Tip Membuat Tuntutan Kemalangan Kereta – Takaful / Insurans

 

tuntutan kemalangan kereta

 

Tip Membuat Tuntutan Kemalangan Kereta – Takaful / Insurans

Artikel Tuntut Takaful ini adalah tulisan sambungan daripada dua entri sebelum ini:
1. Sebelum Kemalangan: Ketika Mengambil Polisi Takaful; http://afyan.com/ver1/?p=858
2. Semasa Kemalangan: Ketika Di Tempat Kejadian; http://afyan.com/ver1/?p=869

Tulisan ini pula adalah tip dan panduan “Selepas Kemalangan dan ketika membuat tuntutan kemalangan kereta”

  1. Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful.
    Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  2. Dapatkan bengkel yang terbaik.
    Ini adalah peringkat yang sedikit “tricky”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di sini.
    Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
    Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh. Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan kemalangan kereta, seperti;
    1. Laporan polis
    2. Kad pengenalan pemandu
    3. Lesen pemandu
    4. Kad pendaftaran kenderaan
    5. Cukai jalan
  4. Isikan borang tuntutan kemalangan kereta dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful.
    Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  5. Bagi tuntutan kemalangan kereta melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.
  6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.
  7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan kemalangan kereta oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;

  1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan kemalangan kereta.
  2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;

  1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan .
  2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

Hanya Zambry jauhari yang mengenal Muniandy manikam!

4 thoughts on “Tip Membuat Tuntutan Kemalangan Kereta – Takaful / Insurans”

  1. sye br mengalami kemalangan kire2 3bln yg lpas. kereta kancil milik kwn sye dipandu sye dan dilanggr bas. report polis pon da wat. pemandu bas tu pon da kne saman polis. kereta kancil tu 3rd party insuran. kereta tu skarang sedg dibaiki dibgkel. masalah skrg, kereta tu mash xsiap2 dibaiki lg. mcm2 alasan tokey bgkel tu bgtaw. tiap2 mggu dtg xsiap2. ape perlu sye buat?? boleh ke sye saman pemandu bas tu akibat kecuaian die, sye mnangguh kesusahan..

    mintak bantuan..
    terima kasih..

    Reply
  2. Pertama sekali, rujuk kepada syarikat insurans . takaful Sdra untuk menyemak sama ada proses tuntutan sudah diluluskan atau belum.

    Jika sudah, beri kata dua kepada bengkel sama ada siapkan atau tukarkan kepada bengkel lain.

    Sekiranya melibatkan kemalangan diri, boleh diambil saman terhadapar pemandu bas.

    Reply
  3. Pada10.1.2013 anak saya telah terlibat dgn kemalangan kereta di bandar Pusat Jengka kerana dia telah melanggar sebuah kereta Honda.Kereta tersebut atas nama saya dan nama keduanya ialah nama anak saya.Saya telah menghubungi bengkel dan pihak bengkel telah beritau saya kos baiki ialah rm8,300 semua akan ditannggung oleh insuran.Apabila saya call bengkel sekali lagi katanya saya kena top up rm3,200 atas alasan saya cuma insured kan rm8,000 untuk kereta Kelisa BGL tahun 2004 yang mana nilai semasanya rm15,000. Saya tak tau apa2 semasa beli insuran tu, cuma ikut apa yang disarankan oleh ejen saja. Sampai sekarang kereta tak siap2 lagi….Apa pendapat dan nasihat saudara atas kes saya ini.Terima kasih

    Reply

Leave a Reply