IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas

IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas

Seingat saya,sepanjang saya mengendalikan blog www.afyan.com, saya tidak pernah mempromosi mana-mana produk takaful secara spesifik.

Sepanjang saya berblog, saya lebih menumpukan kepada penerangan konsep perlindungan takaful dan pengurusan kewangan peribadi. Ia boleh digunakan untuk semua orang tidak kira pelanggan Takaful IKHLAS atau syarikat-syarikat takaful lain di Malaysia.

Tetapi, kali ini saya “tidak dapat menahan diri” saya daripada menceritakan secara khusus produk IKHLAS Senior Citizens Takaful atau Takaful Warga Emas IKHLAS…

Pasaran Tempoh Terhad.

Bermula pada tahun 2004/2005 kalau tidak silap saya, Takaful IKHLAS mula memperkenalkan produk IKHLAS Senior Citizens. Tidak seperti produk-produk lain, ia dipasarkan pada tempoh yang amat sebentar.

Bergantung kepada keadaan semasa, paling lama ia berada di pasaran sepanjang ingatan saya, adalah untuk tempoh masa 2 bulan sahaja.

Bagi tahun 2010 ini, produk ini baru sahaja boleh dipasarkan semenjak minggu lepas dan akan berakhir pada 15 Mei. Hanya sebulan sahaja!

Memandangkan tempohnya yang cukup terhad inilah menyebabkan saya tidak dapat menahan diri daripada menulis sesuatu tentang produk ini.

Takaful Untuk Warga Emas.

Secara umumnya, warga emas yang berusia 50 tahun ke atas memerlukan proses underwriter* yang agak ketat seperti bukti kesihatan, pemeriksaan perubatan dan sebagainya bagi membolehkan seseorang warga emas menyertai mana-mana pelan takaful. Ini adalah kerana faktor usia yang menyebabkan proses tersebut menjadi sedikit ketat.

* Underwriter = proses yang digunakan untuk menyemak kelayakan seseorang pelanggan untuk menyertai pelan takaful. Ia juga turut digunakan oleh institusi-institusi kewangan lain. Ia tidak boleh diterjemahkan sebagai “bawah-tulis”

Konsepnya umum yang diguna pakai di dalam proses ini ialah, semakin tinggi usia seseorang, semakin tinggi risiko kematian. Sebagai contoh, pelanggan takaful yang berusia 20 tahun, caruman sumbangan bulanannya adalah lebih rendah daripada pelanggan yang berusia 30, bagi perlindungan yang sama.

Justeru, semakin tinggi umur seseorang menyertai pelan takaful, semakin tinggi caruman bulanan yang dikenakan. Dalam masa sama, semakin ketatlah proses underwriter yang perlu dilalui. Lebih-lebih lagi pada usia 50 tahun dan ke atas.

Namun, untuk produk ini, hanya perlukan pengakuan kesihatan daripada peserta sahaja sudah melayakkan seseorang untuk memohon pelan ini. Itulah kelebihan utama yang ada pada IKHLAS Senior Citizens.

Hanya perlukan bukti umur, iaitu kad pengenalan dan seterusnya pengakuan kesihatan peserta. Tidak perlukan bukti kesihatan. Jika seseorang itu ditimpa penyakit pun masih lagi layak dengan syarat hanya satu penyakit sahaja.

Semakin Tua, Semakin Dekat dengan Mati.

Sebenarnya tidak banyak syarikat takaful yang mengeluarkan produk sebegini, kerana produk sebegini dijangkakan mempunyai tuntutan yang tinggi. Sebab itulah Takaful IKHLAS sendiri hanya memasarkan produk ini dalam tempoh yang terhad, kerana ia mempunyai ratio tuntutan yang tinggi berbanding produk-produk lain.

Sebenarnya apabila kita berfikir secara logik akal pun sudah dapat memahami “rule of average” ini. Prinsip umumnya ialah; semakin tinggi usia seseorang, semakin tinggi risiko kematian.

Malah di dalam Islam, Al-Quran menegaskan bahawa setiap yang bernyawa akan menghadapi mati. Ia termaktub surah Ali-Imran ayat 185.

Semakin tinggi usia seseorang, semakin dekat dia dengan kematian.

Jadi, seandainya produk ini tiada tempoh, maka syarikat tidak mampu untuk menampung sekiranya berlaku kes tuntutan yang tinggi. Jika ia berlaku, akan memberi kesan yang buruk kepada keseluruhan syarikat yang merangkumi ahli-ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan, para pekerja, para ejen, malah juga para pelanggan lain.

Atas faktor inilah, produk IKHLAS Senior Citizen ini dipasarkan dalam tempoh yang cukup terhad dan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, ia akan laris seperti “goreng pisang panas” dalam tempoh 30 hari produk ini dipasarkan.

Siapa Yang Layak?

Sebagaimana namanya, produk ini untuk warga emas yang berusia 50 hingga 65 tahun. Ia sebenarnya sedikit ketat berbanding sebelumnya yang membenarkan warga emas sehingga usia 80 tahun.

Namun tahun ini hanya sehingga usia 65 tahun. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, ia ada kaitan dengan faktor ratio tuntutan yang tinggi tadi yang memungkinkan margin umur produk ini dikecilkan.

Dan tidak mustahil, untuk tahun-tahun yang mendatang ia tidak lagi dipasarkan lagi.

Apa Yang Dilindungi?

Jika Tuan-Puan pernah mendengar Takaful Kifalah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu, tentu mudah untuk memahami produk IKHLAS Senior Citizens ini.

IKHLAS Senior Citizens Takaful memberi perlindungan untuk kematian sama ada kematian biasa atau kematian akibat kemalangan.

Berapakah Caruman dan Jumlah Perlindungannya?

Caruman minimum untuk produk dikira dalam bentuk unit, iaitu RM 600 setahun (RM 50 sebulan) bagi seunit. Jumlah perlindungan adalah bergantung kepada usia peserta daripada umur 50 hingga 65 tahun.

Berikut adalah jadual manfaat tersebut bagi setiap unit RM 600 setahun;

Umur Lelaki Wanita
50 11,190 16,119
54 10,045 14,447
55 9,767 14,037
56 9,493 13,631
57 9,223 13,229
58 8,576 12,222
59 8,004 11,078
60 7,885 10,974
61 7,767 10,870
62 7,648 10,766
63 7,529 10,662
64 7,411 10,558
65 7,292 10,454

Beberapa perkara penting tentang produk ini;

  • Jumlah perlindungan di dalam jadual di atas akan berkuat kuasa sepenuhnya selepas 24 bulan / 2 tahun polisi berkuat kuasa. Sekiranya berlaku kematian sebelum sampai tempoh ini, maka jumlah wang caruman keseluruhannya akan dipulangkan kembali sebagai khairat kematian.
  • Jumlah perlindungan maksima adalah sebanyak 3 unit sahaja, iaitu dengan caruman RM 150 sebulan. Ia berkurangan daripada tahun-tahun sebelum ini iaitu 5 unit, dengan RM 250.
  • Bagi perlindungan kematian akibat kemalangan pula, adalah seperti berikut:

– Dari umur 50 hingga 65 tahun – 400% daripada jumlah perlindungan kematian biasa.

– Dari umur 66 hingga 70 tahun – 250% daripada jumlah perlindungan kematian biasa.

  • Sekiranya tidak berlaku musibah sehingga sampai tempoh matang, maka wang terkumpul di dalam akaun pelaburan dan simpanan peserta akan diberikan kembali kepada peserta. Ia bergantung pada jumlah semasa.

Contoh Kes:

Bagi memudahkan penerangan, saya sertakan contoh yang sesuai;

Unit                              : 1 unit

Jantina                          : Perempuan

Umur                            : 50  tahun

Tempoh                        : 20 tahun (sehingga 70 tahun)

Jumlah Perlindungan      : RM 16,119.00

Sumbangan                   : RM 600.00 tahunan / RM50.00 bulanan

Kisah Benar

Rata-rata pelanggan-pelanggan saya adalah di bawah usia emas ini, namun mereka mengambilnya untuk ibu bapa mereka. Malah saya sendiri mengambil polisi ini untuk orang tua saya beberapa tahun lalu.

Ia bukanlah bermakna si anak mengharapkan ibu bapa mereka pergi dahulu, namun ia sebagai tanda penghargaan bagi menambahkan amal jariah ibu dan ayah apabila mereka pergi.

Seorang rakan saya mengambilnya untuk ayahnya pada mula-mula produk ini diperkenalkan. Kemudian ayahnya meninggal dunia tahun lalu dan mendapat pampasan kira-kira RM 15,000. Separuh wang pampasan tersebut didermakan kepada rumah anak-anak yatim, dan sebahagian lagi diserahkan kepada si ibu untuk menampung kehidupan selepas kehilangan si ayah.

Malah, ada juga pelanggan yang mengambil produk ini dan terus membuat absolute assingment (penyerahan hak mutlak) kepada badan kebajikan seperti rumah anak yatim atau surau dan masjid.

Jadi, dengan produk seumpama ini, amal jariah akan lebih dimaksimumkan. Dengan hanya RM 50 sebulan ketika hidup, memungkinkan seseorang itu beramal jariah RM 10,000 apabila mati.

Nota Akhir

Maklumat di atas ini adalah maklumat umum berdasarkan pengetahuan dan pengalaman peribadi seorang wakil Takaful IKHLAS bernama Afyan Mat Rawi. Saya memberikan maklumat terbaik tentang produk ini.

Untuk maklumat lanjut boleh dilihat di laman web rasmi syarikat takaful IKHLAS, atau bertemu dengan mana-mana wakil Takaful IKHLAS yang berdekatan dengan Tuan-Puan.

Jika mahukan penjelasan contoh ilustrasi daripada saya, Tuan-Puan boleh mengisi borang yang saya sediakan di bawah ini;

BAHAGIAN A

BAHAGIAN B: Maklumat Orang Yang Dilindungi

(Jika tidak dapat melihat borang ini, sila klik di sini)

Comments 4

  1. afyan March 23, 2011
  2. zaniriah binti johari July 13, 2011
  3. zaniriah binti johari July 13, 2011
  4. niezam September 20, 2011

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!