Tulisan oleh Sdra Afyan Mat Rawi (Perunding di RahsiaTakaful.com) yang disiarkan di Harian Metro 10 Februari 2014.
Skim cepat kaya bukan perkara baru di Malaysia dan ia mula dikesan memperdaya pengguna sejak tahun 70-an lagi dengan skim pertama dikenali sebagai Pak Man Telo.
Selepas lebih 30 tahun, skim seumpama ini masih terus berleluasa, dengan modus operandi yang diberi suntikan baru namun, masih mencapai tujuan sama iaitu menipu wang orang ramai.
Ketika Facebook (FB) mula mendapat tempat, muncul skim cepat kaya menggunakan medium berkenaan dengan yang paling terkenal menggunakan slogan “Login FB Dapat Duitâ€.
Ia mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga 2011, malah ia dipercayai masih bertahan sehingga kini. Modus operandinya, menawarkan pulangan apabila kita berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru.
Melewati tahun 2013, apabila pasaran saham mula meningkat, muncul pula skim saham dan Forex yang pelik-pelik menawarkan pelbagai pulangan menggiurkan.
Bacaan penuh di http://www.hmetro.com.my/articles/Caranakkenalpasti/Article
Terima kasih kepada Harian Metro yang sudi untuk menyiarkan tulisan perunding kami RahsiaTakaful.com dan INFAQ Consultancy and Advisory.