Dahulu Saya “Secret Agent”

Terima kasih Tuan Dr Azizul Azli Ahmad kerana rekomen saya dalam komen ini.

16 tahun lepas ketika saya mula-mula jadi ejen takaful, malu nak mengaku ejen.

Masa tu jadi “secret agent” sahaja. Orang sebelah pun tak tau saya ejen. Itulah “secret agent”. Macam Ejen Ali la…

Sebab saya jenis pemalu.

Ya, saya seorang yang introvert pada asalnya. Sampai sekarang pun, saya lebih suka duduk berseorangan berbanding ramai-ramai.

Banyak ciri orang introvert, ada pada saya.

Berbalik kepada pengalaman jadi ejen tadi, jika dahulu saya memang malu-malu nak mengaku sebagai ejen takaful tapi sekarang tidak lagi.

Malah berbangga sudah menjadi ejen takaful selama 16 tahun.

Bagaimana orang yang introvert boleh menjadi ejen takaful yang memerlukan bergaul dengan ramai orang?

Rahsianya ialah online marketing.

Ketika ejen-ejen dalam ejensi lebih suka edar flyers, buka booth, face to face – yang semuanya saya dah buat tapi sangat tak selesa – saya bangunkan blog peribadi afyan.com dan blog bisnes rahsiatakaful.com

Ketika orang lain bercerita tentang closing daripada aktiviti booth dan edar flyers – saya mencuba Facebook marketing. 10 tahun lepas, FB Ads masih lagi belum ada.

Aktiviti online marketing yang tidak memerlukan saya pakai smart-smart, sebab orang introvert selalunya kasual dan kadang-kadang selekeh. Hehe..

Alhamdullilah, dari situlah branding diri saya sebagai ejen takaful mulai melekat dan secara beransur-ansur saya bina branding sebagai konsultan kewangan apabila saya turut menyertai bidang unit trust, pusaka dan lain-lain.

Jadi tak hairanlah apabila otai seperti Dr Azizul Azli rekomen saya. Ehem, ehem…

Oh ya, jika ada rakan-rakan yang berminat menyertai bisnes takaful, boleh hadiri program ini.

TAKAFUL ENTREPRENEURSHIP PROGRAM (TEP)
Tarikh : 27 Nov 2019 (Rabu)
Masa : 8:00 malam – 9:30 malam
Tempat : INFAQ Consultancy, Batu Caves

Detail borang di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Leave a Reply