Pelaburan Pertama – ILMU

Pelaburan Pertama | ILMU

“Sesiapa yang mahukan dunia, mestilah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat juga hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu. ” – Ali bin Abi Talib

“An investment in knowledge pays the best interest.” – Benjamin Franklin

Pengalaman saya bertemu pelanggan atau memberi penerangan pengurusan kewangan, apabila topik pelaburan disentuh, soalan yang akan pasti ditanya ialah; “Apakah pelaburan yang paling bagus?”

Sejujurnya, soalan tersebut sebenarnya tiada jawapan khusus kerana setiap jenis pelaburan ada kelebihan tersendiri.

Ia umpama soalan; “Apakah makanan yang paling sedap?”

Jika ada jawapan, maka jawapannya ialah “pelaburan ilmu”.

PELABURAN ILMU

Memulakan pelaburan dengan melabur dalam menuntut ilmu, boleh meminumkan risiko kerugian kerana dalam mana-mana pelaburan tidak dapat tidak lari daripada risiko dan ia akan seiring dengan keuntungan dan kerugian.

Sebagai contoh, sebelum membuat pelaburan dalam hartanah, perlu pelajari selok belok hartanah yang bakal dilaburkan. Ia ada beberapa cara pelaburan hartanah seperti beli dan jual, atau beli dan sewa. Setiap satu ada strategi, teknik dan guru tersendiri. Orang yang pakar dalam strategi pelaburan gaya beli dan sewa tidak semestinya pakar dalam pelaburan beli dan jual.

Begitu juga dalam strategi pelaburan dalam pasaran saham. Ada analisa fundemantal, ada analisa teknikal dan setiap satunya ada matlamat dan cara berbeza.

Orang yang biasa membuat untung dengan pasaran saham, belum tentu mampu lakukannya dalam pelaburan hartanah.

Pelaburan hartanah dan pelaburan saham di atas hanya sekadar contoh.

ILMU, GURU DAN HARGANYA

Dalam setiap pelaburan, ada “guru” tertentu yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
Sudah tentu dalam mendapatkan ilmu tersebut daripada pakar atau guru, ada “harga” yang perlu dibayar.

Ia mungkin;

– serendah “percuma” daripada artikel, blog atau ebook percuma, atau

– buku-buku tulisan pakar yg harganya sekitar puluhan ringgit, atau

– mungkin juga yuran kursus dan seminar sekitar puluhan atau ratusan ringgit,

– malah mungkin juga ia setinggi ribuan ringgit sehingga 4 atau 5 angka untuk personal coaching dan mentoring.

Keempat-empat jenis pembelajaran di atas, saya berpengalaman mengikutinya.

Segala-galanya untuk mendapatkan ilmu daripada sang guru. Sebagaimana sekolah atau universiti, ada yuran pengajian yang perlu dibayar.

Pengalaman saya, yang percuma kebanyakannya kurang berkualiti dan kita jarang hargai ilmu percuma.

PENGALAMAN; ILMU PERCUMA DENGAN HARGA YANG TINGGI

Pengalaman merupakan guru yang paling berkesan.

Pengalaman atau “street smart” yang digabungkan dengan guru pembelajaran formal atau “street smart” sudah tentu menghasilkan impak keuntungan yang berganda.

Pengalaman adalah proses menuntut ilmu yang percuma namun dengan harga yang sangat mahal!

Kerana, pembelajaran melalui pengalaman ini memungkinkan kesilapan. Kesilapan yang seterusnya menjadikan kerugian ini juga ada “harga” yang perlu dibayar!

Saya pernah menerima mesej daripada seorang pelabur (tidak perlu saya nyatakan pelaburan apa kerana ia akan menimbulkan sentimen terhadap industri pelaburan berkenaan) yang mengadu tentang pelaburannya yang sedang mengalami kerugian.

Saya tanyakan, mengapa beliau membuat pelaburan tersebut, responnya daripada pengaruh rakan.
Soalan seterusnya saya tanyakan ialah ilmu pelaburan yang dipelajarinya dari siapa, katanya dari syarikat yang menawarkan pelaburan berkenaan secara percuma.

Akhir sekali saya katakan kepadanya anggap sahaja pengalaman ini adalah “kelas pelaburan” yang disediakan dari langit, dan kerugian yang dialaminya pula ialah yuran pembelajaran yang dia perlu bayar.

Ya, ilmu daripada kelas pengalaman yang cukup mahal harganya. Silibus pengajiannya adalah; jangan pisang berbuah dua kali!

Perasan Tak – Skim Pelik-pelik, Kalau Tak Dapat Jawab Soalan Akan Kata “Jumpa CEO Kami”

Perasan tak, setiap skim cepat kaya, jika ada byk banyak soalan, mereka akan respon;

“Kena datang ofis CEO”.

Apa guna ejen, wakalah, downline dll?

Cuba bayangkan kita nak register Astro, apabila kita banyak tanya soalan, ejen Astro respon;

“Kena datang ofis CEO Astro”

Sama juga kalau kita nak beli buku PTS, apabila banyak sangat soalan, ejen buku PTS respon;

“Kena datang ofis CEO PTS”

Atau kita jumpa ejen takaful, apabila banyak soalan tak dapat jawab;

“Kena jumpa CEO takaful”

Atau nak register Celcom / Maxis / DiGi pun dapat respon sama apabila kita tanya banyak soalan;

“Kena jumpa CEO Celcom / Maxis / DiGi”

Contoh lain, kita jumpa dgn satu wakalah emas, apabila byk sangat tanya, wakalah kata;

“Kena dtg ofis CEO baru boleh faham bagaimana boleh untung”

Atau kita nak beli rumah dari ejen developer, apabila banyak soalan akan respon;

“Kena datang ofis jumpa CEO baru boleh dpt penerangan bagaimana rumah kami murah”.

Atau kita nak join satu MLM, apabila banyak sangat tanya ejen tentang marketing plan, ejen MLM tu respon;

“Kena datang ofis CEO baru boleh tahu bagaimana kami dapat beri hibah bulan-bulan”

Tidak pelikkah kalau kita boleh jadi downline / wakalah / ejen dll bisnes yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal?

Tip RM : Perunding Kewangan vs Jurujual Produk Kewangan

Bezakan perunding kewangan dengan jurujual produk kewangan.

Perunding kewangan akan meneliti keperluan kewangan terlebih dahulu sebelum mencadangkan produk yang sesuai. Manakala jurujual terus sahaja memberi proposal / brosur produk mereka.

Perunding kewangan mencadangkan produk berdasarkan kondusi kewangan prospek. Manakala jurujual produk kewangan mencadangkan produk berdasarkan produk yg mereka ada.

Perunding kewangan mencadangkan solusi, manakala jurujual produk kewangan mencadangkan produk.

Perunding kewangan memberi solusi dan produk yang berbeza-beza berdasarkan latar kewangan pelanggan, manakala jurujual memberi produk yg sama utk kesemua pelanggan.

Kedua-dunya pekerjaan yang halal selagi mana tidak melibatkan diri dalam perkara riba, gharar, maisir dan missleading.

Tak Perlu Jadi Financial Planner atau Cendekiawan untuk Kesan Skim Cepat Kaya

Dalam kewangan, tidak perlu sampai menjadi cendekiawan ulung, atau perlu jadi certified financial planner untuk mengenalpasti misselling dan penipuan.

Hanya perlu berhenti sejenak atau pause, kemudian fikirkan soalan-soalan yang perlu ditanya apabila ditawarkan dalam mana-mana skim yang too good to be true.

Contoh;

– Takkanlah sebegitu mudah syarikat takaful / insurans hendak berikan simpanan dan pelaburan dengan kadar yang tinggi melebihi ASB dan Tabung Haji dalam masa sama menyediakan coverage perlindungan kewangan untuk pelanggan jika mati, lumpuh, atau sakit kritikal?

– Takkan medical card yang sediakan perlindungan RM50,000 setahun dengan bayaran RM150 sebulan, dalam masa boleh berikan juga simpanan yg tinggi?

– Takkanlah dengan hanya ambil produk takaful haji ini boleh daftar haji automatik dengan Tabung Haji dan pulangan lebih besar dari dividen TH?

– Takkan mudah-mudah bank bagi loan ASB untuk berikan kita untung?

– Takkanlah syarikat unit amanah laburkan duit kita 100% sebagaimana TH dan ASB, tanpa sebarang risiko dan caj?

– Takkanlah syarikat MLM boleh bagi hibah bulan-bulan tanpa perlu bekerja menaja dan menjual produk?

– Takkanlah emas boleh dijual dengan murah dan kemudian ada jaminan buy-back pula selepas ETA 30 hari?

– Takkanlah ada developer yang boleh jual rumah yang market price dekat RM 1 juta, dengan harga RM 100K sahaja?

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!