Merancang Kewangan Pendidikan Anak-anak

Jika hari ini kos untuk belajar di universiti tempatan berjumlah RM50,000, termasuk yuran pengajian dan sara hidup, maka 15 tahun akan datang kosnya akan menjadi RM103,946. Kiraan ini adalah berdasarkan kadar purata inflasi 5% setahun.

Bermakna, jika saudara mempunyai atau merancang mempunyai 3 orang anak, yang akan memasuki univerisiti dalam tempoh 15 hingga 25 tahun akan datang, lebih setengah juta RM diperlukan untuk membiayaai kos pendidikan mereka.

Kita ada beberapa pilihan;

  • Memulakan perancangan pendidikan dari sekarang, atau
  • Berharap mereka mendapat biasiswa, atau
  • Berharap mereka mendapat pinjaman dan membayar balik selepas graduate, atau
  • Berharap mereka mencari duit sendiri, atau
  • Berharap agar kerajaan berubah dan menawarkan pendidikan percuma.

Kos pendidikan RM50,000 untuk tempoh lima tahun pengajian universiti hari ini untuk jurusan kesusasteraan, bagi universiti tempatan. Kos tersebut akan meningkat untuk jurusan sains serta untuk universiti luar negara.

Jika kos jurusan sains hari ini ia mencecah RM70,000 dan jika di luar negara ia boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

 

Merancang kewangan pendidikan anak-anak memerlukan strategi yang betul. Tidak semestinya melalui skim simpanan pendidikan seperti Takaful Pendidikan, atau Amanah Saham Didik, atau Skim Simpanan Pendidikan dan lain-lain. Yang penting kita menyimpan dengan tempat yang betul, cara yang betul dan matlamat yang betul.

 

Link berikut ada beberapa panduan yang boleh diaplikasikan;

http://rahsiatakaful.com/membuat-perancangan-simpanan-pendidikan-anak

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)

educationduit

Menunaikan Haji Dengan Takaful IKHLAS?

Rentetan daripada entri bertajuk ; “Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!“, saya menerima beberapa pertanyaan tentang perkara ini.

Di bawah ini adalah salah satu daripada persoalan dan diskusi tentang perkara yang saya kemukakan di blog ini untuk dikongsi bersama para pembaca.

Nota: Ingin saya tegaskan satu perkara tentang produk IKHLAS Haji Saving Takaful ini, adalah produk PERLINDUNGAN kewangan untuk meunaikan haji. Bermakna, ia menyediakan plan PERLINDUNGAN untuk simpanan haji seandainya, penyimpan tidak sempat menunaikan haji akibat berlaku musibah kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Ia tidak sekali-kali menggantikan simpanan di Tabung Haji, namun ia juga boleh memberi nilai tambah kepada simpanan di Tabung Haji.

Siapa ‘Perunding Kewangan’ Anda?

Hayati cerita di bawah.

Ahmad (seperti biasa, bukan nama sebenar), seorang pegawai syarikat swasta yang baru setahun grad daripada universiti tempatan. Gaji permulaannya RM2,500, dan kira-kira setahun bekerja di syarikat itu.

Pada suatu hari, di pejabatnya, datang seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘perunding kewangan’, dan berkata;

“Encik Ahmad, saya yakin Encik seorang yang bijak. Jadi, saya ingin menunjukkan kepada Encik satu produk hebat untuk masa hadapan kewangan Encik.”

Lantas timbul rasa ingin tahu dengan kata-kata ‘perunding kewangan’ itu, lantas Ahmad meminta menghuraikan produk yang hebat itu;

“Apakah produk itu?”

Kemudian ‘perunding kewangan’ tadi dengan senang hati, menunjukkan kertas prospektus produk hebat berkenaan sambil menerangkan faedah-faedah yang bakal perolehi;

“Begini Encik, dengan hanya membuat simpanan RM 250 sahaja sebulan, Encik akan mendapat pulangan sehingga 10-15% dan perlindungan diri sebanyak RM100,000. Malah, dalam tempoh 20 tahun, Encik boleh keluarkan wang simpanan Encik pada bila-bila masa dan selepas itu Encik boleh keluarkan kesemua wang simpanan Encik beserta dengan keuntungan pelaburan.”

Lalu, Ahmad mula teruja dan terdetik di dalam hati:

“Wow! Dengan hanya melanggan satu produk ini, saya akan membuat simpanan, dan pelaburan sekaligus. Malah juga mendapat perlindungan takaful. Memang bagus!”

Tetapi Ahmad masih ragu-ragu, dan bertanya, “Benarkah pelaburannya setinggi itu?”

Dijawab oleh ‘perunding kewangan’ itu,

“Ya, ia lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji. Lagipun ASB ada ustaz yang mengatakannya haram. Tambahan pula, kalau simpan di ASB atau Tabung Haji, kalau berlaku sesuatu musibah kepada Encik, hanya wang simpanan Encik Ahmad sahaja yang boleh digunakan. Tetapi, dengan skim kami ini, sediikit pun wang simpanan Encik tidak terjejas, kerana kami mempunyai dana takaful untuk Encik sebanyak RM100,00.”

Penerangan ‘perunding kewangan’ itu sambil menunjukkan satu helaian yang mengandungi jadual perbezaan produk kewangan hebat tersebut dengan simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah.

Dalam jadual tersebut membandingkan kesemua produk kewangan lain dengan produk hebatnya itu, dan ternyata produk tersebut hebat sekali apabila semua ciri yang ada pada simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah, ada pada produk tersebut. Ini menunjukkan, ciri yang ada pada simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah, ada pada produk tersebut!

Ahmad begitu teruja sekali. Tambahan lagi, ‘perunding kewangan’ itu datang kad bisnes dan fail yang tertera sebuah institusi kewangan terkemuka.

Lalu tanpa melengahkan masa Ahmad menurunkan tanda tangan tanda persetujuan untuk mengambil produk berkenaan.

Cerita tamat.

Cerita ini adalah adapatasi daripada sebuah kisah benar! Mungkin saudara pernah mengalami pengalaman seperti ini? Jangan risau untuk mengaku 🙂

Tahukah saudara, sebenarnya di dalam dunia ini tidak pernah wujud produk kewangan yang sebegitu hebat sehingga mampu menjalankan fungsi simpanan, pelaburan dan perlindungan sekaligus!

Ya, tidak pernah ada! Dalam sejarah kewujudan wang dalam tamadun manusia, tidak pernah ada produksi kewangan yang begitu hebat.

Kalau ada, beritahu saya!

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)

ayah-sudah-simpan[1]

Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak.

Manakah instrumen yang terbaik?

Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful pendidikan.

Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang sama, maka sudah tentu dia akan mencadangkan unit amanah sebagai instrumen terbaik.

Manakala sekiranya kita ke bank-bank pula, sudah tentu pegawai bank akan mencadangkan skim simpanan pendidikan bank berkenaan atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Jadi, manakah yang terbaik?

Oleh kerana saya seorang wakil takaful, tentulah saya akan mengatakan bahawa skim takaful pendidikan adalah yang terbaik? 🙂

Oh, sebenarnya tidaklah begitu….

Untuk tulisan ini, saya tidak akan bias kepada fungsi takaful pendidikan sekalipun saya seorang wakil takaful. Dan sebenarnya beginilah pembentangan saya tentang perancangan pendidikan dalam mana-mana pertemuan dengan prospek, atau taklimat dan ceramah.

Jadi, sebelum meneruskan pembacaan, eloklah terlebih dahulu baca tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak, kerana saya akan menggunakan contoh yang telah digunakan di dalam tulisan tersebut.

Tiada orang yang merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang…

Dalam merancang pendidikan anak-anak, beberapa faktor yang menjadi asas pengiraan adalah umur ibu bapa, umur anak, tempoh masa serta sasaran simpanan.

Sebagai contoh dalam kes yang sebut dalam tulisan sebelum ini, bagi sepasang suami isteri yang mempunyai anak berusia setahun dan merancang untuk mengumpulkan wang sebanyak RM 80,000 pada usia anak 18 tahun, maka mereka perlu menyimpan sebanyak RM 277.00 sebulan.

Pengiraan ini dibuat tanpa mengambil kira kadar keuntungan simpanan (atau dalam bahasa perbankan konvensional disebut ‘faedah’ tersebut. Ia bertujuan memudahkan proses pengiraan iaitu RM 80,000 bahagi 17 tahun bahagi 12 bulan = RM 277.00.

Dibundarkan kepada ratus yang hampir, jumlah RM 277.00 menjadi RM 300.00.

Jadi, secara umumnya untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM 80,000 selama 17 tahun, seseorang perlu menyimpan sebanyak RM 300.00 sebulan.

Di peringkat ini, kesedaran tentang peri pentingnya simpanan awal bagi tujuan pendidikan anak-anak adalah amat penting. Maka timbul persoalan di sini, di manakah tempat simpanan yang terbaik untuk RM 300.00 sebulan tadi.

Baiklah, kita buat perbandingan satu persatu;

1) SIMPANAN

Sebagaimana yang saya sebutkan di awal tulisan sebelum ini, instrumen yang terbaik untuk membuat simpanan pendidikan adalah SIMPANAN. Maka tempat yang sesuai untuk menyimpan adalah institusi penyimpanan, iaitu bank.

Mudah bukan?
Nampak mudah, namun ia tidaklah semudah yang disangka kerana selalunya apabila simpanan dibuat di bank, isu yang selalu timbul ialah DISIPLIN.

DISIPLIN di sini adalah disiplin menabung secara konsisten dan rutin secara bulanan, dan yang kedua untuk berdisiplin dalam memastikan tiada satu sen pun yang keluar dari tabungan tersebut sebelum sampai tempoh usia anak 18 tahun.

Apa pun, sebenarnya ia adalah instrumen yang terbaik untuk menyimpan kerana dengan menyimpan pada kadar RM 300 sebulan dengan kadar keuntungan 5% setahun, mampu menghasilkan sejumlah RM 97,676 pada usia anak tersebut 18 tahun.

Namun, ia berbalik kepada dua disiplin tadi. Disiplin pertama: menyimpan secara konsisten RM 300 sebulan selama 17 tahun, dan disiplin kedua: tidak mengeluarkan walau satu sen pun daripada tabung berkenaan.

2) PELABURAN

Fungsi pelaburan adalah untuk menjana lebih PENDAPATAN dan SIMPANAN. Ia telah saya sentuh dalam tulisan saya yang bertajuk 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan.

Jadi, secara teorinya, berbanding dengan membuat SIMPANAN di bank, sudah tentu PELABURAN akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sekiranya simpanan secara tetap RM 300 sebulan pada kadar keuntungan 5% setahun selama 17 akan menghasilkan RM 97,676, maka sudah tentu PELABURAN akan menghasilkan kadar pulangan yang lebih lumayan.

Maka, PELABURAN sebanyak RM 300 sebulan pada kadar keuntungan 15% setahun selama 17 tahun, akan menghasilkan RM 269,410!!!! Ia sudah mampu untuk membiayai anak tadi sehingga ke peringkat PhD. Atau ia mampu menampung sejumlah 3 orang anak dengan kadar RM 80,000 seorang.

Namun, apabila memperkatakan tentang pelaburan, ia tidak akan lari daripada RISIKO. Perkara ini berkali-kali saya tekankan di dalam perbincangan laman facebook saya (iklan: sudahkah saudara/i masukkan nama saya sebagai rakan facebook saudara/i?), bahawa ‘kalau takut dengan RISIKO, usah bicara soal PELABURAN’.

RISIKO dan PELABURAN adalah umpama adik beradik kembar siam. Semakin tinggi pulangan yang dijanjikan, semakin tinggi risiko yang perlu dihadapi. Prinsipnya mudah, high risk, high return, low risk, low return.

Jadi, kebarangkalian yang paling buruk akan berlaku di dalam PELABURAN (worst case scenario), RM 300 sebulan yang anda laburkan tadi akan LEBUR!

3) PERLINDUNGAN

Apabila disebut tentang perlindungan di sini ia adalah merujuk kepada takaful, dan produk takaful yang dimaksudkan adalah takaful pendidikan.

Jika saudara/i mampu membuat SIMPANAN dengan berdisiplin, atau bijak membuat PELABURAN yang menjanjikan pulangan yang tinggi, ia sudah tentu akan terganggu apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Sejauh mana kita mampu menjamin bahawasanya kita mampu untuk membuat SIMPANAN atau PELABURAN sebanyak RM 300 sebulan selama 17 tahun?

Sudah tentu perancangan tersebut akan tergendala sekiranya berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal.

Jadi, di sinilah fungsi takaful.

Secara perkiraan matematik, memang SIMPANAN di dalam polisi takaful tidak akan mampu menyaingi pulangan di dalam akaun simpanan tetap bank atau mana-mana pelaburan.

RM 300 sebulan selama 17 tahun di dalam instrumen PELABURAN dan instrumen SIMPANAN menghasilkan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada pulangan di dalam instrumen PERLINDUNGAN / TAKAFUL.

Namun, yang membezakan fungsi PERLINDUNGAN a.k.a takaful pendidikan tadi adalah jaminan RM 300.00 sebulan tadi akan berterusan sekalipun hayat kita untuk menyimpan tidak lama (dengan syarat, simpanan tersebut berterusan sebelum berlaku musibah)

Sebagai contoh, sekiranya caruman sebanyak RM 300 tadi dibuat ke dalam polisi takaful pendidikan, maka caruman tersebut akan berterusan sekalipun berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal menimpa diri kita. Inilah perbezaan utama antara TAKAFUL PENDIDIKAN dengan SIMPANAN PENDIDIKAN dan PELABURAN PENDIDIKAN.

Dalam masa sama, ia juga turut memberi PERLINDUNGAN kepada si anak sekiranya berlaku sebarang musibah.

Dan satu lagi, takaful pendidikan akan memberi sedikit paksaan kepada kita untuk membuat pembayaran caruman secara rutin.

Jadi, mana satu pilihan saudara/i?

Saya memilih untuk menggunakan kesemua instrumen. Bukankah tidak elok untuk letakkan semua telur dalam satu bakul? 🙂

(mungkin bersambung lagi)

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!