“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”
Ini soalan yang paling kerap ditanyakan kepada saya dalam program-program perancangan kewangan yang saya kendalikan.
Bukan sahaja dalam program, malah dalam sesi temujanji saya bersama klien dan prospek pun, soalan yang sama ditanya.
Ia sebenarnya soalan yang sukar.
Senario Dunia Pelaburan Di Malaysia
Sebelum saya kongsikan jawapan saya, molek saya kongsikan senario yg berlaku.
Sekitar tahun 2009-2010, ketika saham amanah meningkat naik, ramai berpusu-pusu membeli saham-saham unit amanah sbg portfolio pelaburan.
Kemudian, pada 2011-2012, apabila harga emas memuncak, ramai pula menceburkan diri dalam pelaburan emas.
Menjelang 2012-2013 pula harga hartanah pula yang meningkat, lalu ramai pula mencuba menjadi pelabur hartanah.
Bermula 2013 hingga tahun ini 2014 menyaksikan pasaran saham mula meningkat, maka ramai pula menjadi pemain saham, menjadi peminat stock-market dan berebut-rebut membeli saham di papan-papan utama.
Kini 2014, ura-ura harga getah meningkat, tidak mustahil pula pelaburan getah akan mula muncul dan ramailah pelabur-pelabur bergetah selepas ini.
Pakar Pelaburan
Menariknya, di setiap “musim†akan muncul “pakar†dalam bidang berkenaan bagai cendawan selepas hujan.
Lebih menarik lagi, ada pakar yang sama dalam setiap musim.
Ketika musim emas, dia menjadi pakar emas dan memberi ceramah tentang emas, menganjurkan program pelaburan emas dan menggalakkan orang ramai membeli emas. Apabila musim saham, tiba-tiba dia bertukar menjadi pakar saham pula, menganjurkan program pelaburan saham dan menggalakkan orang ramai membeli saham.
Ketika musim emas, di menjadi ejen jualan emas, ketika musim saham dia menjadi broker saham.
Siapa yang paling untung? Tentulah si pakar tadi sebab di setiap musim, dia meraih keuntungan dalam setiap program anjurannya, dan hasil jualan produk pelaburannya.
Oh ya, dalam setiap musim juga akan muncul oppurtunis yang mengambil kesempatan daripada pelabur-pelabur baru yang naif dalam bidang pelaburan.
Tidak hairan muncul skim pelaburan pelik-pelik; pelaburan emas delay, pembelian rumah dengan harga RM89,000 untuk sebiji banglo, skim pelaburan ikan arowana, skim pelaburan burung unta, skim pelaburan saham meragukan, skim pelaburan getah dan pelbagai lagi skim-skim lain yang kebanyakannya adalah skim cepat kaya lain.
Pelaburan ILMU
Sebenarnya, jawapan bagi persoalan;
“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?â€.
…Jawapannya ialah “Pelaburan ILMUâ€.
Namun, ada segelintir yg skeptikal.
Tambah menyedihkan, ada yang pernah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit, tapi apabila dicadangkan menuntut ilmu dengan yuran seratus dua, mengeluh mahal. Walhal, dengan pelaburan seratus dua inilah yang menyelamatkan wang para pelabur hangus terbakar begitu sahaja.
Inilah juga punca kenapa rakyat Malaysia mudah terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang “too good to be true”. Lebih suka menyertai porgram-program pelaburan yang menawarkan keuntungan segera berbanding menyertai program-program ilmu kewangan.
Rasa membazir bayar mahal-mahal hanya untuk belajar, tapi sanggup buat personal loan untuk sertai program-program skim cepat kaya, yang akhirnya tersontot.
Pelaburan ilmu merupakan pelaburan yang paling menguntungkan.
Sebagai contoh, pelaburan untuk melahirkan seorang graduan perubatan sebelum menjadi doktor adalah sekitar RM80,000 hingga RM150,00 selama 5 tahun. Dengan “pelaburan ilmu†sebanyak itu, graduan perubatan itu layak menjadi doktor dengan gaji permulaan sekitar RM5,000 sebulan. Jika gajinya tidak meningkat, hanya memerlukan masa dua hingga tiga tahun sahaja untuk “balik modalâ€, dan selepas itu keuntungan bersih.
Perkara sama untuk pelaburan-pelaburan lain.
Sebagai contoh; sebelum melabur dalam saham, melabur dalam ilmu pelaburan saham. Menghadiri kursus-kursus yang mengajar pelaburan saham, membeli buku-buku berkenaan pelaburan saham, berguru dengan pelabur-pelabur saham yang sudah berjaya.
Perkara sama dalam pelaburan-pelaburan lain; emas, hartanah, pemasaran internet, malah dalam peaburan burung unta atau pelaburan getah sekalipun!
Menuntut Ilmu MESTI Berguru
Setiap bidang pelaburan ada disiplin ilmunya. Setiap ilmu, ada guru dan otainya.
Pelaburan saham, ada pakarnya. Pelaburan emas, ada pakar pelaburan emasnya. Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti hartanah, emas dan lain-lain.
Jadi, untuk mendapatkan ilmu supaya beroleh keuntungan dalam pelaburan maka rujukan utama ialah kpd pakar berkenaan.
Cara membezakan pakar pelaburan yang benar-benar pakar dengan pakar jadi-jadian ialah melihat sudah sejauh mana mereka dlm bidang mereka, dan berapa banyak untung portfolio mereka.
Mereka konsisten dalam bidang mereka tidak kira pasaran naik ataupun turun.
Pakar pelaburan saham, memulakan pelaburan saham ketika pasaran saham biasa-biasa, dan mengaut keuntungan ketika pasaran saham meningkat naik.
Begitu juga pakar pelabur hartanah, mula melabur dalam hartanah, membeli rumah ketika harga rumah biasa-biasa. Ketika harga hartanah meningkat dan ketika orang-orang lain berebut membelinya, pakar hartanah hanya tersenyum memperoleh keuntungan.
Ini barulah betul pakar!
“Saya Adalah Pakar ….. “
Berhati-hati dengan orang yang mengaku pakar.
Berbeza di antara orang yang mengaku pakar dengan orang yang diakui pakar.
Satu ialah “self-claim” pakar, manakala satu lagi adalah pengiktirafan orang lain terhadap kepakarannya.
“Self-claim” pakar – sangat mudah. Sesiapa sahaja yang boleh lakukan. Saudara-saudara yang membaca tulisan ini juga boleh mengaku pakar 🙂
Dalam bidang kewangan dan pelaburan, memang ramai yang mengaku pakar.
Jadi bezakan di antara “self-claim” pakar dengan orang yang diiktiraf kepakarannya. Tidak semestinya orang tersebut ada PhD, ada title “Dr”, title “Sifu”, “Coach”, dll.
Antara cara ialah dapatkan testimoni daripada yang sudah berguru dengan si pakar. Dan bukan juga testimoni yang disediakan oleh si pakar. Baca juga komen-komen publik terhadap si pakar.
Step seterusnya ialah menghadiri program-program yang dianjurkan. Pilih program-program yang menampilkan guru-guru pakar pilihan kita. Akhir sekali, istikharah dan berdoa untuk memilih dan mendapatkan guru pakar terbaik.
Jika tersalah pilih guru, akan menyesal di kemudian hari sekiranya tersonot di tengah jalan.
Salam..Saya salah seorang daripada mangsa daripada “Tok Berlagak” yang mana pernah menganjurkan pelaburan emas Darul Emas Perak Berhad dan akhirnya tersontot akhir tahun lepas.
Saya sudah melabur hampir rm50k dan hasilnya “nothing”. 🙁
Masalah yang saya hadapi ialah saya membuat pinjaman peribadi dan baru2 ini saya diberhentikan kerja. Jadi keadaan saya sekarang ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”..
Saya sudah usaha mencari kerja baru, tapi setakat ini masih tiada maklumbalas dari mana- mana syarikat.
Saya betul-betul mati akal dan tidak tahu untuk buat ape..personal loan perlu dibayar, tapi duit sudah tiada.
Boleh saya tahu, apa kesannya jika seseorang itu diistihar musflis?
Boleh minta tolong Tuan bagi pandangan apa yang perlu saya lakukan?
Sekian,Terima Kasih.