Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?

Kes 1:

Aqil dan Maizawati (kedua-dua bukan nama sebenar) telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Aqil telah mengambil polisi takaful semenjak daripada mereka belum dikurniakan cahaya mata lagi, dan meletakkan nama isterinya, Maizawati sebagai penama bagi polisi takafulnya. Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Istana bahagia yang mereka layari selama ini tidak mampu bertahan lama akibat orang ketiga.

Akhrinya pasangan ini bercerai dengan baik dan Aqil berkahwin dengan Wahidah (bukan nama sebenar). Malang pula tidak berbau (bukan meniru stail Karam Singh Walia), Aqil meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Selaku isteri yang sah, Wahidah membuat tuntutan daripada syarikat takaful. Alangkah terkejutnya dia apabila ia ditolak oleh pihak syarikat kerana penama di dalam polisi tercatat nama Maizawati.

Maizawati pula mempertahankan haknya sebagai bekas isteri kerana pampasan tersebut penting untuk meneruskan sara hidup anak-anaknya hasil perkongsian hidup selama 15 tahun bersama Aqil.

Kes 2:

Mawi (bukan nama sebanar) bertunang dengan Diana (juga bukan nama sebenar) selama beberapa tahun. Di awal pertunangan mereka, Mawi telah meletakkan nama Diana sebagai penama bagi KWSPnya. Naman pertunangan mereka tidak berkekalan. Mawi telah beralih arah dan jatuh cinta dengan Ekin (juga bukan nama sebenar). Mungkin jodoh Mawi dan Diana tidak ada, maka Mawi berkahwin dengan Ekin. Diana juga mencari cinta baru selepas ditinggalkan cinta pertamanya.

Usia perkahwinan Mawi dan Ekin memang panjang. Dalam usia emas Mawi meninggal dunia atas sebab tua, meninggalkan Ekin dan anak-anak yang sudah besar panjang.

Selepas selamat dikebumikan, Ekin menunaikan beberapa tanggungjawabnya selapas kematian suaminya itu, termasuklah menguruskan wang KWSP Mawi.

Alangkah terkejutnya dia apabila dimaklumkan oleh pegawai KWSP bahawa wang KWSP Mawi hanya boleh
dituntut oleh penama yang tercatat di dalam borang KWSP Mawi, dan nama yang tercatat ialah Diana!

Kes 3:

Aidil (bukan nama sebenar), mengambil polisi takaful semenjak bujang lagi. Beliau meletakkan nama ibunya, Azizah (juga bukan nama sebenar) sebagai penama. Selepas berapa tahun mengambil polisi takaful, Aidil berkahwin dengan Rita Rudini (juga bukan nama sebenar) tanpa restu ibu bapanya.

Selepas berkahwin, sikap Azizah dingin terhadap menantunya itu lantaran perkahwinan yang tidak direstuinya itu.

Perkahwinan mereka dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Malang tidak berbau, ketika usia perkahwinan mereka mencecah 15 tahun, Aidil menghidap kanser. Sebelum sempat membuat tuntutan takaful penyakit kritikal, dia meninggal dunia.

Lantas Rita meneruskan membuat tuntutan takaful bagi pihak suaminya. Namun pihak takaful menyarankan agar Rita untuk mendapatkan persetujuan daripada Azizah kerana polisi takaful tersebut adalah atas nama ibunya itu.

Namun, atas rasa tidak puas hati yang masih terkesan semenjak kes dahulu, Azizah enggan berkompromi dengan menantunya itu. Lantas beliau menuntut pampasan takaful tersebut.

Azizah mendakwa, “Yang mati anak aku. Aku yang mengandung dan melahirkannya daripada perut aku. Dan aku jugalah yang membesarkannya daripada kecil selama 21 tahun sebelum dia berkahwin.”

Rita terpaksa berendam perasaan mengenangkan anak-anak masih kecil hasil perkongsian hidupnya dengan Aidil.

Jika ada sesiapa yang boleh menyelesaikan kemelut di atas, sudi-sudilah memberi pandangan.

10 thoughts on “Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?”

  1. lawak gak nama2 yg ko guna kat atas ni bro.. tp ada silap skit. kes 3 tu naper asmawi tiba2 ada dalam perkahwinan antara adil dan rita riduani.. siape kah beliau? misteri ni… kena siasat ni..

    moral of the story, sentiasa la update maklumat diri kita untuk semua benda especially insuran/takaful dan unit trust. jgn nnt kita dah xde, pewaris kita bukan stakat xdapat duit.. bergaduh plak sesama sendiri.. nauzubillah…

    Reply
  2. mmm

    jadi penama pun kena perlu update yer
    terutama selepas berkahwin

    tapi susah lah kalau kawin lebih dari satu
    kena pulak kawin senyap-senyap

    mmmmm

    Reply
  3. Sdra takafulbsn dah menjawab persoalan Sdra Amin007 🙂

    Satu lagi, kalau dah kawin satu lagi tu, ambil sahajalah polisi takaful satu lagi.

    Takkanlah mampu kawin dua, tak mampu nak tambah polisi 🙂

    Err… Sdra Amin007 ada perancangan ke? Opssss…

    Reply
  4. Saya kongsikan respon daripada beberapa pembaca artikel ini di http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=273;

    Respon seorang pengunjung yang menggunakan nick-name GGANU;
    Persoalan yang saudara cuba mengutarakan di atas cukup bagus, cuma kurang cantek apabila di gandingkan dengan nama-nama selebriti, walaupun secara perumpamaan sahaja.

    Ironisnya kita tidak tahu nilai dan tahap sensitiviti seseorang itu.

    Respon pengunjung lain pula memperkenalkan dirinya sebagai Mawi-Ekin;
    Dalam Kes Mawi ini, Ekin cuma perlu menghubungi Diana dan berbincang secara elok. Diana pasti akan menolong Ekin mengeluarkan KWSP bagi pihak Ekin dan akan membantu Ekin mana yang patut.

    Dalam Kes akhil ini, Wahidah perlu akur bahawa Maizati lebih berhak kerana Akhil masih memperjuangkan hak anak-anaknya dan masih sayang pada keluarga pertamanya walaupun sudah berkahwin dengan Wahidah. Kalau akhil betul-betul cinta pada wahidah, sudah tentu ada juga polisi insuran untuk Wahidah!! Masa itu barulah Wahidah tahu ustaz PAS yang selama ini menjadi pujaanya, hanyalah seorang ustaz palsu. Sekiranya wahidah mengalami banyak masalah selepas kematian akhil, bolehlah berjumpa dengan pihak media untuk dapatkan nasihat!!

    Rita hanya perlu merapatkan hubungan antara anak-anak dengan neneknya!! Nenek mana yang tak sayang cucunya!! Inysallah semuanya akan selesai selepas itu!!

    Pengunjung bernama Mydoc pula berkata;
    Rasa-rasanya le kalu tak silap teman, penamaan untuk KWSP secara automatik akan berubah selepas berkahwin. Yang penting perlunya ada surat nikah yg sah. Penamaan sebelum kahwin tidak lagi diambil kiran. Tak gitu???

    Manakala anak_perelih pula menulis;
    Untuk memastikan kes seperti diatas tidak berlaku kepada anda dan keluarga anda… sila pastikan penama anda sentiasa dikemaskini – update/current…

    Reply
  5. salam…sekadar berkongsi

    Mengikut hukum syarak, penama yang ditulis di dalam skim-skim wang simpanan seperti Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dengan sendirinya menjadi hak milik kepada penama tersebut dan tidak sah menurut Islam. Ia masih tertakluk kepada pembahagian faraid. Oleh itu, wang-wang tersebut menjadi peninggalan harta si mati dan hendaklah dibahagiakan secara faraid.

    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 juga telah memberikan pendapatnya
    dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 20 Sept.1973 seperti berikut:

    “Penama-penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos,Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid.”

    Dalam mesyuarat Majlis Raja-raja(Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang ke 117 pada 21 Feb. 1980, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengemukakan pendapat dan telah dipersetujui oleh Majlis mengenai perkara penama (Nominee). Keputusannya adalah seperti berikut:-

    i. Majlis mengambil ingatan bahawa orang-orang yang beragama Islam tidak boleh melantik penama(Nominee),dan

    ii. Majlis bersetuju YB Peguam Negara menggubal undang-undang supaya orang-orang yang beragama Islam tidak dibenarkan melantik penama (Nominee)

    Reply
  6. Marza,

    Itulah respon yang dinanti-nantikan selama ini!

    Ya, penama bukanlah penerima mutlak sebrang harta atau pusaka yang ditinggalkan.

    Penama adalah pemegang amanah terhadap harta atau material yang dinamakan.

    Malang sekali, selalu berlaku pengabaian terhadap amanah ini 🙁

    Reply
  7. saya dah berumh tangga,saya dh di kurniakan cayahaya mata,tp kami lum mempunyai insyurans,ada tak bajet dlm 100 cov 1 keluarga

    Reply

Leave a Reply