Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans (Bahagian 3)

eksiden5

Ini adalah tulisan sambungan daripada dua entri sebelum ini:
1. Sebelum Kemalangan: Ketika Mengambil Polisi Takaful; http://afyan.com/?p=858
2. Semasa Kemalangan: Ketika Di Tempat Kejadian; http://afyan.com/?p=869

Tulisan ini pula adalah tip dan panduan “Selepas Kemalangan dan ketika membuat tuntutan”

  1. Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful.
    Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  2. Dapatkan bengkel yang terbaik.
    Ini adalah peringkat yang sedikit “tricky”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di sini.
    Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
    Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh. Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan, seperti;
    1. Laporan polis
    2. Kad pengenalan pemandu
    3. Lesen pemandu
    4. Kad pendaftaran kenderaan
    5. Cukai jalan
  4. Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful.
    Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  5. Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.
  6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.
  7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;

  1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
  2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;

  1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.
  2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

Hanya Zambry jauhari yang mengenal Muniandy manikam!

4 thoughts on “Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans (Bahagian 3)

  1. salam, smlm sy br terlibat kemalangan melibatkan 4 buah kereta, kereta dpn brek emergency & sy terlanggar belakang kenderaan tersebut. kemudiannya, sebuah lagi kenderaan merempuh belakang kereta sy, satu lagi, merempuh kereta yg melanggar belakang kereta sy.

    sy dah buat laporan polis, tapi, sy terlupa mengambil maklumat dari pemandu2 yang terlibat. Polis kata, saman akan dikenakan pada pemandu di belakang sekali. Kereta sy hanya diambil gambar oleh polis dan kemudian diarahkan sy bawa kereta pulang ke rumah.

    lebih malang lagi, lesen memandu sy sudah expired sebulan yg lepas. pihak insurance belum dimaklumkan lagi. tetapi kereta didaftarkan atas nama ibu sy.. menurut ibu sy, 1st party ialah pihak insurans.. dan sekarang, sy keliru ttg apa langkah seterusnya.. telefon agen insurans ke? atau tunggu surat dari polis baru telefon agen ke? boleh ke ibu sy boleh claim insurance jika saya pemandunya dan lesen saya telah tamat tempoh?

    minta jasa encik afyan untuk jelaskan langkah-langkah yg sy perlu lakukan.
    terima kasih

  2. salam,kenderaan sya sudah dibaiki dan masih di bengkel,polisi yg saya below market price(rm 10k),so nk tye jumlah rm yg perlu ditambah n dokumen ape ya perlu disemak sebelum ambil kenderaan tersebut??tq

Leave a Reply

Boleh kita jumpa depan-depan, supaya saya dapat kenal pasti pengurusan kewangan bersesuaian dengan diri anda?
Adakah tuan sudah terima emel kami?
Jika belum, mohon cek emel di folder spam
Ya, Sudah Dapat!