

“Aku dah tak tau nak buat macamana lagi. Siang aku kerja 8 sampai 4. Malam aku buat berniaga. Hujung minggu buat part time. Tapi duit asyik tak cukup je. Kau ada cara lagi nak dapat duit lebih?”

“Dah 3 tahun saya kerja dan kumpul duit, tak cukup-cukup jugak untuk kawin”

“Abang, macam mana abang kumpul duit setahun selepas grad terus abang kawin” (soalan ni membuat saya berbunga-bunga sebentar)

Dalam strategi mengumpul duit, ramai orang bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka. Tidak cukup dengan kerja waktu pejabat, mereka sambung kerja di luar waktu pejabat atau overtime. Tidak cukup dengan overtime, cari lagi ruang masa untuk mendapatkan pendatanan lebih dengan cara berniaga, MLM, ejen insuran, dan sebagainya, atau kerja part-time.

Namun, ramai yang terlupa tentang poket mereka yang “bocor” (Maaf , tiada kiatan dengan isu bocor di parlimen baru-baru ini ini ye).

“Poket bocor? Apa yang awak mengarut ni afyan?”

Maksud saya, dalam mereka bertungkus-lumus mengumpul wang, mereka terlupa tentang perbelanjaan mereka juga semakin bertambah. Tidak sedar dari masa ke masa wang yang mereka berlanjakan semakin banyak. Lebih teruk lagi, wang tambahan yang mereka sedang usahakan hanya menampung kos untuk mereka kerja part-time atau overtime tadi.

Umpama pasukan bola sepak yang hanya menumpukan kepada aspek penyerangan sahaja tetapi lupa untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan, mampukah pasukan tersebut berjaya?

Bagaimana pula dengan pasukan tentera yang hanay menyiapkan askar-askar yang berada di bahagian hadapan untuk menyerang, tetapi tidak menyediakan pasukan di belakang untuk pertahanan. Mampukah tentera tersebut memenangi pertempuran?

Justeru, dalam kita bertungkus lumus bekerja mengumpul duit, jangna lupa aspek-aspek perbelanjaan seperti petrol, telefon, penyelenggaraan kenderaan, perbelanjaan makanan dan sebagainya. Semua ini umpama pertahanan kewangan kita untuk mengumpul lebih banyak wang agar tidak dibazirkan begitu sahaja.

Ada banyak cara untuk berjimat! Antaranya dengan cara ini.

Tips Menghadapi Jurujual

Membaca entri “Tipu”, di dalam blog http://alamsaujana.blogspot.com memb eri saya idea utnuk memberi tips ini.

(Bukan senang ‘jurujual paip’ memberi tips-tips sebegini kepada pelanggan. Kira bocor rahsia lah ni 🙂 )

1. Penjual selalunya menggunakan tektik dengan memberi tawaran atau iklan yang ‘tidak sanggup kita tolak’ seperti:

“HANYA HARI INI SAHAJA”

Apabila ditawarkan begini, jangan terburu-buru membuat keputusan. Tak percaya? Cuba datang lagi esok, dan esoknya, dan esoknya, dan esoknya. Pasti tawaran tersebut akan berulang.

“SEMENTARA STOK MASIH ADA”

Percayalah, sebenarnya stok yang ada terlalu banyak. Jika sememangnya stok yang terhad, percayalah stok yang berkualiti sudah tiada.

“POTONGAN SEHINGGA 90%”

90%???? Sememangnya 90% potongan akan dibuat daripada akaun poket anda sekiranya anda percaya!

2. Sekiranya anda didatangi atau menerima panggilan daripada jurujual, ada beberapa tindakan atau ayat-ayat yang telah dijangka oleh jurujual tersebut, seperti;

“Takpelah, saya dah pernah beli dulu”

Jurujual tersebut selalunya akan menawarkan untuk ia dibeli kepada anak atau isteri atau pakcik atau makcik atak nenek atau mak lang atau jiran sebelah atau sepupu atau anak sedara atau sesiapa sahaja…

“Nanti saya fikirkan dulu”

Jurujual akan respon; “tawaran ni hari ini sahaja, jika tidak encik akan rugi” atau “mungkin apabila encik ingin mendapatkannya, produk ini sudah tiada lagi”.

“Saya tidak ada duit sekarang”

Jurujuaal akan respon “jadi saya jumpa encik balik pada awal bulan depan selepas gaji masuk”.

3. Jadi, elakkanlah dialog-dialog di atas. Kalau anda memang tidak senang dengan kehadirannya, sebaik sahaja dia menyapanya, jawab sahaja, “Maaf, saya tidak mahu”.  Untuk pengetahuan, ayat ini adalah ayat keramat yang boleh mengelakkan diri anda daripada seterusnya dipengaruhi oleh jurujual tersebut.

Peringatan: jangan gunakan ayat tersebut apabila saya yang mendatangi anda, sebab saya bukan jurujual 🙂

(bersambung)

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!