Sentiasa Periksa Angin Tayar Spare Kereta (Bhgn 2)

Sila baca entri sebelum ini untuk pemahaman menyeluruh macam Colgate.

SEDIAKAN TAYAR SPARE

Dalam kehidupan kita sehari-hari kita mempunyai kebarangkalian ditimpa malang yang tidak berbau seperti dompet hilang, telefon bimbit dicuri, beg tangan disamun, kebakaran, paip pecah, enjin kereta rosak di tengah perjalanan, jatuh sakit, kemalangan, dan sebagainya.

(Di dalam cerita tadi, nasib malang yang berlaku ke atas diri saya adalah tayar pecah ketika di dalam perjalanan. Ia sebenarnya malang yang berbau. Tayar yang pecah berbau hangit)

Nasib-nasib malang yang disebut tadi akan memberi kesan-kesan buruk yang lain kepada diri kita. Sekiranya dompet hilang kita terpaksa membuat laporan untuk menggantikan kad-kad penting yang disimpan di dalam dompet yang hilang itu.

Untuk menggantikan kad pengenalan, kita terpaksa ke JPN. Untuk menggantikan kad ATM kita terpaksa ke bank. Begitulah halnya untuk kad kredit.

Apabila telefon bimbit dicuri, kita terpaksa membeli telefon bimbit yang baru serta sim kad baru. Lebih berharga, senarai nama dan nombor telefon kenalan-kenalan di dalam buku telefon bimbit.

Sekiranya paip pecah kita terpaksa memanggil tukang paip untuk membaikinya. Andainya rumah kita kebakaran, kita terpaksa membina atau membeli rumah baru. Sekiranya enjin kereta rosak kita terpaksa membawanya ke bengkel untuk dibaiki.

Sekiranya jatuh sakit, kita terpaksa ke klinik. Sekiranya kemalangan kita mungkin dimasukan ke hospital atau kereta dimasukkan ke dalam bengkel.

(Di dalam cerita saya; tayar yang pecah menyebabkan saya terpaksa menggantikan dengan tayar baru)

Rata-rata nasib-nasib malang ini berhajatkan kepada wang kecemasan; untuk menggantikan duit di dalam dompet yang hilang, membeli telefon bimbit baru, membayar upah tukang paip, membayar upah bengkel, membeli ubat, atau membayar bil hospital.

Sudah tentu dalam keadaan-keadaan sebegini, wang simpananlah yang akan menjadi sasaran kita.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu, persediaan perlindungan takaful dapat menyediakan wang kecemasan ini tanpa mengusik wang simpanan kita.

Sebagai contoh, kebakaran rumah dapat diatasi dengan memanggil bomba perlindungan takaful kebakaran. Betul rumah terbakar perlu memanggil bomba.

Maksud saya di sini, perlindungan takaful kebakaran mampu menggantikan rumah kediaman yang terbakar. Bomba tidak mampu menggantikan rumah yang terbakar.

Contoh lain, perlindungan takaful kereta mampu membiayai kos pembaik-pulihan kereta yang mengalami kemalangan.

Begitu juga dengan takaful kad kesihatan, mampu melangsaikan bil-bil hospital andainya terpaksa dimasukkan ke dalam hospital.

Wang simpanan kita akan selamat daripada hangus begitu sahaja.

(Nota: Setakat yang saya tahu, tiada lagi syarikat takaful yang melindungi kad-kad di dalam dompet yang hilang, handset yang dicuri ataupun paip rumah yang bocor. Jika ada, sila beritahu saya ye!)

Jadi, sudahkah anda memiliki perlindungan-perlindungan tadi? Jika belum, saya sedia membantu.

(Di dalam cerita saya, nasib malang di dalam kejadian tayar pecah dapat diatasi dengan memiliki sebuah tayar spare)

TIDAK CUKUP SEKADAR MEMILIKI TAYAR SPARE

Namun, sebenarnya tidak cukup jika sekadar memiliki perlindungan-perlindungan di atas tanpa membuat pemantauan berterusan.

Sebagai contoh, apabila memiliki perlindungan takaful keluarga yang melindungi kematian, lumpuh, sakit kritikal dan sebagainya, polisi takaful tersebut perlu disemak sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan perlindungan yang secukupnya.

Mungkin ketika polisi tersebut diambil perkiraan yang diambil adalah pendapatan dan tanggungan semasa. Contohnya seorang lelaki yang baru berkahwin, mengambil perkiraan semasa iaitu tanggungan seorang isteri untuk mengambil jumlah perlindungan pada waktu itu.

Selepas 5 tahun, jumlah berkenaan sudah tidak boleh diambil kira dengan mengambil kira faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat atau inflasi, dan juga faktor dalaman seperti pertambahan anak, pertambahan isteri, hutang rumah dan sebagainya.

Contoh lain, di dalam kes takaful kebakaran, harga rumah yang meningkat perlu diambil kira dalam memperbaharui perlindungan berkenaan.

(Di dalam kes saya, tayar spare perlu diisi angin selalu agar ia dapat digunakan dengan baik apabila berlaku insiden tayar pecah kerana angin tayar tersebut akan berkurangan dari masa ke masa sedikit demi sedikit)

Anda bijak sekiranya anda telah memiliki polisi takaful, namun sudahkah anda menyemaknya? Jika belum, saya sedia membantu.

Ambil iktibar kisah saya: jangan sampai anda terpaksa memanggil PLUS untuk membawa pam tayar spare kereta. Lebih malang apabila pam yang dibawa turut rosak!

Memilih “Ubat” Yang Sesuai

“Afyan, awak masih dengan takaful?”, tanya seorang rakan selepas tamat satu program. Saya jarang-jarang sekali bertemunya.

“Ya,” jawab saya ringkas.

“Saya ingin mengambil takaful untuk anak saya yang baru lahir”, katanya.

“Oh, awak sudah dapat anak? Tahniah!” kata saya sambil menghulurkan tangan kepadanya, dan tersenyum.

Tersenyum kerana Allah mengurniakannya cahaya mata.

Tersenyum kerana Allah menggerakkan hatinya untuk menyertai takaful.

Tersenyum kerana Allah membuka pintu rezeki-Nya kepada saya apabila Dia menggerakkan hati kawan saya untuk memilih saya untuk mengambil polisi takaful.

“Awak ingin mengambil takaful untuk anak awak?”, tanya saya untuk mendapat kepastian.

“Ya, takaful pendidikan”, katanya penuh yakin.

“Awak sendiri sudah memiliki polisi takaful?”, tanya saya lagak seorang doktor yang menganalisis pesakitnya terlebih dahulu sebelum memberikan “ubat” yang sesuai.

“Errr… belum lagi.”, jawabnya.

“Jika begitu, awak perlu mengambil polisi takaful untuk diri awak terlebih dahulu sebelum perkara yang sama dilakukan ke atas anak awak”, kata saya, mencadangkan “ubat” yang sesuai kepadanya.

“Kenapa perlu begitu? Saya ingin mengambil polisi takaful pendidikan untuk anak saya untuk menjamin simpanannya ke universiti sekiranya berlaku musibah ke atas saya”, katanya menolak “ubat” yang saya cadangkan.

Daripada kata-katanya, saya mengagak dia memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang takaful pendidikan sebelum mendatangi saya.

Read more

Memilih "Ubat" Yang Sesuai

Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?

“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.

“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.

“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.

“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.

Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.

Kenapa 8 kali ganda?

Read more