Perkongsian Tentang Hibah
Semalam saya kongsikan maklumat tentang hibah takaful, yang tidak ada kewajiban syarie untuk penerima hibah membayar hutang si mati. Saya mengambil contoh, suami sediakan hibah takaful untuk isteri. Selepas meninggal dunia, isteri tiada kewajiban syarie untuk membayar hutang arwah suami. Ramai juga yang terkejut. Tidak kurang yang tidak bersetuju.
Kata mereka, “Membayar hutang itu wajib.”
Kata saya, “Memang wajib kepada orang yang berhutang, bukan kepada waris yang ditinggalkan”
Barang diingat, hibah bermaksud hadiah. Apabila diberi hadiah, ia bukan lagi milik pemberi.
Kata mereka lagi “Si isteri patutnya kasihan kepada arwah suami. Dah terima hibah, bayarlah hutang suami”.
Huraian Kes
Saya huraikan sampel kes di atas untuk mudah faham.
“Arwah suami tinggalkan rumah tanpa MRTT dengan baki hutang 500k dlm masa sama ada hibah takaful kpd isteri RM500k juga?”
Andaikan balu arwah datang jumpa saya untuk minta nasihat.
Pilihan yg ada;
Berminat untuk mengetahui berkenaan hibah takaful sila isi borang dibawah.
A. Bayar hutang rumah guna hibah takaful, atau
B. Beli rumah baru RM500k
Kalau balu arwah minta advise saya, saya akan nasihatkan mengambil pilihan B adalah yg terbaik. Sebab, kalau pilih A, hutang habis dibayar tapi rumah itu perlu difaraidkan dan isteri hanya ada hak faraid 1/8. Pilihan B, balu ada rumah miliknya 100% utk berteduh bersama anak-anak yatim yg kehilangan ayah. Dari sudut maqasid syariah, “nyawa” ahli waris yang masih hidup yang perlu diutamakan berbanding “hak harta” pemiutang untuk dibayar.