“BANG, ADA KERJA PART-TIME TAK?”
“Bang, ada kerja part-time tak? Nak cari buat duit lebih sikit la”
“Jom, join saya jadi perunding”
“Perunding tu macamana?”
“Mula sebagai ejen takaful. Lepas dua tiga tahun, boleh ambil IFP”
“Ooooo… jadi ejen takaful. Taknak lah jumpa-jumpa orang ni. Ada kerja lain tak?”
“Hmmm… Gini, apa kata kau join kelas saham? Boleh belajar saham dan main saham.”
“Main saham? Mesti kena modal besar kan? Ada tak yang tak payah modal”.
“Ginilah, kau jadi ejen emas. Ejen emas tak perlu keluar modal besar. Cari pembeli sahaja”.
“Hmmmm…..Maknanya kena jumpa orang jugalah? Ada tak kerja lain?”.
“Hmmmm… Kau jadi ejen dropship. Just promot guna FB. Tak payah jumpa pun. Syarikat dropship akan pos bagi pihak kau. Kau promot shj”
“Hmmm… Kena menjual ya? Ada tak yang tak payah jual-jual barang ni?”
“Eh, kau nak yang macam mana sebenarnya?” (Hati dah panas sikit ni)
“Hmmm…. Yang tak perlu modal besar, yang tak perlu jumpa orang. Pendek kata kerja part-time yang senang, tapi dapat duit banyak”.
Krik-krik, krik-krik…
.
.
.
Dalam hati: “Rasa nak lontarkan pelempang barang sekeping-dua. Kang tak pasal masuk paper esok.
Tak hairanlah kalau skim cepat kaya tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Ramai sangat spesis ini di muka bumi….”
Daripada pengalaman sebenar Afyan Mat Rawi, IFP.
“LIKE page kami www.fb.com/INFAQ.my HARI INI utk dptkan tip-tip kewangan PERCUMA.”