Bagaimana Berhadapan Dengan Tekanan Kewangan

Dipetik dari FB Shahirla Azmin

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sumber statistik : Lihat di ruangan komen.

Di laporkan bebanan hutang yang tinggi dan masalah keluarga menjadi punca utama.

Di dalam situasi sekarang, ramai daripada kita terkesan dengan isu kewangan akibat pandemik ini. Tiada siapa yang menduganya. Semuanya di luar kawalan kita.

 

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN APABILA BERHADAPAN DENGAN TEKANAN KEWANGAN?

1. Selalu membaca atau menonton cerita-cerita positif. Saya dan suami sendiri ada subscribe youtube channel Zarul Umbrella.
Di dalam channel beliau, banyak kisah-kisah bekas Pilot, bekas pramugara dan pramugari bangkit meneruskan kehidupan. Sekalipun di berhentikan kerja, mereka bangkit untuk survive.

Kisah-kisah positif begini mesti di angkat. Supaya rakan-rakan yang terkesan sama juga boleh terinspirasi apabila menonton.
Saya sertakan satu link kisah pasangan pramugara pramugari yang ditamatkan perkhidmatan akibat COVID19. Lihat di ruangan komen.

2. Dapatkan nasihat profesional untuk mengetahui cara menguruskan bebanan hutang. AKPK ialah agensi yang menawarkan kaunseling kewangan secara percuma.

3. Bekerjasama di dalam keluarga, suami isteri dan anak-anak. Wujudkan peraturan perbelanjaan. Tulis dan catat keperluan harian, lakukan bersama-sama.

Di samping itu, dapat mendidik anak-anak sedari awal mengenai keperluan dan kehendak.

4. Berbincang dengan mereka yang kita percayai. Berbincang itu salah satu terapi.

 

#ibucelikwang
INFAQ CONSULTANCY
SHARE untuk manfaat bersama.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

3 thoughts on “Bagaimana Berhadapan Dengan Tekanan Kewangan”

Leave a Reply