Tadi saya kongsi tulisan pengalaman seorang pembeli #eSeminarBMW yang pernah mempunyai hutang sebanyak 70% daripada gaji. Boleh baca posting sebelum posting ini.
Jarang orang nak cerita perihal itu ke publik. Malu kot nak mengaku ada banyak hutang.
Tapi sebenarnya saya biasa jumpa dalam sesi-sesi personal dan program-program yang saya anjurkan.
70% gaji untuk bayar hutang maknanya begini;
1. Sehari kerja 8 jam. Tapi gaji kerja sampai dari jam 9 pagi hingga pukul 3.30 petang hanya untun bayar hutang.
2. Seminggu kerja 5 hari, tapi kerja dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan half day Khamis utk bayar hutang.
3. Sebulan kerja sampai 31hb, tapi gaji sampai 21hb hanya utk bayar hutang.
4. Setahun kerja 12 bulan, tapi gaji sampai bulan Ogos dan beberapa hari bulan September, hanya untuk bayar hutang.
10. Andaikan dah 10 tahun buat perangai macam tu. Maknanya 7 tahun kita kerja hanya untuk bayar hutang.
Sanggup?
Kalau rasa sanggup, silakan. Pernah saya tulis isu sebegini dulu, ada orang respon “Kalau tak berhutang, tak ada aset la oiii”.
Pernah juga seorang salesman kereta tak puas hati apabila saya tulis bahawa hutang kereta punca orang bankrap.
Kawan-kawan,
Sebenarnya hutang ni macam kolesterol. Kita perlukannya tapi kalau tak terkawal, ia boleh membawa bencana. Atau macam api. Masa kecil. Jadi kawan, masa besar jadi lawan.
Takkanlah hidup kita hanya untuk bayar hutang?
Berhutang tak salah. Tapi ramai yang berhutang dengan cara yang salah. Setiap jenis hutang ada formula.
Contoh hutang kereta yang menjadi punca utama masalah kewangan, maksima harga kereta jangan lebih setahun gaji. Kalau gaji baru RM2,000, janganlah mimpi pakai Bangsa H.
Saya pernah tulis hal ini, ada pula orang komen “Kalau ikut formula kau, tak merasa la aku pakai kereta”.
Saya tepuk dahi. Adakah kereta mesti kereta besar? Walhal fungsi kereta hanya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau kena traffic jammed, sama laju je kereta Bangsa H dengan Kancil.
Jumlah hutang kena setimpal dengan pendapatan. Pendapatan tak semestinya gaji sahaja. Ada orang mampu membina pendapatan daripada hutang yang dilakukannya. Contoh hutang ASBF atau hutang rumah yang disewakan. Tapi ia kena ada ilmu.
Kena belajar ilmu uruskan gaji supaya hutang tak banyak. Kemudian belajar urus akan hutang dengan baik supaya tak melebihi 5 tahun gaji. Kemudian belajar buat simpanan bersama 3 bulan gaji. Kemudian belajar buat pelaburan untuk pelaburan.
Itu antara ilmu-ilmu yang saya kongsi dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Boleh layari eSeminarBMW
Oh, BMW ni maksud dia Bijak Merancang Wang. Bukan belajar beli kereta BMW.
Gambar hiasan: Poster lagu “Hutang” nyanyian Floor 88. Best lagu mereka. Kena dengan perjuangan saya mendidik anak bangsa menguruskan wang dengan baik. Siapa dah dengar?
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi