Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!

Artikel ini turut disiarkan di Majalah Niaga, sebuah majalah keusahawanan online.

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

Penama Polisi Takaful

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama,” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Suami Curang Kepada Isteri

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Majlis Fatwa KebangsaanNamun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

  1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

  2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

  3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

78 thoughts on “Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!”

  1. Tqvm untuk info yg sgat2 berguna ini,cuma sy nk thu lbih lanjut,
    Hibah merupakan hadiah kepada waris selepas seseorang itu meninggal dunia.
    Oleh itu:
    (1) Bolehkah seseorang itu meletakkan nama anaknya yang berumur 15 tahun sebagai penama dan juga sebagai penerima hibah?
    (2) Dan sekiranya berlaku kematian terhadap peserta takaful itu,adakah pampasan kematian akan beku sehingga anak yang berumur 15 tahun ini mencapai umur 18 tahun ?….
    Tq.

    Reply
  2. salam,

    adakah bermaksud,sekiranya saya meletakkan anak saya sebagai penama dan andai kata sesuatu terjadi pada sy kelak,adakah penama tadi tidak akan mendapat walau 1 sen atau 1 harta skali pun andai penama itu adalah anak saya??mohon penjelasan dari pihak tuan.

    Reply
  3. Tuan-puan,

    Perlu dibezakan antara penama, hibah dan ahli waris faraidh, untuk takaful.

    Penama hanyalah pemegang amanah, dia tidak berhak satu sen pun daripada pampasan takaful.

    Hibah untuk takaful pula adalah dalam bentuk cadangan sahaja, hasrat oleh pemilik untuk menyerahkan wang pampasan takaful kepada orang-orang tertantu. Namun ia masih boleh dicabar di mahkamah jika ada waris yang tidak puas hati.

    Waris faraidh pula oarng-orang yang berhak menerima harta si mati termasuk takaful, yang merupakan satu panduan daripada Allah.

    Reply
  4. Salam. Saya ada kemusykilan. Bagaimana jika penama (pemegang amanah) tersebut tidak amanah dalam pembahagian harta peninggalan si mati? Macam mana nak pastikan yang hanya individu yang benar2 layak mendapat harta tersebut? Tq.

    Reply
    • Salam kembali,

      Itulah peranan kita sewaktu hidup untuk memilih seseorang yang amanah sebagai penama.

      Namun jika ditakdirkan orang tersebut tidak amanah selepas ketiadaan kita, itu urusan dia dengan Allah dan kita sudah merancang yang terbaik.

      Reply
  5. sy menghibahkan takaful saya kepada ibu saya.. bukan pada suami… adakah suami dan keluarganya boleh menuntut wanv pampasan tersebut??sy juga meminta suami menghibabkan wang pampasan kepada saya kerana saya pembayar takaful tersebut.. adakah jika kematian suami saudara maranya beh menuntut wang tersebut??kerana pada asalnya wang /takaful tersebut tidak pernah dibayar oleh suami walaupun 1 sen??

    Reply
  6. Tuan, sy meletakkn nama penama yg sama di KWSP dan juga sebagai waris didalam wasiat yg sy buat melalui amanah raya. Adakah mereka akan menerima duit tersebut sebagai pemegang amanah? atau sebagai waris?

    Reply
  7. Salam…sy nak tye..andai kate sy letak name suami sepenuhnya sbg penama..dan andai kate kami meninggal bersama…bgaimana pembahagian harta tersebut..

    Reply
  8. Salam tuan,

    Nak tanya.

    1. Adakah penama sebaik-baiknya adalah amanah raya berhad (ARB)? Justeru tak timbul soal bercakaran waris-waris menuntut harta si mati. Just ikut faraid selepas ditolak komisyen untuk ARB. Tapi rasa rugi lah sket kena tolak komisyen. Bab rugi takpe kot. Sebab dah mati pun.

    2. Saya ada buat hire purchase rumah dan repayment loan secara share dengan isteri. Belum dikurniakan anak. Saya just nak tanya pandangan peribadi tuan sahaja. Mungkin pengalaman tuan dapat membantu. Adakah wajar saya hibahkan takaful kepada isteri sahaja walaupun mak ayah saya masih hidup? Bayaran bulanan untuk portion saya memang dah dicover oleh MRTT selepas kematian saya sebab MRTT split 2. Cuma saya risau isteri tak boleh bayar sebab isteri bukan bekerja tetap. Saya banyak melihat cerita di televisyen, balu di anak tiri oleh keluarga si suami malah cuba ambil semua harta peninggalan suami.

    Reply
    • 1) Tidak semestinya ARB. Boleh juga pilih As-Salihin Trustee, atau peguam atau mana-mana individu yg dipercayai dan berkemampuan.

      2) Hibah hanya untuk harta yang tiada hutang. Sebaiknya, buat deklarasi harta sepencarian.

      Jika mahukan khidmat nasihat saya secara personal, boleh hubungi saya.

      Reply
  9. Info yang berguna untuk saya. Kalau wanita tidak berkahwin, penama letak nama adik-beradik dan anak buah yang belum cukup umur. Bagaimana pula?

    Reply
  10. salam..

    macam mana klaw saya letakkan penama lbeh pada seorang..yang mana mak ayah suami dan ank mengikut peratus yg saya berikan??blehkah mereka mereka miliki sebahagian dari hak saya tu??

    Reply
    • Untuk penama, tiada peratusan.

      Untuk Hibah, ya boleh dibuat peratusan.

      Hibah dan penama memerlukan dokumen atau borang berbeza, jangan terkeliru.

      Reply
  11. Kalau kita namakan pewaris kepada anal and dia hanya sebagai pemegAnf amanah and xlayak se sen pun agak pelik.so if letak nama suami yg blm tentunya berbuat baik dia dpt pulak duit tu??or if letak nama suami dia pun just pemegang amanah and jiga tidak layak walau se sen pun??

    Reply
  12. Sy ada membeli harta bersama, d mana loan atas nama berdua tetapi SNP nama saya seorang. Bagaimana kedudukan harta tersebut selepas salah seorang dr kami meninggal?

    harta kedua pula loan atas nama dia. Tp SNP nama kami berdua. Bagaimana kedudukan harta tersebut dan siapa yg akan membaya loan tersebut sekiranya dia meninggal? Dan harta itu jatuh milik siapa? Kami tiada anak.

    Reply
  13. Dan sekiranya berlaku penceraian, bukan kematian, bagaimana dgn Kedua2 harta tersebut? Kedua2 SNP nama saya.

    Reply
  14. Salam tuan.
    Sekiranya sy meletakkan anak2 sbg penama, adakah cara untuk memastikan mereka mendapat semua jumlah tinggalan itu tanpa perlu dibahagi2kan dgn semua waris lain? Terima kasih.

    Reply
  15. Assalamualaikum…baru-baru ini sya didatangi seorang agen etika.dan mendapat tahu bahawa sebarang polisi yang bernama takaful hasil insurans setelah matang kelak akan diambil sebanysk 50% daripada si pemegang polisi.adakah ianya benar? Kepada siapa dan kenapa berlaku sedemikian?

    Reply
  16. sy meletakkn nama anak sy sbgai penama dlm insuran hayat..jika apa2 brlaku pd sy, harta trsebut memg akn d bekukn kerana anak br brusia 9 dan 8 thn…ttapi suami perlu brtanggungjawab ke ats anak2 kerana suami bekerja…

    Reply
  17. Assalamualaikum… saya berminat untuk menjadi agent takaful ni..boleh tak terangkan macam mana untuk saya menjadi agent yang sah??
    terima kasih 🙂

    Reply
  18. Salam..
    Sy ingin bertnya,Adakah jika Si isteri menjadi penama bagi Si suami, isteri tidak layak untuk mendapat bahagian drpd pampasan insuran tersebut? Adakah ia juga sama keadaan nya bagi semua waris faraid yg mnjadi penama bagi Si mati?

    Reply
  19. Assalamualaikum. Sy ade satu pertanyaan, jika seorang isteri meninggal dunia tanpa sempat membuat wasiat, apakah harta si isteri boleh dituntut oleh pihak lain selain suami dan anak2nya? Jika boleh, siapakah orang tersebut? Terima kasih..

    Reply
  20. salam sy nk tanya mengenai Akta perkhidmatan kewangan islam 2013 (IFSA) yg baru yg telah memansuhkan akta takaful…apakah antara kesan atau implikasinya kepada pengendali dan industri takaful?adakah dgn adanya akta baru ini memberi satu perubahan yg baik pada industri takaful itu sendiri…dan apakah kesan undang-undang (hukuman) jika pengendali takaful tidak mengikut akta tersebut?

    Reply
  21. As Salam tuan,

    Jadi apa bezanya bila nama suami atau isteri diletakkan sebagai penama jika mereka hanya sebagai pemegang amanah?Bukannkah penama tak semestinya pewaris tapi pewaris boleh juga diletakkan sebagai penama?

    Reply
  22. Assalammualaikum,
    Salahkah seorang isteri ya’ni wanita meletakkan nama ank2 seperti yg sedia maklum mereka kemungkinan takut ank2 mereka terabai sekiranya suami mereka berkahwin lain.banyak kes yg dilaporkn suami lupakn ank2 bila berkahwin semula, isteri muda mengongkong duit si suami ya’ ni bapak kpd ank tirinya….walaubagaimanapun sy faham maksud tuan mengenali had umur mencapai 18 ta

    hun. Terapi tidakkah pihak yg mewakili wasiat akn memantau perkembangan Dan Hal Russo ank2 si pewasiat sehingga cukup umur.xkanlah pihak berkenaan hanya membantu semasa borang yg perli Di lengkapkan sekadar untuk komisen….

    Reply
    • Untuk mengatasi persoalan tersebut, boleh dirancang untuk membuat wasiat dan melantik penjaga harta anak-anak.

      Reply
  23. As Salam bagaimana pula penama KWSP yg meminta kita meletakan 100% dlm borang penama contoh suami 50% anak 5 orang seorang 10%

    Reply
  24. Salam,kenapa agaknya perkara sepenting ini tidak dioerjelaskn dengan terperinci oleh pihak yg sepatutnya?

    Reply
    • Pihak sepatutnya, sepatutnya menerangkan perkara tersebut.

      Jika mereka tidak melakukannya, maknannya mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

      Reply
  25. salam sy nk tanya mengenai Akta perkhidmatan kewangan islam 2013 (IFSA) yg baru yg telah memansuhkan akta takaful…apakah antara kesan atau implikasinya kepada pengendali dan industri takaful?adakah dgn adanya akta baru ini memberi satu perubahan yg baik pada industri takaful itu sendiri…dan apakah kesan undang-undang (hukuman) jika pengendali takaful tidak mengikut akta tersebut? –

    - See more at: https://rahsiatakaful.com/v1/penama-takaful-insurans-jangan-letak-nama-anak.html#sthash.IhDB2DcH.dpuf

    Reply
  26. So, kalau takaful is meant untuk anak2 atau spouse, what should insured do? Nominee only act as trustee, di mana patut diletak nama ACTUAL beneficiary? Kalau insured change himself as payor and put beneficiary as insured, if anything happened to payor, cuma premium di waive payment tapi insured belum bole dapat duit pampasan, right?
    Kindly advise.

    Reply
  27. @Che Sharipah

    Sebenarnya ramai IFP, ejen2 Takaful diluar sana yang sedia membantu menyebarkan info penting sebegini kepada orang ramai. Pelbagai medium yang digunakan.
    Alhamdulillah, taniah kepada saudara Afyan yang berkongsi ilmu bermanfaat ini untuk kita semua.

    #KZTakaful

    Reply
  28. Izinkan saya membantu menjawap sebahagian daripada soalan…

    1) Sesiapa sahaja yang dinamakan di dalam Borang Penama KWSP, bg orang Islam penama tersebut hanyalah bertindak sebagai WASI yang bertanggungjawap membahagikan wang tersebut mengikut faraid.

    2) Dalam wasiat,
    a. jika penama tersebut dinamakan sebagai perlantikan WASI, maka tugasnya bukan sahaja membahagikan KESEMUA HARTA YANG TIDAK DILETAKKAN PENAMA mengikut hukum faraid, bahkan sebelum itu beliau mesti bertanggungjawap mencari nilai keseluruhan harta si mati, hutang-piutang, bilangan waris, pesanan dalam wasiat dan sebagainya yang berkaitan.
    b. Jika penama tersebut dinamakan sebagai PENERIMA HARTA, bergantung kepada hukum syarak… JIKA DIA BUKAN WARIS, PEMBERIAN ITU MESTI TIDAK LEBIH DARI SEPERTIGA (1/3), JIKA WARIS, MESTI MENGIKUT FARAID DAHULU, SEKIRANYA DIIZINKAN WARIS LAIN, MAKA BARULAH BELIAU DAPAT PEMBERIAN ITU.

    3) Setiap penama yang dinamakan WAJIB membahagikan wang tersebut mengikut hokum FARAID, sebeb itulah Tuan Afyan letak tajuk: JANGAN LETAK NAMA ANAK!. Cuma saya nak tambah skit, BOLEH KALAU ANAK ITU SUDAH MENCAPAI UMUR YANG DIKIRA BIJAK MENGURUSKAN FARAID…

    4) Kepada yang belum berkahwin, dinasihatkan letaklah SEORANG penama di kalangan ahli keluarga yang sudah dewasa yang sebaik-baiknya faham hukum faraid. Sekiranya penama meninggal dunia dahulu, cepat-cepatlah tukar penama yang lain…

    5) Penama yang BUKAN BERAGAMA ISLAM adalah dikira penerima MUTLAK. Sila rujuk http://www.kwsp.gov.my/portal/members/member-responsibility/registration/nomination yang saya yakin, ramai pegawai di KWSP sendiri TAK PERNAH BACA!!!

    6) Sekiranya meletakkan penama lebih dari seorang… setakat yg saya tahu…
    a) Kalau KWSP, masing2 akan dapat cek mengikut peratus yg ahli isi dlm boring penama. Cuma masalahnya… SIAPA YANG NAK URUSKAN PEMBAHAGIAN FARAID, SEDANGKAN WANG TU WAJIB DIFARAIDKAN? BUKANKAH SECARA TIDAK SEDAR, SEBAHAGIAN DARI MEREKA TELAH MEMAKAN HAK FARAID SEBAHAGIAN YANG LAIN…???
    b) Kalau penama dlm takaful, PENAMA PERTAMA AKAN DAPAT CEK DAN BELIAU ADALAH DIKIRA ‘WASI’ YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAHAGIKAN MENGIKUT FARAID. JIKA PENAMA PERTAMA MENINGGAL DUNIA, MAKA PENAMA KEDUA MENGAMBIL ALIH SEBAGAI ‘WASI’.

    Semoga dapat membantu tuan/puan… Wallahua’lam…

    Reply
  29. Baru sempat hendak reply persoalan-persoalan yang dikemukakan di entri blog:

    https://rahsiatakaful.com/v1/penama-takaful-insurans-jangan-letak-nama-anak.html

    Baru perasan, ada 13K Like entri berkenaan, patutlah persoalan bertalu-talu masuk semenjak minggu lepas.

    Baca juga artikel satu lagi yang berkatian:

    https://rahsiatakaful.com/v1/faq-7-beza-penama-dan-hibah.html

    Isu penama merupakan isu “blind-spot” dalam perancangan kewangan.

    Yang biasa orang lihat ialah dan bersungguh-sungguh ialah bab pelaburan, kerana ia menjana keuntungan dan dapat lihat hasilnya di dunia.

    Tapi bab penamaan, yang juga berkait rapat dengan faraidh, jarang-jarang sekali orang ambil peduli ketika hidup, dengan anggapan “Islam sudah ada hukum faraidh, buat apa lagi fikir lagi urusan selepas mati”.

    Sedar tak sedar, dalam kita fokus kepada aspek pengumpulan harta untuk masa hadapan keluarga, rupa-rupanya harta yang kita sedang kumpulkan mencetuskan konflik di kalangan ahli keluarga selepas ketiadaan kita akibat tiada perancangan harta pusaka.

    Nah, akhirnya matlamat kewangan yang kita rancang tersia-sia akibat terlepas pandangan aspek penamaan dan wasiat ini.

    Mudah-mudahan tulisan-tulisan di atas membantu serba sedikit perancangan kewangan Tuan-Puan.

    Jika mahukan perundingan secara personal, boleh hubungi saya untuk temujanji di pejabat saya di Batu Caves, Selangor.

    Ia PERCUMA.

    Afyan Mat Rawi, IFP

    Reply
  30. Sy blm berkahwin, tp sy dan tuang sy ada membeli harta bersama, sekiranya terjadi sesuatu, bagaimana dgn harta tersebut? Adakah keluarga kami layak menuntut sedangkan nama dlm SNP adalah nama sy dan tunang saya..
    Tunang sy juga TAK BERNIAT utk mewariskan hartanya pada keluarganya kerana semuanya lelaki, manakala yg perempuan pula sdh berkahwin. Tunang sy nak letak nama saya sepenuhnya, tp sy risau akan dituntut kelak oleh ahli keluarganya sekiranya hukum faraid ni wajib dilaksanakan.

    Reply
    • Ikatan pertunangan tidak seperti ikatan perkahwinan. Ia akan menimbulkan konflik apabila berlaki kematian sebelum sempat berkahwin. Sama ada kematian di pihak lelaki atau di pihak wanita.

      Nasihat saya, segerakan perkahwinan.

      Jika sudah berkahwin, ia lebih mudah. Jika sudah letak nama pasangan, ahli waris lain tidak boleh membuat tuntutan.

      Reply
  31. Saya ada seorang anak usia hampir setahun. Suami telah meninggal dunia. Adakah saya perlu menulis wasiat jika mahu sumbangan takaful pergi sepenuhnya kepada anak? Penama telah saya letakkan atas nama ibu. Bolehkah wasiat itu saya tulis sendiri atau perlu ke badan2 rasmi? Berapakah bayarannya? Tidakkah mudah jika pihak takaful sendiri menyimpan nama utk penerima dan bukan sekadar penama sahaja (khusus utk muslim)?

    Reply
    • Untuk takaful, boleh gunakan borang hibah dan masukkan nama anak sebegai penerima hibah seklepas berlaku kematian.

      Reply
  32. Tuan, terima kasih atas info yang sangat bermanfaat.
    Btw, kalau saya meninggal dunia terdahulu sebelum suami, saya rela dia gunakan harta saya yang telah saya tinggalkan. Ke mana harta itu digunakan, untuk apa ia dibelanjakan, saya x mahu tahu sebab masa tu saya mungkin sibuk menjawab setiap soalan mungkar nakir di dalam kubur.

    Reply

Leave a Reply