Potensi Pendapatan dan Bisnes Perunding Kewangan

potensi bisnes perundng kewangan takaful

Purata pendapatan di dalam sektor kewangan adalah kira-kira 70% lebih besar berbanding profession lain seperti jurutera, peguam, akauntan dan doktor.

Info di atas adalah terjemahan terus daripada The Star, 18 Februari 2011;
Ò€œThe average income of those in the financial sector is 70% more than other professions including engineers, lawyers, accountants and doctors”.

Semoga ia sebagai motivasi utk rakan-rakan.

Duit bukan matlamat hidup, tapi ia alat untuk mencapai matlamat membangunkan ummat.
Keuntungan adalah objektif bisnes.

Kelebihan Kerjaya Sebagai Perunding Takaful

Bisnes sebagai perunding takaful tidak menjanjikan bulan, bintang mahupun matahari.

Ia sama seperti bisnes-bisnes lain yang ada di dunia ini yang memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk berjaya.

Cuma beberapa kelebihan yang ada dalam bisnes takaful ialah;

1. Modal yang rendah. Dengan hanya bermodalkan RM80 untuk menduduki peperiksaan, kita sudah boleh memulakan kerjaya ini. Tidak perlu menyimpan stok membeli produk, dan tidak perlu menyewa pejabat – yang selalunya perlu difikirkan oleh usahawan dalam bidang lain.

2. Sistem yang sudah sedia ada. Industri insurans sudah wujud sejak beribu tahun. Jadi, sudah wujud pelbagai sistem-sistem bisnes yang sudah terbukti keberkesanannya. Ia termasuk sistem latihan, sistem sokongan bisnes, sistem IT, sistem pengrekrutan dan pelbagai sistem lagi. Tinggal lagi usahawan baru melibatkan diri ke dalam sistem ini untuk berjaya.

3. Potensi peningkatan kerjaya. Dengan bermula sebagai perunding takaful, kita berpeluang meningkat sebagai Pengurus Agensi dan Pengurus Agensi Kumpulan dengan membina bisnes yang lebih besar. Selain itu, para usahawan juga berpeluang meningkatkan profesionalisma dengan menjadi Perunding Kewangan Bertauliah seperti IFP (Islamic Financial Planner), CFP (Certified Financial Planner), RFP (Registered Financial Planner) dan lain-lain lagi.

Tarif Baru Premium Insurans dan Takaful Kenderaan 2014

Jadual tarif baru insurans / takaful kenderaan berkuatkuasa 15 Februari
Jadual tarif baru insurans / takaful kenderaan berkuatkuasa 15 Februari

Jadual ini adalah tarif baharu insurans dan takaful kenderaan yang akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Ia sudah diluluskan di oleh Bank Negara Malaysia sejak tahun 2011 dan kenaikannya secara beransur-ansur beberapa tahun bermula 2012.

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!