Merancang Kewangan Pendidikan Anak-anak

Jika hari ini kos untuk belajar di universiti tempatan berjumlah RM50,000, termasuk yuran pengajian dan sara hidup, maka 15 tahun akan datang kosnya akan menjadi RM103,946. Kiraan ini adalah berdasarkan kadar purata inflasi 5% setahun.

Bermakna, jika saudara mempunyai atau merancang mempunyai 3 orang anak, yang akan memasuki univerisiti dalam tempoh 15 hingga 25 tahun akan datang, lebih setengah juta RM diperlukan untuk membiayaai kos pendidikan mereka.

Kita ada beberapa pilihan;

  • Memulakan perancangan pendidikan dari sekarang, atau
  • Berharap mereka mendapat biasiswa, atau
  • Berharap mereka mendapat pinjaman dan membayar balik selepas graduate, atau
  • Berharap mereka mencari duit sendiri, atau
  • Berharap agar kerajaan berubah dan menawarkan pendidikan percuma.

Kos pendidikan RM50,000 untuk tempoh lima tahun pengajian universiti hari ini untuk jurusan kesusasteraan, bagi universiti tempatan. Kos tersebut akan meningkat untuk jurusan sains serta untuk universiti luar negara.

Jika kos jurusan sains hari ini ia mencecah RM70,000 dan jika di luar negara ia boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

 

Merancang kewangan pendidikan anak-anak memerlukan strategi yang betul. Tidak semestinya melalui skim simpanan pendidikan seperti Takaful Pendidikan, atau Amanah Saham Didik, atau Skim Simpanan Pendidikan dan lain-lain. Yang penting kita menyimpan dengan tempat yang betul, cara yang betul dan matlamat yang betul.

 

Link berikut ada beberapa panduan yang boleh diaplikasikan;

http://rahsiatakaful.com/membuat-perancangan-simpanan-pendidikan-anak

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)

educationduit

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak
www.afyan.com

educationduit

“Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam.

Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut!

Jawapannya ialah simpanan.

Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN!

Mungkin jawapan saya ini diskredit kepada saya selaku wakil takaful. Dan mungkin ada ejen unit amanah yang akan marah-marah kepada saya sekiranya saya katakan bahawa instrumen unit amanah (unit trust) bukanlah instrumen yang paling sesuai untuk membuat simpanan pendidikan.

(Nota: Saya juga adalah seorang ejen unit amanah yang berdaftar, tetapi tidak menjualnya)

Namun, hakikatnya ialah simpanan ialah simpanan.

Takaful ialah perlindungan. Takaful bukan simpanan, atau pelaburan.

Manakala unit amanah (unit trust) adalah pelaburan. Unit amanah bukan simpanan!

Kenal Pasti Instrumen Kewangan Anda

Saya pernah menyentuh perkara ini di dalam; Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.

Lebih detail lagi, saya juga ada menerangkan tentang konsep pengurusan kewangan menggunakan 7 langkah di dalam tulisan bertajuk 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan, dan Modul Piramid Pengurusan Kewangan.

Lihat kembali ke Cashflow Piramid yang saya nyatakan itu, perhatikan kepada tiga langkah; SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

Kombinasi ketiga-tiga elemen ini boleh digunakan untuk merancang pendidikan anak-anak.

Merancang Pendidikan Anak

Sebelum pergi lebih jauh lagi, dalam merancang pendidikan untuk anak-anak, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.

Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Contoh;

Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.

Untuk langkah ini, kira berapakah lama lagi tempoh yang kita ada untuk membuat perancangan. Jika anak kita berusia 6 tahun, sudah tentu berbeza tempohnya jika anak kita yang baru lahir.

Katakanlah umur anak kita setahun dan kita jangkakan dia akan masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka tempoh yang ada adalah selama 17 tahun.

Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Seeloknya mulakan dengan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.

Katakanlah kos pengajian undang-undang bagi universiti tempatan adalah kira-kira RM 40K, dan anggaran 17 tahun akan datang adalah 80K. Ia adalah anggaran kasar berdasarkan trend inflasi semasa.

Anggaran RM 80K ini adalah untuk perbelanjaan yuran universiti sahaja, tanpa mengira perbelanjaan lain seperti makanan, buku, pengangkutan, penginapan dan sebagainya.

Ketiga; Jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

RM 80K dibahagikan dengan tempoh 17 tahun. Kita akan mendapat jawapan: RM 4706.00.

Maka, untuk mendapat jumlah simpanan bulanan yang perlu dilakukan, jumlah RM 4706.00 dibahagikan pula dengan 12 bulan.

Kita akan mendapat jawapan RM 277.00.

Maka, untuk mengumpulkan jumlah SIMPANAN pendidikan sebanyak RM 80,000.00 bagi anak kita yang berusia setahun pada usianya 18 tahun, kita perlu membuat simpanan rutin sebanyak RM 277 sebulan selama 17 tahun bermula daripada sekarang.

Ingat, ini untuk seorang anak. Bagaimana sekiranya saudara merancang untuk mendapat 5 orang anak?

Mungkin bersambung… 🙂

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!