Cari Duit Lebih? Jangan Lupa Poket Bocor

Cari Duit Lebih? Jangan Lupa Poket Bocor

(Tulisan ini sempena isu bocor yang sedang hangat diperkatakan tapi tiada kaitan dengan soalan bocor)

Dalam sesi-sesi konsultansi personal dan juga dalam sesi-sesi training, selalu diajukan soalan ini:

“Macam mana nak cari duit lebih ye?”

“Aku dah tak tau nak buat macamana lagi. Siang aku kerja 8 sampai 4. Malam aku buat berniaga. Hujung minggu buat part time. Tapi duit asyik tak cukup je. Kau ada cara lagi nak dapat duit lebih?”

“Dah 3 tahun saya kerja dan kumpul duit, tak cukup-cukup jugak untuk kawin”

“Abang, macam mana abang kumpul duit setahun selepas grad terus abang kawin” (soalan ni membuat saya berbunga-bunga sebentar)

Dalam strategi mengumpul duit, ramai orang bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka. Tidak cukup dengan kerja waktu pejabat, mereka sambung kerja di luar waktu pejabat atau overtime. Tidak cukup dengan overtime, cari lagi ruang masa untuk mendapatkan pendatanan lebih dengan cara berniaga, MLM, ejen insuran, dan sebagainya, atau kerja part-time.

Namun, ramai yang terlupa tentang poket mereka yang “bocor” (Maaf , tiada kiatan dengan isu soalan bocor baru-baru ini ini ye).

“Poket bocor? Apa ni?”

Maksud saya, dalam mereka bertungkus-lumus mengumpul wang, mereka terlupa tentang perbelanjaan mereka juga semakin bertambah. Tidak sedar dari masa ke masa wang yang mereka berlanjakan semakin banyak.

Lebih teruk lagi, wang tambahan yang mereka sedang usahakan hanya menampung kos untuk mereka kerja part-time atau overtime tadi.

Umpama pasukan bola sepak yang hanya menumpukan kepada aspek penyerangan sahaja tetapi lupa untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan, mampukah pasukan tersebut berjaya?

Bagaimana pula dengan pasukan tentera yang hanya menyiapkan askar-askar yang berada di bahagian hadapan untuk menyerang, tetapi tidak menyediakan pasukan di belakang untuk pertahanan. Mampukah tentera tersebut memenangi pertempuran?

Justeru, dalam kita bertungkus lumus bekerja mengumpul duit, jangan lupa aspek-aspek perbelanjaan seperti petrol, telefon, penyelenggaraan kenderaan, perbelanjaan makanan dan sebagainya. Semua ini umpama pertahanan kewangan kita untuk mengumpul lebih banyak wang agar tidak dibazirkan begitu sahaja.

Ingat, setiap RM100 yang berjaya kita jimatkan, umpama kita menerima pendapatan tambahan RM100.

Perancangan Kewangan Kematian

Perancangan kewangan Islam bukan semata perancangan kewangan untuk KEHIDUPAN malah juga perancangan kewangan untuk menghadapi saat KEMATIAN.

Sebab, selepas berlaku KEMATIAN, harta si mati akan digunakan untuk urusan-urusan berikut;

1) Pengurusan jenazah

2) Melangsaikan hutang

3) Pembahagian harta sepencarian

4) Menunaikan wasiat

5) Pembahagian faraidh

Berikut dihuraikan satu per satu

1) Pengurusan jenazah

Kos urusan jenazah ditanggung oleh ‘si mati’ menggunakan harta peninggalannya.

Dari urusan mandi jenazah (kos air, kos kapur barus, kos sabun), dikapankan (kos kain kafan, kos tali pengikat kain kafan), disolatkan, dan dikebumikan (kos van jenazah, kos gali kubur oleh Tok Adi).

Kos-kos di atas memerlukan wang yang akan ditolak dari harta peninggalan si mati.

Sebab itu dalam masyarakat Melayu Muslim ada amalan khairat kematian di surau atau masjid  untuk digunakan apabila berlaku kematian di dalam qaryah.

2) Melangsaikan hutang.

Hutang terbahagi kepada dua;

2.a) Hutang dengan Allah, seperti; qadha solat, qadha puasa, qadha zakat, badal haji.

Hutang-hutang di atas boleh diselesaikan melalui bayaran fidyah dan upah badal haji. Semua akan ditolak dari harta peninggalan si mati.

2.b) Hutang dengan manusia, seperti hutang rumah, hutang kereta,hutang runcit,hutang peribadi, hutang PTPTN, dan hutang-hutang lain.

Hutang-hutang ini perlu dilangsaikan menggunakan harta peninggalan si mati.

Hutang wajib dibayar sekalipun tidak dituntut. Malah dalam hadith menyebut bahawa roh jenazah orang yang mati syahid pun akan tergantung sehinggalah hutangnya diselesaikan.

3) Pembahagian harta sepencarian.

Perkara ini perlu diuruskan apabila si mati mempunyai pasangan yang masih hidup. Proses ini perlu mendapat kelulusan daripada mahkamah syariah. Saya pernah menulis sebelum ini di http://rahsiatakaful.com/bagaimana-merancang-harta-sepencarian.html

Maksima tuntutan harta sepencarian selalunya 50% daripada harta peninggalan si mati. Ia bergantung kepada kadar sumbanagn pasangan sewaktu hidup.

4) Menunaikan wasiat

Wasiat atau hasrat arwah sewaktu hidup perlu ditunaikan, jika ada. Dalam berkaitan dengan urusan kewangan, wasiat tersebut tertakluk kepada 1/3 baki harta. Sebagai contoh jika arwah mahu mendermakan harta kepada anak angkat, anak yatim, masjid atas sebagainya. Ia sangat penting kerana jiak ia diwaqafkan, ia akan menjadi amal jariah si mati di dalam kubur.

5) Pembahagian faraidh.

Ini adalah perkara yang paling akhir sekali perlu dilakukan selepas urusan-urusan di atas selesai.

RUMUSAN:

Perancangan kewangan seseorang muslim perlu dirancang bukan sekadar untuk kehidupan sewaktu hidup, malah juga perlu dirancang kewangan selepas berlaku kematian. Jika tidak ia, harta atau hutang  yang ditinggalkan ketika hidup akan menambah beban ahli keluarga yang tinggal.

Membuat Perancangan Kewangan Umpama Membaca Buku Peta

perancangan kewangan financial planning

Membuat perancangan kewangan seumpama membaca buku peta.

Perkara UTAMA yang perlu kita lakukan ialah, menjawab persoalan-persoalan berikut;

1) Di mana kita sekarang?,

2) Ke mana destinasi hendak kita tuju?, dan

3) Bagaimana cara ke sana?.

# PERTAMA: Di mana kita sekarang?

Dalam perancangan kewangan, persoalan di mana kita sekarang dijawab menggunakan dua peralatan di bawah;

1. Penyata Aliran Tunai (cashflow), dan
2. Penyata Nilai Aset Bersih (networth)

Dalam aliran tunai, mengandungi penyataa pendapatan dan perbelanjaan, manakalan di dalam penyata aset bersih mengandungi penyata aset dan libiliti.

Apabila kita mengetahui aliran pendapatan dan perbelanjaan, serta aset dan libiliti yang kita ada barulah kita dapat mengetahui kekuatan yang kita ada.

Dari situ kita dapat kesan stail perbelanjana kita sama ada kita seorang yang boros atau seorang yang berjimat cermat.

Dari situ juga kita tahu kekuatan tunai kita dan hutang-hutang yang kita ada sebelum bergerak ke langkah seterusnya.

# KEDUA: Ke mana destinasi hendak kita tuju?

Selepas mengetahui kedudukan kita sekarang, kita boleh plan ke mana hendak kita pergi.

Itulah matlamatm kewangan kita, sama ada untuk mendapat kebebasan kewangan, bersara dengan aset RM 1 juta, menunaikan haji, membantu ibu ayah di kampung, menghantar anak ke universiti dan pelbagai matlamat lagi.

# KETIGA: Bagaimana cara untuk ke sana?

Hanya selepas kita tahu di mana kita berada, dan tahu ke mana hendak kita tujui, barulah kita boleh memilih bagaimana cara yang paling sesuai untuk kita bergerak dari titik mula untuk mencapai matlamat kewangan kita.

Selalunya akan ada banyak jalan can cara untuk mencapai matlamat kewangan, tapi bukan semua bersesuai dengan kedudukan kita sekarang.

Atas sebab itu amat penting kita mengetahui kekuatan aliran tunai dan aset bersih kita supaya kita dapat gunakan cara yang bersesuaian dengan kewangan kita.

Mungkin cara itu melalui proses pengstuturan semula hutang, mungkin melalui saham, mungkin melalui pelaburan hartanah dan mungkin memerlukan kita menambah perlindungan takaful.

Kemudian, akhir sekali ambil tindakan!

Memulakan Perancangan Kewangan

Ada seorang rakan bertanya, dia baru sahaja mempunyai kesedaran utk mengurus kewangan dengan betul dan meminta nasihat saya.

Ini intipati respon saya;

Saya ibaratkan beliau sepeti org yang baru “bertaubat”, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyesali perbuatan lampau spt pembaziran, pemborosan dan sebagainya.

Kemudian saya sarankan beliau membaca buku-buku perancangan kewangan dengan satu nasihat;

“Membaca buku perancangan kewangan umpama membaca buku peta.

2 Perkara awal yang perlu dilakukan ialah;

1. Kita perlu tahu di mana kita berada, dan
2. Kita perlu tahu ke mana kita hendak pergi”

Untuk perkara pertama, kita perlu tahu di mana kita berada dengan cara kita menjejak aliran tunai dan nilai aset bersih kewangan kita.

Perkara kedua pula ialah meletakkan matlamat kewangan kita secara spesifik yang mengandungi maklumat asas iaitu tempoh masa dan jumlah aset atau kewangan yang diperlukan.

Selepas membuat perkara-perkara di atas, seterusnya baru kita boleh memilih “jalan” di atas “peta kewangan” kita.

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!