Kes En Shakir Assalam Yang Viral

KES EN SHAKIR ASSALAM BIN YA YANG VIRAL

Ini komen saya tentang isu yang tersebar secara viral berhubung kes En Shakir Assalam bin Ya yang gagal mendapatkan GL medical card yg dilangganinya dan selepas ia tersebar viral, COO syarikat takaful berkenaan menghubungi beliau secara personal dan menyelesaikannya.

Ads beberapa persoalan yang diutarakan oleh rakan-rakan pembaca FB saya sebelum ini, antaranya;

1. Bolehkah terma dan syarat polisi diubah oleh pihak syarikat selepas kontrak ditandatangani?

RESPON: Bergantung kpd polisi. Sesetengah polisi mempunyai “Alteration Clause”, atau klausa penggubahan yang membenarkan pihak syarikat membuat perubahan terhadap polisi sekalipun TANPA PERSETUJUAN pelanggan. Memadai dengan notis yang diberikan. Jadi semak polisi takaful yang anda sertai.

Ia utk menjaga kepentingan kompeni sebagai entiti bisnes.

(Nota: Secara personal saya menganggap klausa ini ZALIM dan ada banyak syarikat meletakkan klausa sebegini).

2. Kes En Shakir Assalam mendapat perhatian selepas ia tersebar secara viral. Bagaimana agaknya kes-kes lain yang tidak viral?

RESPON: Itulah hak kita sebagai pengguna. Saya juga pengguna dan itulah yang saya kongsikan selama ini di FB dan blog supaya kita semua sedar tentang hak-hak kita sebagai pengguna.

Saya sendiri pernah uruskan beberapa kes melibatkan insurans dan takaful, dan kesemuanya berpihak kpd pelanggan dgn syarat cukup dokumen dan bukti. Malah saya sendiri pernah alami dan buat aduan.

3. Jika tidak viral, adakah pihak syarikat akan berikan perhatian?

RESPON: Kemungkinan besar begitu. Saya tidak ada kuasa utk meramal.

TIP: Jika Tuan-Puan mengalami perkara sama, gunakan hak anda selaku pengguna utk membuat aduan dan sampaikan kepada pihak paling tinggi.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy Sdn Bhd.
www.afyan.com

Takaful Bukan Sekadar Medical Card

Jika sebuah rumah, medical card ibarat pagarnya.

Sebelum masuk ke rumah, perlu buka pagarnya.

Begitu juga takaful; medical card ibarat pagar untuk malapetaka kematian, lumpuh, kemalangan, dan sakit kritikal.

Tidak guna berpintukan emas permata seandainya rumahnya pondok.

Biar rumah dan pagarnya sekufu.

Medical card RM1 juta dengan plan income replacement tidak sampai setahun gaji ibarat mempunyai rumah pondok dengan berpintukan emas permata.

Semak kembali polisi takaful yang anda langgani, adakah ia sekadar pagar sahaja tanpa rumah yang sempurna?

Jika ya, masih ada masa untuk review dan tambah polisi income protection. Tambah, bukan tukar. Kekalkan “pagar” sedia ada, dan bina “rumah” di sampingnya.

Tentu anda tahu, jika kita meninggal dunia; kita akan wariskan rumah, bukan pagar, bukan?

Begitu juga dengan takaful, kita wariskan pampasan “income protection”, bukan medical card.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?
Isi borang dibawah (Hanya untuk sekitar Lembah Klang sahaja)

Takaful Medical Card vs Takaful Penyakit Kritikal

Kedua-duanya adalah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, dengan fungsi berbeza-beza.

Medical card atau kad perubatan fungsinya adalah untuk membantu membayar kos perubatan apabila dimasukkan ke dalam hospital.

Manakala takaful penyakit kritikal pula adalah untuk memberi TUNAI apabila ditimpa musibah penyakit kritikal.

“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta,” Kata seorang pelanggan

“Saya sudah ada medical card RM 1.5 juta, jadi saya sudah tidak perlukan lagi takaful penyakit kritikal.”

Saya tanyakan balik “Kalau Tuan ditimpa penyakit kritikal, berapa takaful Tuan dapat membantu?”

“RM 1.5 juta”, katanya penuh keyakinan.

“Tuan, sebenarnya RM 1.5 juta itu adalah maksima seumur hidup pembayaran kos rawatan hospital yang akan dibayar daripada syarikat takaful kepada hospital, bukan kepada peserta”, jelas saya.

“Maksudnya?” dia inginkan kepastian.

“Maksudnya, RM1.5 juta adalah untuk hospital sebagai kos bayaran rawatan, bukan kepada Tuan selaku peserta.”

Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan

“Begini situasinya, contohnya sekiranya Tuan ditimpa penyakit kritikal seperti kanser, strok dan sebagainya, kos rawatan sepanjang Tuan ditimpa penyakit itu akan dibayar oleh medical card yang Tuan ambil.

“Apabila ditimpa penyakit kritikal, adakah Tuan masih mampu bekerja?” saya membuat sedikit huraian dan bertanya soalan.

Dia menggeleng kepala.

“Ya, sudah tentu tidak. Syarikat yang tuan bekerja sekarang sudah tentu tidak lagi menerima Tuan sebagai pekerja lagi. Jadi pada waktu itu sudah tentu Tuan tidak dapat lagi bekerja.

Pada waktu inilah takaful penyakit kritikal akan berfungsi untuk memberi penggantian pendapatan.

Jadi, di samping memiliki takaful perubatan medical card ini, Tuan perlu juga memiliki takaful penyakit kritikal, sekurang-kurangnya bersamaan dengan pendapatan Tuan setahun -3 tahun.”

Saya mengakhiri penerangan saya dan bersedia untuk soal jawab.

Beliau nampak positif.


Baca lanjut mengenai income protection takaful

Baca juga mengenai medical card yang tiada limit

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!