Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat di dalam kemalangan. Seeloknya, ia dibaca bersama 3 tulisan saya sebelum ini yang bertajuk: Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans:
1. Bahagian 1: http://afyan.com/ver1/?p=858
2. Bahagian 2: http://afyan.com/ver1/?p=869
3. Bahagian 3: http://afyan.com/ver1/?p=890
Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.
- Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman
- Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
- Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
- Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
- Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak
- Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya
- Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana “bersalah” melanggar kenderaan hadapan.
- Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah” adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
- Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
Kisah Benar 1:
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.
(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)
Kisah Benar 2:
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.
(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman)
Kisah Benar 3
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal.
(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)
Kisah Benar 4
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.
(Nota; Ini kira tak makan saman la…)


Salam,
Ni kira tipu sunat ke saudara afyan, dalam kes mengantuk tu?
Afandi
Afandi,
Saya hanya bercerita, tapi tak pernah pula mencuba
Assalamualaikum wa rahmatullah…
Ana tweet-kan post ni kat twitter dan masuk dalam FB. Dan ada satu komen yang perlu dikongsi di sini.
?? ????? ???? ??? ???? ? ??? ???? ???? ??? ????? ? ??? ????? ????? ??? ???? ????? ? ??? ????? ???? ??? ?????? ? ??? ?????? ???? ??? ????? ? ??? ????? ????? ? ??? ???? ??? ???? ????? .
maksud hadis lebih kurang begini:
“Sesungguhnya kebenaran itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan kebaikan akan memberi petunjuk ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa benar hingga dia ditetapkan (di sisi Allah) sebagai orang yang benar. Dan sesungguhnya dusta itu memberi petunjuk kepada kekejian dan kekejian itu memberi petunjuk kepada neraka. Sesungguhnya seseorang sentiasa dusta hingga dia ditetapkan sebagai pendusta di sisi Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Ya, setuju!
Saya meng’edit’ sedikit entri saya di atas bagi mengelakkan ia ditafsirkan saya mengajar ‘tipu sunat’ atau ‘menipu’.
Terima kasih semua!
Assalammualaikum,
Afyan,
Baru-baru ni, isteri saya telah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan tersebut terjadi apabila seorg penunggang motosikal melanggar belakang kereta isteri saya yang sedang berhenti di tepi jalan (krn masalah teknikal pada kereta). Penunggang itu patah tgn dan isteri saya sendiri yang menghantarnya ke hospital. Kerana kerosakkan belakang kereta yang amat teruk dan mungkin sukar bagi penunggang itu untuk menggantikannya, jadi isteri saya bersetuju untuk membuat laporan polis dan akan ‘claim’ under third party. Tetapi, penunggang tersebut telah membuat laporan palsu dgn menyatakan isteri saya tiba2 keluar dari bahu jalan dan menyebabkan penunggang itu melanggar keretanya. Saya menelifon penunggang tersebut dan penunggang tersebut mengaku ada seseorg menyuruhnya berbuat demikian. Jadi isteri saya hanya boleh claim under OD (Own Damage) yang akan menyebabkan NCD dipotong.
Adakah apa2 cara untuk isteri saya claim tanpa NCD dipotong?
Terima kasih.
@ Hafizi,
Jika begitu, seeloknaya isteri Tuan membuat laporan polis terhadap perkara tersebut. Kes di atas jika dibiarkan akan menyebabkan isteri Tuan akan disaman dan boleh dibawa ke mahkamah sekiranya hanya berpandukan kepada laporan palsu tersebut.
Berdasarkan situasi kerosakan kereta tersebut, saya kira ia akan berpihak kepada isteri Tuan kerana kerosakan di belakang kereta, dan bukan di hadapan.
Jika ia sudah berlaku selepas 24 jam, agak sedikit sukar proses tersebut.
Ataupun cuba berunding balik dengan penunggang motor tersebut untuk menarik balik laporan polis beliau
saya telah mengalami kemalangan jalan raya.saya menaiki moto. ini terjadi apabila saya nak keluar simpang. sebaik saja saya keluar simpang, ada motor laju dan terus langgar saya.walau pa pe pun, salah saya kerana saya tidak melihat moto itu dengan jelas. jadi, orang itu mengalami kecederaan. dalam kes polis, ayah saya, tidak membabitkan nama saya. kerana saya berlesen “p”. jadi, ayah saya meletakkan namanya. ayah saya sudah pun membayar duit saman. akan tetapi, beberapa hari yang lalu, ayah saya menerima surat untuk ke mahkamah pada bulan yang akan datang. saya takut orang yang saya langgar itu menuntut ganti rugi yang melampau. jadi, apa yang saya perlu buat sekarang ni?
Kepada En/Puan Niniel,
Sebaiknya terus sahaja ke mahkamah untuk mendapatkan penjelasan.
Sekiranya terdapat tuntutan, ia akan dibayar oleh syarikat takaful/insurans motor tersebut, bukan pemilik mmotor.
Ia adalah prosedur biasa apabila kemalangan yang melibatkan kecederaan fizikal.
Usah bimbang tentang tuntutan melampau.
terima kasih atas nasihat.
tetapi ayah saya membabitkan namanya walaupun saya yang melanggar orang tu. ayah saya membabitkan namanya setelah mendapat persetujuan dari pihak yang saya langgar. persoalan saya, adakah pihak yang saya langgar itu akan mengatakan saya yang melanggar? nanti peguam pening lak, sebab saya yang langgar, tapi di dalam keterangan, ayah yang langgar.
seperkara lagi, apabila kes ini membabitkan mahkamah, adakah lesen ayah saya digantung?
Oh, kalau begitu kena dapatkan nasihat daripada pihak peguam.
Saya agak kurang arif dalam situasi seperti itu.
Jika ingin teruskan juga, ayah kena mengaku sahaja, atau mengubah pengakuan.
Cuba berbincang dengan pihak satu lagi.
slm. kwn saya terlanggar sebuah kereta di hadapan kerana kereta d hadapan brek secara mengejut. kereta itu pula terus meninggalkan kwasan kemalangan dan membuat aduan polis tanpa berunding dengan kawan saya. kawan sya pula mendapat nasihat dari rakannya untuk memalsukan punca kemalangan (mengelak anjing melintas, lalu terbabas ke longkang), jadi kerosakan ditanggung oleh insurans. sekiranya kereta yang membuat aduan polis itu mengecam plat kereta kawan saya dan meminta insurans kawan saya untuk menanggung kerugian keretanya, adakah kawan saya akan dikenakan apa2 tindakan undang2 oleh syarikat insurans tersebut?
Berdasarkan situasi tersebut, umunya pihak yang melanggar akan dikenakan sama, serta NCD akan ditarik balik menjadi 0%