Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan
Hikmah Faraid
Salah satu hikmah Allah menurunkan ilmu faraid ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam.
Ia berbeza dengan proses pembahagian harta bagi orang bukan Islam. Penama secara automatik akan menjadi penerima harta atau pampasan harta. Apabila berlaku kematian, maka tidak semua ahli waris akan mendapat harta tersebut.
Malah di dalam undang-undang pewarisan harta bagi bukan Islam, sekiranya ketika hidup pemilik mewasiatkan keseluruhan hartanya kepada haiwan sekalipun, ia adalah sah di sisi undang-undang dan ahli waris tidak boleh mencabarnya.
Saya pernah membaca berita di luar negara, seorang hartawan mewasiatkan hartanya kepada kucing kesayangannya. Kemudian, kucing tersebut menjadi kucing yang paling kaya di dunia!
Di sisi Islam, harta pusaka adalah hak milik kesemua ahli waris iaitu, suami atau isteri, ayah dan ibu, anak-anak, dan adik beradik.
Di dalam satu kursus penerangan tentang harta pusaka, seorang bukan Islam memuji konsep faraid ini di dalam Islam, kerana ia memberi keadilan kepada para isteri.
Dia memberi contoh tentang seorang suami yang bermain kayu tiga, dan mewasiatkan keseluruhan hartanya kepada perempuan simpanan tersebut. Selepas lelaki itu mati, isteri dan anak-anak lelaki itu tidak mendapat satu sen pun daripada harta suami dan ayah mereka.
Di dalam Islam seandainya berlaku kes seperti tadi, isteri atau anak-anak boleh mencabar kesahihan wasiat tadi. Dalam hal ini, mahkamah akan berpihak kepada isteri atau anak-anak si mati kerana mereka adalah ahli waris si mati. Faraid akan mengatasi wasiat si mati.
Faraid: Salah Satu Langkah Di Dalam Pengurusan Harta
Sebagaimana yang saya pernah terangkan di dalam tulisan saya tentang konsep pengurusan harta, seperti 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan, Â Modul Piramid Pengurusan Kewangan, dan Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?, langkah PEMBAHAGIAN atau DISTRIBUTION adalah salah satu langkah di dalam pengurusan kewangan dan harta.
Langkah ini sama pentingnya kita membuat SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN, kerana segala harta benda yang kita simpan dan miliki tidak akan di bawa ke dalam lubang kubur. Paling dekat pun, sehelai kain putih dan dua biji batu.
Jadi, jangan diabaikan aspek ini di dalam kita merancang pengurusan kewangan kita.
Sebanyak mana harta yang kita simpan, sebesar mana kenderaan yang kita miliki, sebesar mana hartanah yang kita duduki, secantik mana pakaian yang kita pakai, semua itu tidak akan mampu kita bawa ke dalam kubur. Akhirnya hanya “rumah†3 kaki x 7 kaki sahaja yang kita duduki, dengan sehelai “pakaian†putih.
Ia BUKAN Proses Automatik
Mungkin ada yang beranggapan bahawa kita tidak perlu berfikir tentang proses pembahagian harta pusaka ini kerana ia adalah tanggung jawab ahli waris selepas kematian kita.
Betul, dan salah.
Ya betul faraid adalah hak bagi ahli waris terhadap harta pusaka peninggalan kita yang mati.
Tetapi salah seandainya menganggap kesemuanya adalah urusan ahli waris untuk menguruskannya.
Kita sebenarnya perlu membantu ahli waris untuk memudahkan proses tuntutan harta pusaka tadi. Oh, bukanlah kita yang telah mati perlu bangkit daripada kubur untuk membantu proses pembahagian tersebut. Bukan begitu.
Caranya ialah kita membuat pelantikan pemegang amanah atau wasi sewaktu masih hidup. Ia juga dipanggil proses penulisan wasiat.
Proses pembahagian faraid ini bukanlah berlaku secara automatik selepas si mati meninggal dunia. Tuntutan terhadap harta pusaka tersebut perlu dijalankan sebelum ia diagih-agihkan sesama ahli waris.
Maka, dalam konteks pengurusan harta, ketika kita hidup, kita perlu membuat persediaan agar proses PEMBAHAGIAN atau faraid ini akan berjalan lancar. Dengan melantik pemegang amanah, proses pembahagian harta pusaka akan berjalan lebih lancar berbanding tanpa pemegang amanah.
Seandainya Tuan-Puan masih boleh membaca tulisan ini sehingga ke ayat ini, bermakna Tuan-Puan masih mempunyai kesempatan untuk membuat persediaan ini sebelum menutup mata untuk selama-lamanya.
kena buka kitab balik ni
tapi kalau dapat terangkan dalam blog ni bagus juga
cuma …
Cuma…?
Salam,
artikel yang menarik dan informatif. Sebelum perlaksanaan faraid beberapa hak simati yang perlu dilunaskan.
1 Penyelenggaraan Jenazah :
2 Hutang Si Mati
3 Wasiat Si Mati
4 Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid
Assalamualaikum saudara,
Izinkan saya bertanya, saya adalah adik lelaki yg akhir dlm keluarga, selepas kematian almarhum bapa saya, abang2 dan kakak2 saya bebalah pendapat ttg pembahagian harta pusaka almarhum yg mencecah jutaan ringgit. Mengikut Abang2 saya, mestilah difaraid kan harta tersebut, menurut kakak2 saya pula, mereka mahukan pemhagian sama rata pula, ibu pula lebih terpengaruh kepada kakak2 saya yg selalu membodek beliau dgn bermcm2 cara. Pada saya pula, tentunya seronok jika di faraidkan pusaka tsb, tp pada masa yg sama saya x berapa kesah jika dibahagi samarata kerana bimbangkan sekiranya berlaku perkelahian dan permusuhan diantara abg2 dan kakak2 saya..
Saya tahu, mmg wajib faraid sekiranya abg2 saya mohon pembahagian faraid drp mahkamah, ttp bagaimana pula sy nk mendamaikan mereka2 yg x puashati nnti? mohon pendapat, tunjuk ajar dan pandangan drp saudara.
Harap saudara dpt beri komen disini supaya dpt sy fwd kan blog saudara kepada semua adik beradik saya..
Ribuan terima kasih.
Wasalam.
Muhd Azley
Waalaikumsalam,
Dalam situasi di atas, pembahagian secara faraid adalah yang paling adil dan akan diutamakan oleh hakim sekiranya dibawa ke mahkamah.
Pembahagian sama rata hanya sekiranya semua ahli waris bersetuju untuk tidak mengikut faraid.
Di sinilah pentingnya wasiat yang sepatutnya ditulis ketika kita masih hidup.