Kali pertama mendengar nama Buluhmas adalah kira-kira beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.
Dengan motto “biar di manapu, kami iklankanâ€, Buluhmas bergerak mengrekrut promoter-promoter untuk mempromosi stiker Buluhmas.
Daripada bulan Ramadhan hingga ke Syawal, rasanya tidak kurang 10 orang yang bercerita tentang skim “pelaburan†Buluhmas ini.
Malah ia menjadi topik perbahasan hangat ketika sanak saudara berkumpul dalam bulan syawal lali.
“Syarikat ini membantu bumiputera Muslimâ€, kata seorang ahli saudara.
“Ia mempunyai rangkaian kedai dan merancang untuk membina sebuah hyper-market di setiap negeriâ€, tambahnya lagi.
“Untuk permulaan kita perlu membayar RM 15 sahaja untuk mendapat upah RM 1 setiap bulan. Duit ini akan diperolehi sampai bila-bila! Lagi banyak kita laburkan, lagi banyak kita dapat. Ia boleh mencecah 20% sebulan!!!â€
“20% sebulan? Maknanya 120% setahunâ€, balas saya.
“Ya, betulâ€, katanya tanpa ragu-ragu.
“Maknanya lebih hebat daripada ASB, dan Tabung Haji. Malah lebih hebat daripada pakar pelaburan dunia Warren Buffet?â€, saya menduga.
“Ya. Ia membantu produk bumiputer Muslim. Banyak syarikat IKS yang menghantar produk ke Buluhmas untuk dijualâ€, katanya penuh yakin.
Saya hanya menggeleng-geleng kepala.
Mudahnya Mereka, Sukarnya Saya…
Sukar juga sebenarnya untuk menasihati sanak saudara, ahli keluarga sendiri serta orang-orang-orang terdekat kita untuk menjauhi skim-skim sebegini.
“Kawan tu dah dapat balik modal dia 5 bulan lepas. Sekarang bulan-bulan rilek je tunggu cekâ€
“Kita sebenarnya nak menolong. Nak menolong ekonomi orang Islam, nak menolong ekonomi orang Melayu, nak menolong IKSâ€
“Syarikat ini berdaftar. Pejabat dia kat Tanjung Karang. Afyan boleh datang sana tengok pejabat dia dan jumpa orang-orang di sanaâ€
“Setakat ini dah ramai yang berjaya. Ada orang tu yang terpaksa jual kereta Nissan lama untuk melabur dan sekarang ni menggunakan Merce dengan duit pelaburan iniâ€
“Ada orang tu buat pinjama peribadi RM 10K, bulan-bulan dapat RM 2K. Bayar balik pinjaman baru seribu lebih ratus. So ada balance lagi dalam 5-6 ratus. Lepas setahun lebih, habis la hutang bank tu. Lepas tu bersih dapat RM 2K tu!â€
Aduh, mudahnya syarikat-syarikat ini mempengaruhi mereka melabur di dalam skim mereka, dan sukarnya pula saya untuk menghalang mereka daripada terjerumus…..
Pelaburan Buluhmas yang power!
Ya, jika kali pertama mendengar penerangan yang “mengghairahkan†tentang Buluhmas, pasti kita akan “terangsang†untuk melabur di dalam Buluhmas.
Mana tidaknya, pelaburan kira-kira RM 1000, boleh menjanjikan pulangan kira-kira RM 200 seetiap bulan. Maknanya dengan RM 1000, menjamin pulangan RM 1200 setiap tahun!
Erti kata lain, dengan modal sebanyak RM 50,000, kita boleh goyang kaki sampai mati dengan wang pulangan sebanyak RM 10,000 sebulan. Malah, ada yang sanggup mengambil pinjaman peribadi sehingga RM 100,000 semata-mata untuk mendapat “pencen bersama Buluhmasâ€.
Mungkin Warren Buffet perlu datang ke Malaysia untuk mempelajari selok-belok bisnes daripada Buluhmas. Malah Barrack Obama perlu studi pelan perniagaan Buluhmas ini sebagai persediaan untuk mengambil alih presiden Amerika bagi mengatasi masalah sub-prima.
Atau sekurang-kurangnya, Sdra Pakdi boleh menuntut ilmu daripada CEO Buluhmas sebagai persediaan beliau untuk menjadi Islamic fund manager 🙂
Hari ini muka depan Utusan Malaysia: 4 Syarikat diserbu Bank Negara , dan salah satu daripadanya adalah Buluhmas.
Saya SMS berita ini kepada kawan-kawan dan saudara-mara saya terdekat yeng pernah mempromosi saya tentang Buluhmas.
Namun, masih ada juga pihak-pihak yang mempertahankan skim ini.
Alasan mereka masih sama: Ada orang yang nak sabotaj usaha-usaha: “membantu ekonomi orang Islamâ€, “membantu perniagaan IKSâ€, “membantu ekonomi orang Melayuâ€.
Alahai…
Update 15 Oktober 2008
Utusan Malaysia: BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama tiga bulan
Lagi komen dan perbincangan tentang Buluhmas:
Norizamshah
Abd Fatah
EarnCent
Rohaizad
Din Beramboi
Appleblogger
Pakdi
baru saya dapat klu kenapa buluhmas diserbu.
mereka anda main pakej pelaburan besar-besaran. patutlah
Memang pelaburannya begitu “mengghairahkan”.
Bayangkanlah, dengan membuata pinjaman peribadi yang memerlukan bayaran balik sekitar 5%-8% setahun, kita boleh balik modal dan mendapat pasif income dalam tempoh kira-kira setahun sahaja!
Ia diuar-uarkan sebagai “pencen bersama buluhmas”.
Sayang sekali….
bende ni semua ada risiko. Aku masuk pun hasil untung busines online yang lain. Saje jadikan BM sebagai kajian untuk blog aku. Ternyata dalam 5 bulan, trafik mencanak naik untuk keyword buluhmas. Bagi aku, modal aku untuk 5 bulan ni dah berbaloi..
Rugi ke untung pasal pencen. Aku tak kesah sangat. Risiko. Mesti kene tahu. Jangan jadi gila sampai masuk dekat 10k..itu aku tak wat.
kata pengiklanan, tapi takkan sekadar stiker? hmm..
Saya tengok pelaburan BM ini dari sudut Islamik; keuntungan dijamin, dan tiada risiko rugi.
Lagi satu, pada awalnya ia dikatakan sebagai “upah” apabila kita menampal stiker di kenderaan. Kemudian ia menjadi pelaburan pula apabila sekiranya kita mahu “upah” yang lebih maka pelaburan mesti lebih.
Sekejap “upah”, sekejap “pelaburan”.
Upah dan pelaburan mempunyai kesan yang berbeza: upah mesti diberikan sekalipun syarikat rugi, tetapi pelaburan bergantung kepada keuntungan syarikat.
Tiada Istilah pelaburan dalam buluhmas mahupun percent % … ini semua adalah sistem UPAH .. tanggapan bahawa buluhmas membuat pelaburan menyebabkan buluhmas disiasat .. sepatutnya kita perlu blajar,kaji&fahamkan betul2 konsep buluhmas .. sebelum kita mula memperkatakannya … tindakan ini seperti menabur pasir di periuk nasik lebih 1 juta promoter buluhmas tak lupa lebih 400 pengusaha produk IKS … pikir2kan la
LadingMerah,’
Itulah yang mengelirukan, kalau upah sepatutnya sama sahaja “nilai upah” dan “kerja dibuat”.
Contoh: Menampal stiker di kereta, dapat RM 1 setiap bulan
Sepatutnya untuk mendapat RM 10 sebulan, kena tampal 10 stiker.
Tapi lain pula dengan sistem upah BM; tampal satu stiker, bayar RM 15 dapat RM 1 sebulan. Tapi kalau bayar RM 1000, dapat banyak, sekalipun kerja yg sama dilakukan, ie menampal stiker. Kategori upah apakah ini?
First time dengar pelabuaran dengan Buluhmas…..macam menarik..but something wrong some where…
emm aku lebih suka tgk dr perspektif politik…
akaun BM kena beku… mana pegi duit2 tu nanti?
adakah utk kempen bulan mac depan?
Khai149,
Macam mana tu?
betul jugak. ke mana agaknya duit2 tu jika kene beku. Tak penah kuar statement kat mana-mana pun pasal nih.
kenapa ek? selepas buluhmas kutip duit orang berjuta2 baru la BNM nk serbu? kenapa tak serbu dari awal? tp biasa lah alasan diorg nk kumpul bahan bukti dulu..
teori lain… org ramai dh tak menyimpan kat ASB atau bank2. ASB dana yg diuruskan oleh siapa?
anyway nie semua pendpt aku jer…sayang sebab so far tak pernah dengar buluhmas tipu duit orang…
Khai149,
Kalau gitu, baik BNM serbu Public Mutual ke, Takaful Ikhlas ke, Hong Leong Bank ke. Lagi banyak duit yang orang letak kat situ.
Kenapa ek diorang serbu Buluhmas. Dengki betul BNM.
Selalunya ayat macam tu keluar daripada orang yang dah ‘terkena”.
🙂
biasalah orang kita suka duduk diam2 dapat duit, bila ditaburkan janji tiap2 bulan dapat duit sampai kita pencen..mak aiii siapa yang tak nak ?? Bila digula2kan dengan habuan..fikiran pun dah tak rasional..benda yang tak logik pun masuk akal..
Salam…
org2 kita mmg suka sgt2 kerja mudah untung besar, sampai bila org melayu nak lawan bangsa lain yg kuat kerja… Kalau cara BM ini mmg bagus, dah lama pakar2 ekonomi dunia buat skim begini…tapi yg nyata, ianya suatu ‘skim penipuan tersusun’ yg saya rasa patut dihentikan SEGERA!
Kita org Melayu, org Islam, cukuplah ditertawakan oleh bangsa lain kerana KEMALASAN yg teramat sgt…cukuplah!
Bukan cara ini sesuatu bangsa boleh maju, fikir2lah!
Caranya ialah dgn bekerja keras, sungguh2, secara bijak, tersusun rapi, telus… di BM, kita takkan diberi secara telus butirannya, bahkan resit payment kita pun tak diberi… saya dah terkena, dah masuk beberapa ratus…nasib baik tak ajak orang lain masuk…mmg saya pun terkena gak…
Saya bukan anti BM, saya nak org2 kita faham, bukan mudah nak jadi kaya, dan bukan susah untuk jatuh miskin papa kedana… ikutlah cara RAsulullah, cara Islam…berniaga bukan senang, bukan boleh dok goyang kaki dpt untung…yg untung skrg adalah towkey BM, dpt billions of RM!!!
ramai yang marah..
ramai yang sedih..
ramai yang menangis..
ramai gak yang mengutuk..
ramai gak yang ketawa terbahak-bahak..
ramai gak yang jeling-jeling..
ramai gak yang terkedu..
jadi..its up to you to decide. which one are your condition now. 🙂
Sayang sekali orang melayu ramai yang mudah terpedaya.
Yang paling saya sedih apabila saudara terdekat saya sendiri pun saya tak dapat pengaruhi agar tidak terpengaruh dengan skim ini. Alhamdulillah, selepas BNM serbu baru-baru ini, barulah mereka sedar akan kebenaran kata-kata saya sebelum itu.
aah. betul tu afyan. lebih baik serbu public bank. private bank terkaya tuuu… jauh lebih besar dari buluhmas… lagi masyuk.
Kenapa ye BNM tak serbu yang lain-lain tu? Kenapakah syarikat yang menolong IKS bumiputra sahaja yang jadi mangsa?
Laa korang tak tahu ke Public Mutual, ASB dll pelaburan tu berdaftar dengan BNM. Buat apa BNM nak serbu. Perjalanan pelaburan yang mereka jalankan dipantau oleh BNM dan Majlis Syariah. Tapi BM tidak mendaftar (illegal) dalam bidang pelaburan. Jadi tentu diserang oleh BNM takut lebih ramai yang tertipu. Inilah sebenarnya yang berlaku, orang Melayu sendiri yang hendak porak-perandakan rezeki orang Melayu – tipu orang Melayu dengan memakai jenama syarikat bumiputera, bantu orang Islam dalam perniagaan… tapi dialah yang tukang baham orang melayu paling kejam…
Nasib baik Afyan sempat memberi khidmat nasihat tempohhari.
OK, lawati blog saya http://usahawan-daie.blogspot.com
bende senang semua orang suke.
aku keje opis 12 jam, balik keje tgk ayam, sebelum keje tgk ayam, lepas ayam cendawan plak, lepas cendawan menjahit plak… tapi aku buat kecik2 je, dah besar aku upah org je. Lagi 3 tahun kot, xpelah… biar lambat asal selamat…
kedai jahit ngan insuran kete pun nak bukak dah…. tuan afyan tlg emel sy mcm mana nak jadik agen… plan nak jahit baju sambil jual insuran kereta, akak sy buat uni asia, sy plan nak buat takaful sebab tgk tren makin ramai yang nak takaful….
…
Penyakit yang selalu kena pada orang Melayu : ADDDD
ADDDD = Ahli Duduk Diam Dapat Duit
Dulu Pak Man Telo, lepas tu banyak lagi, kemudian Buluh Mas dan Swiss Cash, di Sabah Gemilang Mirza, dan terkini di kampung-kampung di Terengganu, Cerramic Business Club…
Yang menariknya, yang masuk bukan orang biasa-biasa, tetapi Melayu professional seperti Guru dan Pegawai Kerajaan pun kena tipu.
Nak kaya, tuntut ilmu meniaga, buat bisnes yang kena usaha dahulu di peringkat mula, buat sistem yang mantap dan kemudian pantau dan kembang sistem. Tapi tak, orang Melayu nak terus kaya tanpa buat apa-apa! Heei, kesian, penyakit ADDDD melanda dan mungkin terus melanda!
Sdra Fitri,
Cerramic Business Club?
Macam pernah dengar tu. Boleh kongsi info?
Seperti yang diduga telah berlaku.
Buatlah bisnez betul-betul.
Kalau benar kita jujur dan ikhlas, hendak membantu Islam, Melayu, Bumiputera dan IKS, kenapa tidak dapatkan khidmat nasihat daripda BNM SEBELUM membuat kutipan wang orang ramai.
Ehh.. apa progress BM ni sekarang??…
P.S :Alhamdulillah, aku tak melabur. Kalau tidak, naik gila jugak dibuatnya.
Setakat ni belum pernah rasanya BNM menyerbu sesebuah syarikat yang akhirnya syarikat itu didapati tidak bersalah….