Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?

Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?

www.afyan.com

Skim Infinity Downline mengingatkan saya peristiwa kira-kira 10 tahun lalu.

Ia berlaku kira-kira pada tahun 2000 ….

(kalau dalam filem atau drama Melayu, bunyi sound-track flashback akan berkumandang dan skrin akan menjadi kabur sebentar dan babak seterusnya dalam warna suram atau  hitam-putih)

2000 – “ter”jebak.

Pada tahun tersebut saya baru kira-kira setahun jegung menjejakkan kaki di bumi Taman Ilmu dan Budi, UIAM, sebagai mahasiswa.

Tahun 2000 ketika itu Malaysia dilanda demam IT atau Information Technology . Dari kedai makan, sekolah, parlimen hingga ke menara gading memperkatakan tentang IT atau teknologi Maklumat.

Antara lagu yang menjadi siulan televisyen ketika itu ialah lagi Cinta IT nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza (ketika itu masih belum berpangkat Dato’ dan belum lagi mengenali Dato’ K). Cinta IT, Sayang IT,….

Di waktu itulah tercetusnya satu skim perniagaan internet yang bernama SKY BIZ. Produk yang menjadi bahan jualannya adalah website yang dikatakan boleh dijadikan sumber pendapatan.

Bagi seorang mahasiswa, nilah RM 500 adalah terlalu besar untuk dilaburkan. Namun, dengan janji-janji manis yang muluk-muluk daripada “leader” yang juga senior dalam persatuan, menjadikan saya cair.

“Afyan, abang  rasa Afyan  mempunyai ciri kepimpinan dan layak untuk menerajui bisnes ini”, begitulah kiranya ayat-ayat cinta yang  dinyanyikan….

Maka, terbanglah RM 500 itu tadi dengan seribu satu perasaan. Dan akhir sekali ia menjadi satu mimpi ngeri saya seumur hidup.

Namun, ia menjadi satu pengajaran buat diri saya. Biarlah ia menjadi yang pertama dan yang terakhir. Selepas itu saya menjadi begitu anti kepada skim-skim seumpama itu sehinggakan skim-skim MLM yang benar-benar telus pun saya tidak percayai.

Rujukan tentang SkyBiz:

http://www.ftc.gov/speeches/other/dvimf16.shtm

http://www.ftc.gov/opa/2001/06/sky.shtm

“Berkenalan” Dengan SKIM PIRAMID

Sebenarnya ia tidak terhenti di situ. Beberapa tahun selepas itu, di tahun 3 pengajian Undang-undang UIAM, saya mengambil subjek “Cunsumer Law” atau Undang-undang Kepenggunaan. Subjek ini membawa saya kepada satu tugasan yang terkena batang hidung saya sendiri iaitu tugasan bertajuk “Pyramid Scheme”, dan bisnes SKY BIZ tadi menjadi bahan kajian saya.

Alhamdulillah, untuk subjek itu saya mendapat markah B+. Oh, tapi bukan isu utama yang ingin saya utarakan, tetapi berkenaan tentang SKIM PIRAMID.

Di sinilah saya “berkenalan’ dengan lebih dekat lagi dengan SKIM PIRAMID. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mengenali SKIM PIRAMID ini.

Kata kuncinya ialah PRODUK. Noktah.

Pertama sekali, soalan yang perlu diajukan, “apakah produk skim ini?”.

Jika di soalan pertama menimbulkan pelbagai keraguan, maka percayalah yang ia adalah skim piramid. Jika jawapannya mula-mula A, kemudian B, kemudian apabila dipertikaikan menjadi X, Y dan Z makan ia mengesahkan lagi yang ia adalah skim piramid.

Sekiranya, soalan pertama lulus dengan jayanya, maka kita pergi ke soalan yang kedua iaitu, “adakah produk tersebut akan laku sekiranya dijual dengan cara biasa?”.

Di peringkat ini kita boleh menguji sejauh mana kewujudan produk di dalam sistem tersebut. Adakah ia benar-benar produk untuk dipasarkan atau sekadar gimik dan tempelan untuk mengelabui mata orang ramai.

Di peringkat inilah kebanyakan skim-skim yang menggunakan nama MLM ternyata menggunakan produk “sampah” untuk mempromosi SKIM PIRAMID.

Dan sejak itu, saya perasaan benci saya kepada mana-mana skim yang berunsurkan piramid semakin menebal. Malah bisnes MLM sebenar pun saya menjadi begitu alergik.

Pernah terjadi, seorang rakan yang memperkenalkan saya satu perniagaan MLM, menjadi mangsa serangan saya!

INFINITY DOWNLINE

Topik ini sudah pun saya sentuh sepanjang minggu lalu di facebook saya.

Tuan-puan boleh melihat diskusi tentang ini di:

http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576
http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=794218&id=1554505576&fbid=1324101433323

http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=806968&id=1554505576&fbid=1330137944232
http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=805971&id=1554505576&fbid=1329385565423

Dan secara kebutulan di hujung minggu lalu, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, seorang pakar dalam bidang muamalah Islam menulis satu artikel berkenaan skim INFINITY DOWNLINE ini.

Di Facebook dan blognya, isu ini menjadi satu perdebatan panjang.

Boleh lihat di http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/status-hukum-infinity-downline-login-facebook-dapat-rm100/363054651082 dan http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Kalau diperhatikan satu per satu, ia adalah seumpama SWISH CASH yang menggemparkan negara beberapa tahun lalu.

Skripnya hampir sama dengan skim Infinity Downline ini. Penggiat-penggiat Swish Cash akan bermati-matian mempertahankan bisnes mereka. Sehingga akhir sekali ia diisytiharkan haram oleh kerajaan pun masih mempertahankan skim tersebut.

Sama seperti yang berlaku di dalam Infinity Downline ini. Ayat-ayat sama seperti “dengki tengok orang lain berniaga”, “tak faham konsep tolong menolong”, “inilah masalah orang Melayu, taknak tengok orang lain berjaya”, dan sebagainya.

Sekali lagi, ia kembali kepada soal produk yang ditegaskan sebentar tadi.

Ternyata produk Infinity Downline adalah produk sampah semata-mata.

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh melalui Google Trends, ternyata rakyat Malaysia lebih ramai mencari info berkenaan Infinity Downline berbanding negara-negara lain.

Rujuk Google Trends: http://www.google.com/trends?q=infinity+downline.

Mungkinkah suatu ketika nanti kita akan mendapati Jutawan Facebook akan mengatasi Jutawan Gula? Tungguuuu….

15 thoughts on “Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?”

  1. Assalamualaikum…

    Kepada rakyat malaysia..kenape kite harus memecah belahkan perniagaan orang lain..kenape ID nie nak cakap haram.. setahu aku..sebab pembeli telah meredai harge yg kite bg..so..kat sini dah tak de paksaan..

    bacelah petikan nie..

    Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108). Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk; a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar. b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya. Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.

    kepada sesiapa yg igin join infinity..meh la ikut cara group yg saya dianggotai oleh 3 orang nie..masuk rm 100.00 anda akan dapat 1 box bisness kad atas nama anda..dan 1 cd bahan rujukan tentang infinity downline..

    adekah anda rugi???

    saya tak amik untung..saya bg bahan rujukan lg..saya dah jge downline saya..

    Reply
  2. Inilah bahananya jika tak ada knowledge tentang pelaburan dan perniagaan yang sebenar…

    Tahu nak duit mudah saje..baik buruk, untung rugi, halal haram diketepikan..

    Reply
  3. En Anep masih lagi tak menjawab soalan saya…masih buat karangan? Nota utk ID sy buat dlm masa dua hari sahaja, takkan tak boleh jawab persoalan saya. Itupun masih lagi ingin menunjukkan kepandaian di tempat lain

    Reply
  4. Dah banyak pun program2 mcm ala-ala skim cepat kaya nie yg dah kena ban…tapi org kita tak serik2…kalau ditegur cakap kita dengki..so biarkan jer…masing2 dah besar panjang…dah kena batang hidung baru terpikir agaknya.

    Reply
  5. salam..

    sy pown masih baru dalm bidang nie..dari tahun ’00 menggunakan OMEGA TREND sebagai platform pertama..sejak dari itu,sy dah penat terjebak dgn penyakit ALPHA LEVEL syarikat MLM..sy dah join ID tp xberape effective coz kena kuar modal..n kena pulangkan modal semula andai org tersebut tidak berjaya..cube plak biz dibawah nie..sy baru join dua hari tp dah mampu jana sehingga usd2532..
    http://www.facebook.com/photo.php?pid=948040&id=1535237897

    andai kate anda berminat,silalah click di
    http://www.exclusivemails.net/pages/index.php?refid=zaliez

    utk pendaftaran…percuma!!!!!

    Reply
  6. harap2 pihak edisi siasat@360′ membuat 1 siasatan berhubung infiniti downline ni n hebahkan kepada rakyat malaysia bahawa sistem ini adalah sistem cepat kaya.melayu kan mudah lupa…

    Reply
  7. Kepada saudara dan saudari di luar sana yg berminat dgn skim MLM atau pun tg sewaktu denganya…percayalahhh bahawa anda semua telah digunakan oleh piahk tertentu untuk keuntungan mereka..memang betul ada kita dengar dan lihat bermacam-macam skim ada kat negara kite. Semuanya dengan satu alasan iaitu menolong orang,tambah pendapatan, dan ada pulak tu nak tolong anak beranak dan adik beradik laa.
    Tapi sebenarnya mereka ini tidak paham dan sedar..kenapa mereka boleh berminat..Salah satu sebabnya 1.cara berfikir..2.Telah di brain wash,3.Kuat Berangan angan ingin menjadi kaya tapi dengan usaha yang mimima.

    Reply
  8. Assalamualaikum.
    Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).

    Untuk makluman saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya saya hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) Halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat, bukan juga sebab saya buat pasal tu saya nak backup habis-habisan. Saya join buat sebab saya dah kaji dan fahami konsep program ID sebelum saya JOIN termasuk dari hujah Ustaz Zaharuddin sendiri tentang perniagaan Internet yang sah.

    Dalam bab yakin halal haram ni saya bagi contoh : Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram atau Halal? Haram boleh Halal pun boleh bergantung kepada hati kita jika meyakini sumber dan masakannya halal (contoh katakan tokeh kedai tu cina). Jika was-was jangan makan tapi kalau dah betul yakin (kena bersandarkan hujah betul dari sudut Fekah, Tauhid atau lain-lain) makanlah tanpa was-was.

    Satu persolan saya ; Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA mesti pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujah Ulama lain tidak boleh kita jadikan rujukan? Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber tentang KONSEP perniagaan seperti ini?

    Betul Ustaz Zaharuddin menulis berlandaskan fakta dan ilmu beliau untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah Bisnes Online suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi masih ada ruang untuk ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu (mengambil semula hak kita
    misalnya).

    Saya tidak risau dengan program ID dipantau sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)dan tak macam program-program lain kalau ID kena tutup kita takkan rugi apa-apa sebab bonus kita langsung dia tak simpan. ID takkan menipu duit kita.

    Pelik ke nak pikirkan ada orang sanggup buat bisnes jutaan Dollar tapi tak ambil sesen pun dari kita macam yang ID buat? Tak pelik pun. Ada guna search Engine GOOGLE? Ada guna emel YAHOO!? Ada guna FACEBOOK? Berapa korang bayar pada diorang? Tahu tak korang diorang jadi Millionaire dengan bagi program percuma macam ni?

    Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu perbuatan itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan DALIL yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka juga TETAP BETUL selagi mereka melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulama yang mereka yakini.

    Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

    “Kesimpulan
    1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
    2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
    3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
    4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat”.

    Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.

    Wallahualam.

    ………………Tambahan

    Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.
    Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber rujukan (hatta ulama luar negara).

    Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat peribadi selagi tidak disepakati/ difatwakan ulama dalam Fatwa sedunia.

    Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai menghisapnya kerana berpandukan hujah lama yang hukumnya ‘makruh’.

    Sorilah… Komen detail tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena join ID Surirumah dulu

    Reply
  9. minta maaf mencelah …. sebenarnya kita dok sibuk pasal mlm …. tu bisnes untuk org bawahan , marhaen , kelas buruh . cuba lihat pulak camne bisnes orang kaya kelas atasan , kelas bourjouis …. sistem perbankan moden hari ni . setiap hari setiap masa seluruh warga diperas oleh bank moden . contoh anda menyimpan di bank setiap tahun anda akan diberikan interest 1.25% – 5% jer . cuba lihat berapa banyak bank boleh dapat dari wang yang anda simpan melalui sistem fractional reserve requirement . Berpuluh kali ganda . Bayangkan di malaysia ni kerajaan hanya menetapkan 4% sahaja sebagai FRR . Bayangkan bank boleh mencipta wang dari angin dan mendapatkan interest dari wang tersebut ….. bayangkan apa kesannya keatas seluruh warga kelas pekerja . Bayangkan golongan pekerja ni keluar pagi balik malam membanting tulang … kemudian hasil titik peluh yang disimpan mereka beli rumah ala kadar kos rendah sederhana . then genap 7-10 tahun berlaku kitaran ganas bisnes yang merentap aset yang dimiliki oleh golongan kelas buruh tadi akibat kehilangan pekerjaan . rumah di lelong , dibuang kerja . apa yang menyebabkan kitaran bisnes …. interest , riba , usury , bunga …

    untuk rujukan sila cari di google : money as debt , master of money , zeitgeist.

    Reply

Leave a Reply