Siapakah Orang Pertama Dalam Keluarga Yang Perlu Ada Takaful?

Utamakan yang utama.

Di dalam satu keluarga, suami atau ayah adalah orang yang pertama perlu dilindungi takaful. Kerana dia merupakan breadwinner di dalam keluarga.

Breadwinner merujuk kepada orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga.

Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri breadwinner ini, maka ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga.

Dalam sesebuah keluarga, breadwinner ini selalunya suami atau ayah.

Suami & Isteri Bekerja

Dalam zaman sekarang, suami dan isteri selalunya bekerjasama menyediakan pendapatan dan perbelanjaan keluarga.

Maka dalam situasi begini, orang kedua yang perlu mencarum adalah isteri.

Kemudian barulah kita lihat duit lebihan sama ada perlu atau tidak untuk kita carum takaful untuk anak pula.

Bajet Ketat

Dalam situasi keluarga besar, bajet untuk takaful biasanya sedikit ketat.

Cadangan kami adalah ambil takaful untuk Income Protection sahaja buat si ayah dan ibu. Tanpa medical card.

Untuk si anak, bolehlah kita consider untuk ambil medical card.

Jika kita masuk hospital, kita masih boleh terima untuk masuk ke hospital kerajaan. Tetapi jika anak yang kecil, mereka memerlukan ibu untuk sentiasa berada di sisi. Jadi eloklah si anak kita berikan medical card.

Mencari medical card pada kos yang murah?

Ya, ada.

Untuk kanak-kanak, kami ada pilihan medical card pada kadar serendah RM77 sebulan. Jumlah ini akan berubah mengikut usia.

Isi borang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:

Kes En Shakir Assalam Yang Viral

KES EN SHAKIR ASSALAM BIN YA YANG VIRAL

Ini komen saya tentang isu yang tersebar secara viral berhubung kes En Shakir Assalam bin Ya yang gagal mendapatkan GL medical card yg dilangganinya dan selepas ia tersebar viral, COO syarikat takaful berkenaan menghubungi beliau secara personal dan menyelesaikannya.

Ads beberapa persoalan yang diutarakan oleh rakan-rakan pembaca FB saya sebelum ini, antaranya;

1. Bolehkah terma dan syarat polisi diubah oleh pihak syarikat selepas kontrak ditandatangani?

RESPON: Bergantung kpd polisi. Sesetengah polisi mempunyai “Alteration Clause”, atau klausa penggubahan yang membenarkan pihak syarikat membuat perubahan terhadap polisi sekalipun TANPA PERSETUJUAN pelanggan. Memadai dengan notis yang diberikan. Jadi semak polisi takaful yang anda sertai.

Ia utk menjaga kepentingan kompeni sebagai entiti bisnes.

(Nota: Secara personal saya menganggap klausa ini ZALIM dan ada banyak syarikat meletakkan klausa sebegini).

2. Kes En Shakir Assalam mendapat perhatian selepas ia tersebar secara viral. Bagaimana agaknya kes-kes lain yang tidak viral?

RESPON: Itulah hak kita sebagai pengguna. Saya juga pengguna dan itulah yang saya kongsikan selama ini di FB dan blog supaya kita semua sedar tentang hak-hak kita sebagai pengguna.

Saya sendiri pernah uruskan beberapa kes melibatkan insurans dan takaful, dan kesemuanya berpihak kpd pelanggan dgn syarat cukup dokumen dan bukti. Malah saya sendiri pernah alami dan buat aduan.

3. Jika tidak viral, adakah pihak syarikat akan berikan perhatian?

RESPON: Kemungkinan besar begitu. Saya tidak ada kuasa utk meramal.

TIP: Jika Tuan-Puan mengalami perkara sama, gunakan hak anda selaku pengguna utk membuat aduan dan sampaikan kepada pihak paling tinggi.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy Sdn Bhd.
www.afyan.com

Takaful Bukan Sekadar Medical Card

Jika sebuah rumah, medical card ibarat pagarnya.

Sebelum masuk ke rumah, perlu buka pagarnya.

Begitu juga takaful; medical card ibarat pagar untuk malapetaka kematian, lumpuh, kemalangan, dan sakit kritikal.

Tidak guna berpintukan emas permata seandainya rumahnya pondok.

Biar rumah dan pagarnya sekufu.

Medical card RM1 juta dengan plan income replacement tidak sampai setahun gaji ibarat mempunyai rumah pondok dengan berpintukan emas permata.

Semak kembali polisi takaful yang anda langgani, adakah ia sekadar pagar sahaja tanpa rumah yang sempurna?

Jika ya, masih ada masa untuk review dan tambah polisi income protection. Tambah, bukan tukar. Kekalkan “pagar” sedia ada, dan bina “rumah” di sampingnya.

Tentu anda tahu, jika kita meninggal dunia; kita akan wariskan rumah, bukan pagar, bukan?

Begitu juga dengan takaful, kita wariskan pampasan “income protection”, bukan medical card.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?
Isi borang dibawah (Hanya untuk sekitar Lembah Klang sahaja)

Medical Card Untuk Kanak-kanak

Jika melanggan medical card untuk kanak-kanak, jangan ambil medical card rider yang attach dengan produk takaful pendidikan.

Sebabnya, produk takaful pendidikan akan tamat tempoh maksima 23 atau 25 tahun (bergantung kepada polisi syarikat).

Jika kanak-kanak tersebut terkena penyakit sebelum usia 23 atau 25 tahun, selepas tamat polisi takaful pendidikan, sukar untuk memohon takaful medical card baru.

Kemungkinan besar syarikat takaful akan reject atau dikenakan loading.

Solusi: Ambil medical card stand alone atau medical rider yang tempoh matang maksima 80 hingga 100 tahun.


Ada satu medical card standalone yang bagus –> Medisavers Takaful

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!