Paip saya masih didalam pembinaan, namun telah menunjukkan hasil!

(bandingkan dengan cerita Pablo dan Bruno) 

Oktober 2003 – Afyan & Kawan-kawan Afyan menamatkan pelajaran di UIAM dengan kelulusan ijazah undang-undang (LL.B)…

Afyan & kawan-kawan Afyan berpeluang untuk chambering atau bekerja dengan dengan mana-mana syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan…

Kawan-kawan Afyan mengambil keputusan untuk chambering atau bekerja makan gaji, tetapi Afyan cuba memulakan perniagaan.

Kawn-kawan Afyan lebih selesa makan gaji tetapi Afyan mengambil keputusan untuk berniaga. Rata-rata kawan-kawan Afyan memperkecil-kecilkan keputusan Afyan. Tidak terkecuali sanak saudara Afyan yang mengharapkan aku untuk meneruskan bidang guaman.

Oktober 2004. Setelah setahun lebih berlalu, ramai kawan-kawan Afyan sekarang berkeadaan selesa sebagai peguam atau bekerja tetap dan bergaji besar, tapi Afyan terus dengan perniagaan aku yang masih terumbang-ambing. Kawan-kawan masih memperkecilkan usahanya…

Oktober 2005. Dua tahun terus berlalu – perniagaan Afyan semakin stabil, tapi masih belum dibanggakan. Pendapatan Afyan sama taranya dengan kawan-kawan aku yang menjadi peguam, pegawai kerajaan serta pegawai swasta.

Oktober 2006. Tiga tahun di dalam dunia usahawan (layak ke?). Afyan telah berkahwin. Afyan telah mendapat anak. Tiada beza dengan kawan-kawan lain….. Malah ada juga kawan-kawan yang lain yang masih belum kawin dengan alasan tak cukup duit 🙂

Mei 2007. Paip (atau paip-paip) yang Afyan idam-idamkan masih di dalam pembinaan.

Teringat kata-kat asalah seorang sifu…. “The road to success is always under constuction”…

Ini memang cerita dulu!

Tahun 1801 di sebuah desa kecil di Itali ada dua orang saudara sepupu, PABLO & BRUNO. Sangat bercita-cita tinggi, bekerja keras dan ingin menjadi orang terkaya di desanya. Satu kesempatan datang apabila ketua kampung yg menugaskan mereka untuk mengangkut air dari sungai ke empangan air di tengah desa. Mereka diberi baldi dan dibayar berdasarkan jumlah baldi air yg mereka bawa tiap harinya.

Dipendekkan cerita, mereka menikmati kerja dan hasilnya. Mereka mampu membeli rumah & keldai sendiri. BRUNO MERASA CITA-CITANYA MULAI TERCAPAI, tapi PABLO TIDAK MERASA DEMIKIAN. PABLO terasa letih dan telapak tangannya melecet karena beban baldi tadi.

PABLO mendapat idea untuk MEMBINA SALURAN PAIP dari sungai ke desanya. Dia menceritakan idenya kepada BRUNO, tapi BRUNO menolaknya mentah-mentah. BRUNO sudah SELESA dengan keadaannya sekarang. Upahnya besar, punya rumah & keldai sendiri, tiap malam dia berahat, hujung minggu berkelah pantai, ke gunung, atau ke kedai kopi bersama teman-temannya.

PABLO akhirnya merealisasikan ideanya sendiri untuk MEMBINA SALURAN PAIP. BRUNO & teman-temannya mengejek PABLO, tapi PABLO tidak peduli.

Beberapa tahun berlalu, BRUNO kini telah menjadi semakin SELESA dengan kerjayanya yang mampu menghasikan wang untuk membesarkan rumahnya, menambah keldai dan mengumpulkan harta, tetapi PABLO masih terus dengan kerja-kerjanya MEMBINA SALURAN PAIP.

PABLO mempunya visi yang jauh ke depan karena TIDAK SELAMANYA DIA MAMPU MENGANGKUT BALDI AIR. BRUNO semakin kaya, tetapi semakin tua dan lemah. Semakin banyak orang mengangkut air bahkan dengan baldi yg lebih besar.

MESKIPUN MULAI SAKIT & TUA, BRUNO SEDAR BAHAWA DIA TIDAK BOLEH BERHENTI MENGANGKUT AIR KERANA UPAHNYA AKAN HILANG.

Setelah 5 tahun, saluran-saluran paip PABLO siap dan dia mulai menikmati pendapatan daripada orang yg membeli air dari saluran paipnya. SALURAN PAIPNYA TERUS MENGALIRKAN AIR & WANG MESKIPUN PABLO SEDANG MAKAN, ISTIREHAT, TIDUR MALAH BERCUTI SEKALIPUN. DIA MENDAPATKAN KEBEBASAN KEWANGAN & WAKTU.

Cerita dulu-dulu (3)

Awal 2004, Beberapa hari sebelum saya menduduki peperikasaan Pra-Kontrak untuk melayakkan diri saya memperolehi lesen untuk menjadi Agen Insurans/Takaful;

“Buku apa kau baca tu?” tanya seorang teman.

“Buku Exam untuk jadi ajen takaful” respon saya.

“Eh, engko nak jadi ajen takaful?!” terperanjat teman saya itu. Semacam terperanjat.

Saya senyum je.

“Boleh kaya ke jadi gen insurans takaful tu??!!!” katanya lagi. Kali ni betul-betul terperanjat.

Saya senyum je lagi :) 

+++++++++++++++++++++

2007, tiga tahun selepas itu.

“Aku sekarang jadi ajen takaful… cari duit lebih…” kata kawan yang pernah terperanjat dulu.

Saya senyum lagi. 🙂

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!