1 Muharam, Alhamdulillah, dapat membantu ejen insurans konvensional ini untuk panduan pelanggan beliau BERHIJRAH.
1. Berikan kesedaran kepentingan berhijrah
2. Minta pelanggan sign up polisi takaful baru.
3. Pastikan polisi baru berkuat kuasa sepenuhnya dan tamat tempoh menunggu.
4. Batalkan polisi lama.
5. Akan ada beberapa bulan yg pelanggan perlu bayar kedua-duanya. Hijrah itu pengorbanan.
Panduan berhijrah dari polisi insurans konvensional kepada takaful ini bagi situasi pelanggan yang standard dan tidak mempunyai sejarah kesihatan yang buruk.
Bagi yang mempunyai sejarah kesihatan yang buruk dan penyakit, sudah tentu sampai di peringkat no 2 agak sukar.
Jangan risau, kita ada lebih 10 syarikat takaful di Malaysia. Tak dapat dengan satu kompeni, ada 10 kompeni lain.
Seandainya SEMUA kompeni takaful menolak, maka situasi mungkin berubah. Dalam hal ini, perlu rujuk kepada agamawan dan ahli dalam bidang muamalat.
KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram utk ilmu kewangan PERCUMA
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi