Maka tersebarlah berita pemberian air Holy Water percuma di pasar-pasar raya Gombak di FB, whatsapp dan media sosial.
Adapun saya selaku org Gombak, langsung tidak risau. Setakat saya tanya kepada orang-orang yang menyebarkannya secara copy-paste berita tersebut tiada sumber sahih.
Tak dpt dinafikan, kewujudan air Holy Water ini memang ada dlm ajaran Kristian.
Tapi, menyebarkan berita palsu juga bukan satu tindakan bijak.
Terdahulu, pernah tersebar beberapa nama jenama mineral water yg dikatakan sbg Holy Water, juga saya risau.
Kemudian dikatakan bahawa kalau minum air ini, peminumnya akan sukar mengucapkan syahadah, juga saya tidak risau.
Kenapa saya tidak risau?
Sebab saya tahu, saya tak perlu takut dgn air Holy Water.
Bayangkan, jika semudah itu, saya kira orang Kristian boleh sahaja simbahkan sebanyak mungkin air Holy Water di empangan-empangan di seluruh negara. Ia akan disalurkan ke pili-pili air seluruh Malaysia dengan mudah utk memurtadkan org Islam Malaysia.
Atau, kalau benar ada jenama air mineral oleh orang Kristian utk memurtadkan org Islam, tukar sahaja kpd jenama lain jika jenama yg sedia ada sudah diketahui ramai.
Juga berita penyebaran bible dlm bahasa Melayu, langsung saya tak risau. Sebab, jika org Islam yg hendak baca Quran pun susah, apatah lagi hendak baca Bible.
Tidak dinafikan, wujud agenda Kristianisasi dan usaha utk memurtadkan org Islam.
Sebenarnya, Kristian menyebarkan ajaran Kristian bukan dengan penyebaran Holy Water percuma, dimasukkan ke dalam air mineral atau diberikan bible kepada org Islam.
Tapi ia tersebar apabila para mubaligh Kristian menjalankan tugas mereka dengan penuh profesional menyebarkan ajaran Kristian secara konsisten dan komited.
Sanggup keluar “out-station” ke perkampungan orang asli utk menyebarkan Kristian. Bersungguh mengajak orang-orang Islam ke gereja. Membangunkan gereja sebagai pusat komuniti kemasyarakatan yg menarik orang untuk datang.
Sekarang, tanya diri kita balik, termasuk saya yang menulis tulisan ini;
Berapa ramai yang sanggup masuk hutan utk mengIslamkan orang asli? Berapa kali kita ajak jiran-jiran atau rakan-rakan non-Muslim kita kepada Islam.
Berapa banyak program agama atau program masjid yang mesra non-Muslim utk hadir? Mana masjid yang mengalu-alukan kehadiran orang non-Muslim?
Sama dengan orang yang kata mempertahankan kalimah Allah, tapi orang yang sama mempersendakan hukum hudud Allah.
Orang selalu memperkatakan tentang Islamophobia. Tapi, wujud juga Kristianophobia.
Tepuk dada, tanya Iman.
Muhasabah untuk saya.
Afyan Mat Rawi,
Orang Gombak.