Syawal kita, syawal mereka…

Syawal kita, syawal mereka…

Syawal kita dihidang dengan rendang dan ketupat, syawal mereka dihidang dengan pistol dan senapang.

Syawal kita dikunjungi tetamu undangan, syawal mereka dikunjungi tetamu tidak diundang.

Syawal kita diseri dengan bunyi mercun dan bunga api, syawal mereka penuh dengan bunyi bom dan senapang.

Anak-anak kita cedera dek meriam buatan sendiri, anak-anak mereka cedera dengan meriam buatan proksi Yahudi dan petualang.

Sedang muslimat kita menangis menonton cerekarama, muslimat mereka menjerit memohon meminta tolong.

Sedang lelaki kita putus anggota merempit di jalanan, lelaki mereka syahid berjuang.

Syawal kita dihiasai takbir mendayu-dayu, takbir mereka dengan laungan takbir pejuang.

Hidup mulia atau mati syahid!

AllahuAkbar!

Afyan Mat Rawi,
Prima Sri Gombak, Gombak,
8 Syawal 1434 / 15 Ogos 2013.
Maafkanku Mesir…

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!