Waktu Sesuai Membuat Simpanan

Bilakah waktu sesuai membuat SIMPANAN ?

1. Setiap kali wang gaji masuk, sebelum dibelanjakan. Peruntukan 10% gaji untuk simpanan.

Ia sebagai simpanan rutin untuk mendisiplinkan diri membuat simpanan.

Lakukannya menggunakan proses potongan tetap, autodebit atau arahan bank, supaya ia berjalan secara automatik setiap bulan dan kita tidak terlepas pandang melakukannya.

2. Setiap kali wang bonus masuk. Masukkan SEMUA atau paling kurang 90% wang bonus ke dalam akaun simpanan.

Bukankah bulan-bulan sebelum ini kita masih boleh hidup tanpa wang bonus?

Jadi, inilah masa terbaik untuk mencapai sasaran SIMPANAN kita selama.

Selepas itu?

Selepas matlamat SIMPANAN kita sudah tercapai (Minima bersamaan 3 bulan gaji) kita boleh mulakan untuk PELABURAN.

Leave a Reply