1. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap bulan dapat gaji tetap.
Tidak kira hujan, ribut, petir, atau angin sepoi-sepoi bahasa, jika gaji telah ditetapkan RM 2000.00 sebulan, maka akan dapat RM 2000.00 sebulan. Tidak seperti bekerja sendiri yang belum tentu dapat tiap-tiap bulan dapat keuntungan yang tetap. Kalau buka kedai makan, sekiranya musim tengkujuh tiba, tentu jarang pelanggan datang ke kedai.
2. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap awal bulan ada duit.
Tidak kira bulan berkenaan cuti banyak, atau MC banyak, sekiranya gaji ditetapkan masuk 27 haribulan, confirm masuk pada tarikh tersebut. Jadi, awal bulan berikutnya sudah tentu duit ada di dalam poket. Tidak seperti bekerja sendiri, tarikh keuntungan tidak dapat ditentukan bila masanya bagi setiap bulan. Kalau tiba-tiba bulan tertentu lansung tak dapat untung, bila masa nak ada duit?
3. Bekerja makan gaji dengan kerajaan, lepas umur 50 dapat duit pencen separuh gaji.
Kalau sebelum pencen bergaji RM 4000.00, maka ketika pencen dapat duit pencen RM 2000.00 tiap-tiap bulan. Sampai mati tu! Bekerja sendiri, kena kerja sampai mati kalau nak dapat duit. Itu pun kena bekerja setengah mati tau!
4. Bekerja dengan kerajaan, dapat buat pinjaman perumahan dan kereta dengan kadar yang murah.
Kalau orang lain kena interest 5%, kerja kerajaan dapat 4% je. Nampak je sikit 1% tu, tapi tinggi jumlahnya tu, perbezaan puluhan ribu untuk jangka masa panjang utnuk pinjaman rumah. Rugi tak kerja dengan kerajaan.
5. Kerja makan gaji telah ditetapkan sehari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Confirm masuk pukul 8, keluar pukul 5. Seminggu kerja isnin sampai jumaat sahaja. Kalau kerja lebih masa, dapat gaji overtime pulak. Kalau kerja sendiri, mesti kena kerja sampai lewat malam. Sudahlah sebegitu, esok pagi-pagi nak kena keluar pergi tempat kerja cari pelanggan. Kadang-kadang, kerja samapai tak ingat hari. Samapi hari hujung minggu pun kena kerja!
6. Kerja makan gaji banyak rehat.
Pukul 8 pagi masuk, baca surat khabar. Pukul 11 rehat minum pagi. Pukul 12.30 tengah hari dah boleh keluar pergi lunch. Lajak sampai 2.30 petang baru masuk. Pukul 4 dah bersiap-siap nak balik rumah. Pukul 5, tunggu apa lagi…blah la. Kalau kerja sendiri, mana ada rehat. Kalau banyak rehat tentu meniaga tak untung.
7. Kerja makan gaji boleh dapat banyak cuti.
Ada cuti keraian, ada cuti bersalin, ada cuti peristiwa, ada cuti hari kebesaran. Itu belum masuk cuti tahunan, cuti wajib dan cuti emergency leave. Kalau jadi cikgu, lagi banyak cuti. Tapi kalau kerja sendiri ni, mana sempat hendak dapat cuti. Kalau cuti pun belum tentu banayk. Kalau cuti banyak tentu perniagaan rugi.
Assalamualaikum,
Benar bagai dikata. Namun, jika semua orang mahu menjadi usahawan, siapakah pula yang mahu makan gaji seperti saya ini? Kalau semua mahu jadi bos untuk diri sendiri, siapakah pula yang mahu mengajar dan mendidik anak-anak kita di sekolah? Hmm..hmm siapakah agaknya, ya?
Salam. Ada orang kata kerja makan gaji (dengan gomen terutamanya) tidak wajib bayar zakap pendapatan. Sebabnya risiko kurang. Macam petani wajib bayar zakat pertanian. Zakat ternakan. Sebabnya dalam bertani, petani harapkan rezeki bulat2 dari Allah. cuaca. hujan. kemarau. Oleh itu jika cukup jumlahnya wajib zakat.
Allah maha adil. Allah jadikan semua manusia tidak sama. Ada yang kaya untuk membantu, dan ada yang miskin untuk dibantu. Ada yang pandai untuk mengajar, ada yang kurang pandai untuk belajar. Ada lelakai dan ada perempuan untuk berpasang-pasangan.
Jika dalam suatu daerah / kampung/ negeri, semua orang pandai dalam satu bidang, maka tidak ada sebenarnya yang pandai 🙂
bodoh gile mamat keje gomen nie..patut melayu byk kje gomen tp miskin kat negare sendiri
@Mya Marja
biarlah semua kerja sendiri, cina kapiaq tu buleh jer ramai2 kerje sendiri, ade jer yg ajar anak dorang. kalo sume tunggu duit bulan2 masuk, no wonder org kite akal lembab dan boleh jadi pemalas, lebih teruk kes terbaru pegawai imigresen makan rasuah sbb gaji tak cukup la tuh… yg sogok pulak org kapiaq… ish2 malu2…
kerje sendiri tu kebanyakannye bisnes, so bisnes ni dah dijamin oleh nabi Muhammad akan kemolekan dan manfaatnye kepade ummah…
sebab masuk kerja kul 8 balik kul 5 ni la yang paling tak menyenangkan. sebab pergi kerja jammed, balik kerja pun jammed. sebab tu jugak bila mintak kerja gomen tak pernah dapat.kerja sendiri lagi bagus.
betul tu..kerja sendiri lagi bagus.tiada siapa mau marah kita hahaha..bebas menentukan dasar dan halatuju sendiri untuk kemajuan dan keuntungan.kalau banyak rezeki boleh tolong orang pula, rugi usaha lagi sampai berjaya..betul tidak?
Betul!