Sentiasa Periksa Angin Tayar Spare Kereta (Bhgn 2)

Sila baca entri sebelum ini untuk pemahaman menyeluruh macam Colgate. SEDIAKAN TAYAR SPARE Dalam kehidupan kita sehari-hari kita mempunyai kebarangkalian ditimpa malang yang tidak berbau seperti dompet hilang, telefon bimbit dicuri, beg tangan disamun, kebakaran, paip pecah, enjin kereta rosak di tengah perjalanan, jatuh sakit, kemalangan, dan sebagainya. (Di dalam cerita tadi, nasib malang yang … Read more

Memilih "Ubat" Yang Sesuai

“Afyan, awak masih dengan takaful?”, tanya seorang rakan selepas tamat satu program. Saya jarang-jarang sekali bertemunya.

“Ya,” jawab saya ringkas.

“Saya ingin mengambil takaful untuk anak saya yang baru lahir”, katanya.

“Oh, awak sudah dapat anak? Tahniah!” kata saya sambil menghulurkan tangan kepadanya, dan tersenyum.

Tersenyum kerana Allah mengurniakannya cahaya mata.

Tersenyum kerana Allah menggerakkan hatinya untuk menyertai takaful.

Tersenyum kerana Allah membuka pintu rezeki-Nya kepada saya apabila Dia menggerakkan hati kawan saya untuk memilih saya untuk mengambil polisi takaful.

“Awak ingin mengambil takaful untuk anak awak?”, tanya saya untuk mendapat kepastian.

“Ya, takaful pendidikan”, katanya penuh yakin.

“Awak sendiri sudah memiliki polisi takaful?”, tanya saya lagak seorang doktor yang menganalisis pesakitnya terlebih dahulu sebelum memberikan “ubat” yang sesuai.

“Errr… belum lagi.”, jawabnya.

“Jika begitu, awak perlu mengambil polisi takaful untuk diri awak terlebih dahulu sebelum perkara yang sama dilakukan ke atas anak awak”, kata saya, mencadangkan “ubat” yang sesuai kepadanya.

“Kenapa perlu begitu? Saya ingin mengambil polisi takaful pendidikan untuk anak saya untuk menjamin simpanannya ke universiti sekiranya berlaku musibah ke atas saya”, katanya menolak “ubat” yang saya cadangkan.

Daripada kata-katanya, saya mengagak dia memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang takaful pendidikan sebelum mendatangi saya.

Read more

Memilih “Ubat” Yang Sesuai

Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?

“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.

“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.

“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.

“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.

Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.

Kenapa 8 kali ganda?

Read more