Babi, Riba dan Orang Kita: Halal Haram Bukan Sekadar Makanan

Ketika tulisan ini dikemaskini, gambar di atas tersebar secara viral di FB berkenaan “penemuan” daging babi di sebuah pasaraya di Batu Caves.

Orang kita amat sensitif dengan babi.

Apa-apa yang ada kaitan dengan babi akan ditolak dan ditentang habis-habisan; DNA babi, daging babi, bulu babi, lemak babi dan apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan babi.

Malah untuk menyebut perkataan babi pun tidak tergamak, dan alternatifnya ialah “khinzir”. Perkataan “khinzir” dilihat lebih lembut sedikit daripada babi.

Sebenarnya ada yang lebih besar dan mudharat daripada babi yang dekat dengan orang kita; riba.

Ya, riba. Riba lebih teruk, dahsyat dan mudharat berbanding babi.

Jarang orang kita dilihat jijik dengan riba, sama seperti melihat jijik kepada babi, atau menentang dan menolak riba sama seperti menolak babi.

Majoriti orang kita tidak kisah dalam poket ada kad kredit bank riba, duit simpan di dalam akaun bank riba, pinjaman kereta dengan pinjaman riba, beli rumah dengan bank riba, insurans dengan insurans riba dan lain-lain lagi produk konvensional a.k.a riba.

BABI = tak boleh, haram, jijik, mencabar sesitiviti umat islam, bla, bla, bla, bla.

RIBA = hmmm, sikit je, takpe, ala tak perasan pun, sama je konvensional dengan islamik, sama je insurans dengan takaful, bla, bla, blaTahukah anda, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi?

Dosa makan babi, sekali makan sekali dosa. Tapi dosa makan riba, sekali makan berkali-kali dosanya. Dosa riba sama dengan dosa perang dengan Allah, dosa berzina dengan ibu bapa, dosa 36 kali berzina, dan hidup tidak berkat.

Jauhi riba.

ABIK = Asal Bukan Industri Konvensional!

(Bayangkan, kad kredit bank konvensional yang ada dalam poket kita itu adalah sekeping daging babi panggang. Tergamak tak untuk simpan?)

1 thought on “Babi, Riba dan Orang Kita: Halal Haram Bukan Sekadar Makanan”

  1. Majoriti muslim skrg terlibat dgn riba. Tapi jika dikata makan riba maka dgn tegasnya aku tak setuju. Siapa makan riba? Pemegang kad kredit? Peminjam bank konvensional? Bagi aku penulis main pukul rata. Org yg mkn riba ialah org bank (pemegang saham & para pekerjanya). Pelanggan bank bukan semua mkn riba kecuali penyimpan akaun tetap. Si pemegang kad kredit tak dpt hasil riba, dia hanya penyumbang riba. Yg mkm riba ialah bank. W/bagaimanpun si penyumbang tetap berdosa besar sebab subahat. Cuma jika dikata org kita ramai mkn riba aku tak setuju.

    Reply

Leave a Reply