Kisah ini berlaku pada tahun 2008, kereta Proton Persona baru sahaja keluar di pasaran.
Port Dickson, 7 Jun 2008.
“Wah kereta baru nampak”, tegur seorang sahabat ketika berjumpa dalam satu program reunion.
“Tidak lah, kereta pinjam”, kata saya.
“Eh, jangan main-mainlah. Kereta baru ye?”, tanya beliau lagi.
“Betullah, kereta pinjam. Pinjam daripada bank“, kata saya tersenyum.
“Oh, terkena rupanya, tapi kereta baru la ye?”, kali ketiga dia bertanya soalan yang sama.
“Tidaklah, kereta second hand”, kali ini baru saya menjawab soalannya setelah diasak tiga kali soalan yang sama.
“Hei, jangan main-main lagilah”, dia nampaknya tak percaya. Mungkin dia telah terkena sekali tadi, berhati-hati kali ini.
“Betul, kereta second hand, mana saya mampu beli kereta baru”, balas saya jujur.
“Eh, saya tak percayalah”, dia meragui kejujuran saya nampaknya.
Saya hanya diam. Membiarkan persoalan itu terus bermain di fikirannya.
Dia memerhatikan setiap inci kereta tersebut, mungkin hendak mengesan kesahihan kata-kata saya. Mungkin ingin mencari bukti bahawa kebenaran dakwaannya bahawa kereta tersebut adalah kereta baru.
“Hmmmm…”, getusnya.
“Kenapa? Tidak percaya?”, soal saya lagak iklan BCB suatu ketika dahulu.
“Tidak, langsung tidak percaya”, katanya sambil menggeleng kepala.
“Mana ada kereta Proton Persona second hand?”, dakwanya penuh yakin.
“Cuba tengok plat kereta itu?” usul saya.
“JKU XXXX, kenapa dengan nombor plat tu?”, tanyanya kembali.
“Takkanlah saya ke Johor semata-mata nak beli Proton Persona baru?”, perangkap saya.
“Errrr….”, mungkin dia nak kata yang saya betul, tapi tak terkeluar daripada mulutnya…
