Ada Sejuta Pun Tak Boleh Nak Guna?

Dipetik dari FB Ashraf Mislan

“Ada sejuta pun tak boleh nak guna….”
Teringat luahan cerita prospek saya ini. Kisah kenalan beliau, diceritakan kepada saya.
Suami kepada rakan beliau mempunyai kesedaran takaful. Melanggan takaful dan membayar sumbangan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.
Isterinya hanya tahu ‘suami aku ada takaful’
Ditakdirkan suami beliau meninggal dunia. Dengan masih sedih dan beremosi, si isteri ke syarikat untuk membuat tuntutan takaful tersebut kerana arwah pernah bagitau, takaful yang beliau langgan ini ada ‘satu juta’.
Duit bukanlah boleh menghidupkan yang telah pergi, namun perjuangan kehidupan tetap perlu diteruskan. Segalanya masih memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, betulkan?
Akhirnya, pampasan yang diterima oleh si isteri tidak sampai pun sejuta. Sepuluh peratus daripada sejuta pun tidak.
Kenapa?
Kerana arwah melanggan takaful kad perubatan. Ya, medical card.
Betul kad perubatan kebiasaanya memiliki had jumlah yang tersangat tinggi. Satu juta, dua juta bahkan ada produk yang ‘unlimited limit’ atau ‘no limit’. Tak kiralah secara tahunan atau seumur hidup.
Tapi, itu sekadar kos untuk perlindungan bagi kos perubatan. Itu pun sekiranya di tahan di wad.
Ya betul, ada pampasan kematian, tapi biasanya sekadar syarat sahaja.
Dalam kisah itu, saya yakin ejen telah menceritakan segala manfaat yang pelanggan miliki.
Tinggal lagi adakah pelanggan itu mampu menceritakan dengan betul manfaat yang beliau miliki kepada pihak ketiga atau waris terdekatnya.
Ini kes biasa.
Ramai ada takaful, bila tanya produk apa, jawapannya “Entahlah, asalkan ada ni ok la ni”
Tuan,
Takaful yang dilanggan ini bukan untuk menjaga hati sahabat kita kerana mereka ini ejen, tetapi untuk persediaan ahli keluarga terdekat kita.
Jika tuan puan sudah ada takaful, buka dan bacalah polisi tersebut. Ceritakan lah dihadapan isteri dan anak segala manfaat yang anda nikmati melalui polisi tersebut.
Andai kata isteri berkata “Bang, ini medical card sahaja ni. Perlindungan kematiannya rendah ni”
Pada suami, ucapkanlah terima kasih dan berbanggalah kerana anda mempunyai isteri yang berilmu dan suka membaca.
JANGAN sesekali ada rasa, “eh bini aku ni, cerita pasal mati apahal. Nak sangat aku mati ke? Dah kemaruk nak kahwin lain ke?”
Jangan bang. Jangan.
Kawal hati, kawal emosi. Rumah tangga yang harmoni ini bila kita tidak pernah menyimpan segala rahsia dan tidak pendam terlalu lama di dalam hati.
Fikirkanlah segala hutang dan semua perbelanjaan yang ada. Kalau abang dah tiada, dengan siapa mereka hendak meminta?
• Kalau abang dah tiada, hutang rumah ini bagaimana?
• Kalau abang dah tiada, hutang dua buah kereta ini bagaimana?
• Kalau abang dah tiada, segala bil utiliti ini bagaimana?
• Kalau abang dah tiada, segala makan minum mereka bagaimana?
• Kalau abang dah tiada, yuran sekolah anak ini bagaimana?
Bang, kalau sepuluh tahun isteri tu berhenti kerja sebab nak menjaga makan minum dan mendidik anak – anak. Ingat mudah ke nak mohon kerja semula selepas abang dah tiada?
Kalau yang ada lengkap semuanya, jangan lupa cerita siapakah ejen, agensi dan syarikat takaful itu. Panggil isteri, panggil anak dan ceritakanlah. Kepada ahli keluarga terdekat, kalau nak dicerita, ceritakanlah.
“Sayang, ini ejen takaful abang. Kalau apa – apa jadi pada abang, call nombor ejen ini ya”
“Kalau nombor ejen ni tak dapat dihubungi, call agensi atau syarikat ni terus. Nanti mereka akan bantu ya”
Cerita, kongsi dan sebarkanlah segala kebaikan.
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply