Jangan Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak!

Jangan Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak!
www.afyan.com

 

takaful pendidikan anak

Takaful pendidikan anak bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal. Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak.

Namun anda masih belum perlu untuk mengambil polisi takaful pendidikan anak sekiranya menepati salah satu daripada syarat-syarat berikut;-

1. Anda sendiri masih belum memiliki perlindungan untuk diri anda sendiri.
Apalah gunanya sekiranya perlindungan yang diberikan hanya kepada anak sedangkan perlindungan utama kepada ayah / ibu tiada.

Pernah terjadi satu kejadian apabila seorang balu menuntut pampasan ka atas kematian suaminya. Selepas semua dokumen lengkap, maka syarikat takaful / insuran telah meluluskan pampasan kematian bagi perlindungan yang diambil. Namun, alangkah terkejutnya si balu apabila polisi-polisi yang dimiliki oleh arwah suaminya adalah polisi takaful pendidikan anak! Pampasan yang diberikan adalah pengecualian premium sehingga umur anak-anaknya mencecah 18 tahun.

Baca juga: http://afyan.com/ver1/?p=249

2. Anda mempunyai harta yang banyak yang tidak akan habis sehingga 7 keturunan.

Jika anda sekaya Syed Muhtar Bukhari atau Donald Trump, maka anda tidak perlu memiliki polisi takaful pendidikan anak anda, kerana wang anda sudah lebih mencukupi untuk membiayai anak anda ke universiti.

Atau mungkin juga anak-anak anda boleh mewarisi harta kekayaan anda tanpa perlu masuk ke universiti.

3. Anak-anak anda sebijak Adi Putra atau secerdik Madihah.

Jika anak anda mempunyai tahap IQ yang tinggi seperti Adik Adi Putra, atau mendapat keputusan 20A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia seperti Adik Nor Madihah, maka akan ramailah penaja-penaja atau universiti-universiti akan sudi menghulurkan bantuan untuk membiayai pelajaran anak-anak anda untuk menyambung pelajaran ke universiti. Jika bernasib baik, mungkin mendapat rumah baru 🙂

 

Apa pun, tahniah buat Adik Nur Madihah yang mendapat 20A di dalam SPM baru-baru ini!

Comments 20

  1. Thinkerich April 6, 2009
  2. afyan April 6, 2009
  3. en_me April 10, 2009
  4. afyan April 10, 2009
  5. Hidet May 20, 2009
  6. chikbi September 2, 2009
  7. afyan September 2, 2009
  8. Ani Munirah January 18, 2010
  9. afyan January 18, 2010
  10. ikanblues March 6, 2010
  11. fouziah June 20, 2010
  12. azlan nordin August 8, 2010
  13. afyan August 21, 2010
  14. AYU October 19, 2010
  15. mawar putih October 27, 2011
    • afyan October 27, 2011
  16. bat May 18, 2012
  17. amy July 24, 2012
    • afyan July 24, 2012

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!