Bangau, ular dan ULAU…

Bangau, ular dan ULAU…

“Bangau oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul”

Lagu rakyat “Bangau oh bangau”  menggambarkan sikap orang kita yg suka menyalahkan pihak lain apabila berlaku sesuatu masalah dan mencipta alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Bermula dengan bangau yang kurus menyalahkan ikan yang tidak mahu timbul, menjadi sebab mengapa ia kurus.

Selepas itu ikan pula mencipta alasan bahawa rumput yang panjang menyebabkan ia tidak mahu timbul.

Kemudian, rumpat yang panjang pula menjadikan lembu yang tidak memakannya sebagai punca ia panjang.

Diikuti pula lembu menyalahkan pula perutnya yang sakit menjadi sebab kenapa ia tidak memakan rumput.

Ia berterus-terusan rantaian alasan ini kepada kayu api yang basah, hujan yang turun, katak yang memanggil hujan sehingga akhir sekali hingga kepada ular.

Mujurlah akhir sekali, apabila ditanya kepada ular mengapa memakan katak, ular mengaku  “memang makanan aku”.

Tapi hari ini jika ditanya kepada ULAU, ia akan memberi jawapan “Ini ketentuan Allah”.

Cuba bayangkan lagu “Bangau oh bangu”  diakhiri dengan rangkap ini

“ULAU oh ULAU,
Kenapa harga barang naik?
Macama mana harga barang tak naik,
Ini ketentuan Allah”.

Alllah pula yang dipersalahkan!

Sengih 🙂

Afyan Mat Rawi,
8 September 2013,
Gombak, Selangor.
(Hujan lebat di Gombak, ketentuan Allah)

Leave a Reply