Sekiranya saudara seorang mahasiswa, atau seorang graduan yang bercita-cita untuk menjadi usahawan, saudara perlu bersedia menghadapi situasi-situasi berikut;
Rakan-rakan yang ragu-ragu dengan kemampuan anda.
Rata-rata rakan-rakan yang sama-sama belajar di kampus akan menganggap usahawan merupakan kerjaya yang memerlukan seseorang mengeluarkan modal yang besar, menghadapi risiko persaingat yang hebat, memerlukan pekerja yang ramai, bekerja 25 jam sehari, bekerja 8 hari seminggu, terpaksa meninggalkan keluarga, dan seribu satu perkara-perkara yang menkutkan!
â€ÂAwak tau tak, bukan senang nak bekerja sendiri niâ€Â
 â€ÂAwak ni boleh ke berniaga? Matematik dulu selalu fail!â€Â
â€ÂBerniaga??!!! Kau nak berniaga??? Kau nak mampos ke??â€Â
â€ÂKau ingat senang ke nak dapat untung dengan berniaga?â€Â
Rakan-rakan yang obses dengan kerja makan gaji.
Selalunya, mereka ini telah menyediakan berpuluh-puluh resume untuk dihantar ke mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan. mereka ini bersedia untuk menjadi seorang pekerja yang setia kepada majikan mereka.
â€ÂBaik awak bekerja dengan kerajaan, banyak kelebihan yang awak dapat. Dapat loan murah, ada elaun perumahan, ada elaun KOLA, boleh dapat cuti tahunan. Kerja pun rilekâ€Â
â€ÂKerja makan gaji ni tiap-tiap bulan confirm dapat gaji. Kalau berniaga belum tentuâ€Â
â€ÂConfirm tiap-tiap tahun ada increment sekurang-kurangnya RM 150.00. Kalau berniaga, bulan-bulan pun belum tentu masuk.”
Senior-senior yang pernah gagal dalam bisnes.
Idea untuk menjadi usahawan ini sudah tentu pernah difikirkan oleh mereka yang grad lebih awal daripada saudara. Apabila mereka mendapat tahu tentang hasrat saudara untuk memulakan bisnes, sudah tentu mereka tidak mahu kegagalan yang sama tetjadi kepada saudara.
â€ÂAku nasihatkan kau, lupakanlah niat murni kau tu untuk berniaga. Aku dah pernah mengalaminya… (ulang dialog-dialog pada situasi no.1 dan no. 2â€Â)
Senior-senior yang telah lama makan gaji.
Mereka ini telah bertahun-tahun makan gaji dan merasakan dunia makan gaji adalah dunia kerjaya yang terbaik. Pengikut-pengikut mereka adalah rakan-rakan saudara pada situasi no. 2. Maka, diaolg mereka sama dengan dialog rakan-rakan saudara pada situasi no.2.
Ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat anak mereka tidak mahu makan gaji.
Situasi ini paling genting kerana ia melibatkan ikatan kekeluargaan. Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak seorang graduan sekarang, lahir pada zaman awal kemerdekaan. Mereka mempunyi kecenderungn mengharapkan anak-anak mereka bekerja makan gaji dengan kerajaan.
â€ÂAyah amat mengharapkan kau dapat ikut jejak abang dan kakak kau bekerja dengan makan gaji dengan kerajaan. Lepas bersara nanti, dapat wang pencenâ€Â
â€ÂAngah, emak rasa lebih baik angah apply KPLI, untuk jadi cikgu macam emak dengan ayah. Kerja cikgu ni masuk pukul 7.30, pukul 2.00 dah boleh balik. Lepas tu, cuti pun banyakâ€Â
Asalamualaikum!
Buku saya itu “tidak laku” dalam Pesta Buku 2007 sebab buku itu tidak ada dalam gerai PTS, sebab ia out-of-stock, tidak sempat diulangcetak!
Saya menulis isi kandungan buku itu sebegitu rupa supaya ada buku yang macam itu dalam pasaran, sebab buku-buku motivasi bisnes yang lain memberi gambaran seolah-olah asalkan kita rajin, ada produk, ada modal, ada contact…. kita pasti jadi jutawan… jual air tebu pun dapat jadi jutawan….
Diharap dengan membaca buku saya yang ‘teruk’ itu, orang akan lebih berhati-hati. Itulah niat saya.
Satu hari nanti mungkin saya akan tulis buku bagaimana memulakan bisnes penerbitan buku (juga akan saya sertakan cerita bagaimana saya kena tipu dalam bisnes buku!)
Waalaikumsalam PUan Sifu!
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya saya. (Sambol mengesat air mata kerana terharu)
Buku Puan sentiasa jadi rujukan saya setiap kali saya ingin membina paip baru, atau paip lama saya bermasalah!