Medical Card 3 Dalam 1?

“Tuan, saya dan famili sudah ada medical card 3 dalam 1. Sekali dengan simpanan dan pelaburan. Kami bayar kira-kira RM1,000 sebulan sekeluarga.

Mohon Tuan review polisi kami”

Saya pun membelek-belek polisi-polisi mereka, lalu bertanya “Bagaimana Puan tahu ia ada simpanan dan pelaburan?”.

Jawabnya “Ejen yang beritahu”.

“Puan bayar sebanyak RM1,000 sebulan, selama 5 tahun. Agak-agak berapa simpanan dan pelaburan yang ada sekarang?”, saya bertanya.

Dia mencongak-congak “Mesti banyak, mungkin lebih daripada separuh”.

“Puan, polisi medical card Puan memang ada simpanan dan pelaburan TAPI SANGAT-SANGAT-SANGAT sedikit. Berdasarkan kiraan saya daripada maklumat dalam polisi ini, tidak sampai separuh caruman pun nilai tunai yang ada”.

“Eh, takkanlah!”, beliau tidak percaya. Nampak terkejut.

“Tidak mengapa Puan. Puan boleh hubungi syarikat takaful Puan dan tanyakan nilai tunai polisi-polisi Puan. Kemudian maklumkan kpd saya supaya mudah utk kita review sama-sama”, saya memberi cadangan.

Selepas seminggu, saya menerima mesej di whatsapp;

“Salam Tuan, dah dapat ”

“Dah dapat?”, balas saya. Dengan ikon “kesedihan” yang dihantar , saya sudah jangkakan sesuatu.

“Huhu…. Rasa nak pengsan”, balas beliau sambil sertakan nilai tunai polisi-polisi beliau suami-isteri dan anak-anak yang beliau perolehi.

Saya membaca satu persatu. Melebihi apa yang saya jangkakan; ada polisi yang nilai tunainya RM200, ada yang RM100 ada yang RM70 malah yang paling mengejutkan ada yang RM0 nilai tunainya!

“Macamana?”

“Puan istikharah”.

Moral cerita:

1. Fungsi takaful adalah untuk PERLINDUNGAN KEWANGAN, bukan untuk SIMPANAN, apatah lagi PELABURAN. Jangan terus percaya bulat-bulat cakap ejen. Lakukan due diligence.

2. Selain maklumat lisan dari ejen, semak kembali polisi takaful yang anda sertai supaya maklumat di dalam polisi sama dengan apa yang diceritakan. Pasti tidak ada dalam polisi tercatat “Medical Card 3 Dalam 1”.

3. Sebelum sertai, pastikan semak juga maklumat produk dengan dapatkan “Product Disclosure Sheet” atau PDS daripada ejen atau dari website syarikat. Di PDS juga tidak ada tercatat “Medical Card 3 Dalam 1”.

4. Semak dan review polisi anda 2-3 tahun sekali supaya anda mendapat maklumat up to date.

5. Jangan terus percaya cerita saya 100%. Jika Tuan-Puan sudah mengambil polisi sebagaimana di atas, masih ada masa untuk hubungi syarikat takaful Tuan-Tuan untuk semak dan review cash value polisi anda.


Dapatkan Medical Card standalone di sini –> Medisavers Takaful

Panduan Ringkas Memilih Medical Card

Panduan Ringkas Memilih Medical Card

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan medical card, antaranya;

“Apa medical card paling bagus?”

“Medical syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada medical card Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”

“Apa beza Medical Card stand alone dengan medical card sebagai rider?”

Secara umumnya, untuk membuat perbandingan medical card, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.

Dengan perbandingan adil ‘apple to apple’ perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.

Berikut adalah factor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan medical card.
A) FAKTOR PRODUK

  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk medical card yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – medical card sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

B) FAKTOR PELANGGAN

  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan, tapi ada yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada medical card daripada syarikat.

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil.

Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.

Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga roadtax, penggunaan petrol, kos penyelengaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.

BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada classnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!

Jadi, kesimpulan yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!


Baca juga Panduan Lengkap Memilih Medical Card

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!