Mengapa Mahu Jadi Ejen Takaful?

Membaca entri blog Pakdi semalam dan blog Ust Hasrizal sebelum itu, mengimbau kenangan pahit maung menjadi seorang usahawan dan seterusnya perunding takaful sepenuh masa. Semenjak daripada zaman persekolahan rendah lagi saya minat berniaga. Saya masih ingat lagi , ketika berada di dalam darjah empat, saya mengambil kad-kad raya ibu bapa saya untuk dijadikan penanda buku … Read more

Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan!

Jangan Ambil Polisi Takaful / Insurans Pendidikan! www.afyan.com Takaful pendidikan bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan universiti anak-anak berterusan sekalipun musibah berlaku ke atas ibu / bapa. Ia adalah extension kepada perlindungan untuk kategori perlindungan kematian, lumpuh dan penyakit kritikal. Dalam masa sama ia turut memberi sedikit perlindungan kepada anak. Namun anda masih belum perlu … Read more

ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa

Fax bertarikh 12 Februari 2009 ini saya terima melalui pada 13 Februari 2009. Kepantasan teknologi memungkinkan segala-galanya serba kemungkinan. Maka dengan kepantasan teknologi juga, saya meng’upload’ fax ini ke dalam blog saya 🙂

Jelas, isi kandungan fax berkenaan menegaskan tentang pendirian Suruhanjaya Sekuriti untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung keharusan ASN dan ASB.

Polemik ASN dan ASB ini menjadi polemik yang tidak sudah-sudah sejak dahulu sehingga sekarang. Kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi isu ini sudah dibangkitkan,.

Tahun lalu, menjelang PRU 12, tiba-tiba Majlis Fatwa mengumumkan ASN dan ASB harus atas kemaslahatan orang Melayu Islam yang benyak mencarum di dalamnya. Dari cakap-cakap politik, keputusan ini ada pengaruh daripada pihak-pihak tertentu.

Read more

Lelaki Ini Berkongsi Tip Kewangan Dengan Membeli Kereta Second Hand Tetapi Baru

Kisah ini berlaku pada tahun 2008, kereta Proton Persona baru sahaja keluar di pasaran.

Port Dickson, 7 Jun 2008.

“Wah kereta baru nampak”, tegur seorang sahabat ketika berjumpa dalam satu program reunion.

“Tidak lah, kereta pinjam”, kata saya.

“Eh, jangan main-mainlah. Kereta baru ye?”, tanya beliau lagi.

“Betullah, kereta pinjam. Pinjam daripada bank“, kata saya tersenyum.

“Oh, terkena rupanya, tapi kereta baru la ye?”, kali ketiga dia bertanya soalan yang sama.

“Tidaklah, kereta second hand”, kali ini baru saya menjawab soalannya setelah diasak tiga kali soalan yang sama.

“Hei, jangan main-main lagilah”, dia nampaknya tak percaya. Mungkin dia telah terkena sekali tadi, berhati-hati kali ini.

“Betul, kereta second hand, mana saya mampu beli kereta baru”, balas saya jujur.

“Eh, saya tak percayalah”, dia meragui kejujuran saya nampaknya.

Saya hanya diam. Membiarkan persoalan itu terus bermain di fikirannya.

Dia memerhatikan setiap inci kereta tersebut, mungkin hendak mengesan kesahihan kata-kata saya. Mungkin ingin mencari bukti bahawa kebenaran dakwaannya bahawa kereta tersebut adalah kereta baru.

“Hmmmm…”, getusnya.

“Kenapa? Tidak percaya?”, soal saya lagak iklan BCB suatu ketika dahulu.

“Tidak, langsung tidak percaya”, katanya sambil menggeleng kepala.

“Mana ada kereta Proton Persona second hand?”, dakwanya penuh yakin.

“Cuba tengok plat kereta itu?” usul saya.

“JKU XXXX, kenapa dengan nombor plat tu?”, tanyanya kembali.

Takkanlah saya ke Johor semata-mata nak beli Proton Persona baru?”, perangkap saya.

“Errrr….”, mungkin dia nak kata yang saya betul, tapi tak terkeluar daripada mulutnya…

 

persona.gif
Ini bukan gambar kereta saya. Kereta saya kereta second hand.

Read more