Formula Asas Aliran Tunai / Cashflow

cashflow
Inilah formulanya : I – E = S

Ini adalah formula asas perancangan kewangan. Tidak perlu matematik tinggi atau kursus perakauan atau PhD utk memahaminya.

I = INCOME (PENDAPATAN),
E = EXPENSES (BELANJA), dan
S = SURPLUS (BAKI).

Ia juga dipanggil sebagai CASHFLOW atau ALIRAN TUNAI.

Prinsip Asas Aliran Tunai

Prinsip asasnya ialah, S mesti postitif agar ALIRAN TUNAI tidak terganggu.

Untuk memastikan S berada dalam keadaan positif, maka faktornya ialah I dan E.

Sebenarnya, PENDAPATAN dan BELANJA adalah faktor di dalam kawalan kita.

I = INCOME / PENDAPATAN
Kita tidak boleh untuk mengawal tangga gaji yang diberikan oleh majikan kita, tapi kita boleh berusaha untuk mendapatan PENDAPATAN tambahan dengan memilih pekerjaan tau bisnes baru.

E = EXPENSES / BELANJA
Kita tidak mampu untuk mengawal harga barang, harga tol, harga petrol, tarif eletrik, kadar cukai, dan sebagainya, tapi kita ada pilihan untuk memilih gaya hidup dengan BELANJA di bawah PENDAPATAN kita.

Jika S adalah negatif, maka caranya ialah sama ada, dengan meningkatkan I atau mengurangkan E.


Sebelum ingin membuat sebarang pelaburan atau ingin mengambil takaful medical card, buat dulu kira-kira di atas.

Ini untuk mengelakkan kita rugi kerana baru beberapa bulan sahaja mencarum takaful hayat, tiba-tiba tiada duit untuk teruskan membayar. Polisi pun akan lapse.

Comments 3

  1. Nasrul Jusoh May 3, 2014
  2. Elias Abllah January 15, 2016
  3. ahmad January 15, 2016

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!