Perancangan Kewangan Perkahwinan vs Perancangan Kewangan Keluarga

Perancangan-kewangan-perkahwinan-takaful-ikhlas-medical-card
Grafik ini kami petik dari FB ikahwin.my.

Secara umumnya, ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita untuk bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan.

Sedar tak sedar, budaya ini sudah mengakar dalam masyarakat kita sekian lama, dan sebenarnya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Dalam masa sama, P. Ramlee melalui filem seniman Bujang Lapok juga pernah melontarkan kritikan sinis isu ini lewat filemnya.

Masih ingat satu scene dalam filem Seniman Bujag Lapok, ketika Ajis dan ibunya berbincang bersama rakan-rakan serumahnya; Ramli dan Sudin?

Ketika itu mereka berbincang tentang hantaran yang tinggi diletakkan oleh emak si Eton kepada Ajis, tiba-tiba mereka terdengar jiran sebelah bergaduh suami-isteri.

Rupanya-rupanya pergaduhan suami-isteri jiram mereka berpunca dari keenggananan si suami membeli emas kepada si isteri. Si suami mengatakan bahawa dia tidak mampu dan si isteri mendesak.

Apabila diungkit-ungkit, maka si suami mengungkit-ungkit kisah hantaran yang diletakkan oleh keluarga si isteri sebanyak RM5,000 sehingga si suami terpaksa meminjam ceti.

“Anak sudah tiga orang, tapi hutang benggali masih belum habis”, bentak si suami dalam fimel berkenaan.

RM5,000 jika dinisbahkan kepada zaman sekarang selepas inflasi 4%, ia sekurang-kurangnya bersamaan dengan RM40,000!

Sekalipun filem tersebut pada tahun 1960-an, ia masih releven hingga sekarang.

Ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat apabila terpaksa memohon pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, walhal ada perkara yang lebih besar daripada itu.

Berkahwin bukan sekadar untuk mengadakan majlis besar-besaran, ia adalah untuk membina sebuah rumah tangga dan keluarga.

Dalam kewangan juga, ada perkara yang lebih penting daripada membiayaai kos majlis perkahwinan, yang majlisnya hanya sehari.

Ya, HANYA SEHARI majlis kenduri perkahwinan atau paling lama mungkin dua atau tiga hari, dan jika dikenang orang pun paling lama mungkin seminggu atau sebulan, kerana selepas itu ada majlis perkahwinan yang lebih GRAND!

Dalam sebuah perancangan kewangan keluarga, ada perkara yang lebih penting lagi dariapda kos majlis perkahwinan, antaranya;

+ Merancang pembelian rumah kediaman. Ia gunanya untuk sesebuah keluarga mendiaminya. Jika harga sebuah rumah RM200,000, sesebuah pasangan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20,00 ke RM30,000 yakni 10%-15% untuk deposit dan yuran-yuran lain untuk membeli rumah.

+ Merancang pendidikan anak. Ibu bapa yang baik ialah ibu bapa yang dapat menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pendidikan yang baik tidak semestinya mahal, namun selalunya ia memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang baik.

+ Perancangan persaraan. Biarpun pasangan yang berkahwin baru berusia 25 hingga 30 tahun, namun perancangan persaraan perlu dimulakan sekarang supaya dapat bersara dalam keadaan selesa tanpa perlu berpenat lelah di usia emas dan menyusahkan anak-anak.

+ Perancangan menunaikan haji. Kos haji hari ini sekitar RM10,000 -RM20,000. Ia akan meningkat dari masa ke masa. Justeru, menunaikan haji di usia muda dan bertega adalah lebih baik.

+ Dan banyyaaaaaakk lagi, daripada merancang kewangan untuk membiayai perkahwinan sahaja, yang hanya SEHARI majlisnya.

Untuk info dan tip-tip kewangan, layari dan LIKE INFAQ Consultancy and Advisory www.fb.com/INFAQ.my HARI INI. Ia PERCUMA!

 

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!